huhuhu.. sedih je tgk meja study saya... lencun kena hujan. Asal hujan je, mesti bocor. Paling teruk bila time hujan takde sesiapa di dalam bilik. habis meja dan kerusi basah. paling teruk,nota-nota saya pun turut menjadi mangsa... huhuhu. dan yang paling bahaya takut kena electric shock pulak.
Baru je beberapa minggu yang lalu owner rumah hantar orang untuk baiki atap yang bocor, tp macam takde apa-apa perubahan pun. Kakak tu cakap, servis kali ni agak mahal, kalau bocor lagi.. mmg nk kena la. huhuhu.. Owner rumah saya sgt baik. Dia rajin belanja kami makan2 setiap awal bulan (time bayar duit sewa la:P) kami sgt suke hati.. hehehe. Susah nak dapat owner yang baik mcm ni tau:p
Petang td pulak saya menghadiri talk tentang gold dinar. Alhamdulillah, selepas dengar talk tersebut sambil berbincang dgn beberapa org rakan dan lecturer,sy mendapat satu ilmu baru yang selama ni saya tak begitu ambil tahu.
tetiba cik ida ym saya. yang lucunya dia cakap malam td dia mimpi saya dengan....
hehehe.. lucu la cik ida ni:p Cuba la mimpi akak jadi tuan puteri ke:p Baru best sikit.. hehehe
ok la.. saya nak masuk tido dulu. Esok ada briefing practical training.
wassalam.
Tuesday, April 22, 2008
Tuesday, April 15, 2008
Alhamdulillah

Alhamdulillah, satu assignment dah siap.Tinggal final presentation dan assignment securities investment. Banyak perkara yang saya perlu disettlekn minggu ni.. Minggu ini minggu yang agak busy.Seorang sahabat berpesan, walau sesibuk mana pun kita jangan lupa tentang tarbiyyah diri dan dakwah. Terima kasih sebab mengingatkan saya:D hehehe.. Syukur, saya masih lagi dapat menghadapi dugaan ini.Allah permudahkan urusan saya walaupun kadang2 pernah rasa nak give up juga..:D
Segala puji bagiMu ya Allah,ketika keadaan tengah buntu mencari idea,saya cuba untuk tenagkan hati dengan menunaikan Solat Dhuha. Selepas solat, saya cube untuk selesaikan kerja yang tertangguh dan tetiba dapat banyak idea untuk siapkan assignment yg masih tergantung. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya waktu itu:)
didinding bilik saya masih lagi tergantung lembaran The Raise keluaran 4 Mei 2007. eh..lama juga tu.. dah hampir setahun pun. Di dalam risalah tu terdapat Tips Amalan Pelajar Cemerlang. Sekadar ingin berkongsi:
1.Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu
2.sentiasa mebaca Al-Quran(nak jadi cemerlang tak boleh malas ok:p)
3.membaca makthurat
4.menunaikan solat Dhuha
5.Bersenam dan bermain selepas solat Asar asalkan keluar peluh(memasak pun ok juga:p)
6.study lepas Isya' 2 jam dan recall sebelum tidur
7.letakkan pergantungan pada Allah
Kita cuba amalkan perlahan-lahan ye. Semoga kita semua istiqamah dalam beramal:D
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram( Ar-ra'd:28)
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (Al-Fatihah:5)
Thank you Allah:)
Monday, April 14, 2008
Suke suki
Tuesday, April 8, 2008
Bayangan personaliti penulis

Assalamualaikum.. hari ni saya belajar benda baru. Ade orang tu kata dia suka style sy menulis. hehehe..macam mana tu ek? Selama ni tak tau pun ade style ke tak... main belasah je. Asal rasa sedap je bunyinya,sy tulis je. Hehehe... nak tau ape style saya?? haa...yang ni baru sy tahu.. Saya ni jenis yang berceloteh. Alamak.. ye ke? Saya rasa saya ni pendiam dan pemalu:p hehehe
Sesebuah tulisan itu "nilainya bukan sahaja pada pemikiran yg terkandung dalam mesej tu,tapi gaya penyampaian,semuanya mencerminkan personaliti penulis. Dr tulisan kita leh dpt bayangan personaliti penulis"(copy paste dari ayat orang itu dan di edit sedikit oleh sy agar nampak cun sikit:p) Jangan marah ye orang yang berkenaan..:p)
Bayangan personaliti penulis.. menarik bukan. Sesiapa yang pandai berteori,mungkin boleh meneka personaliti penulis walaupun dia sendiri tak pernah bersua muka dgn penulis. Orang tu yang cakap lg,sy ni seorang yang peramah(ye ke?), banyak je nak dibualkan(oo..) suka santai dan tak suka baca benda berat2 (sy tak suka baca benda berat cam novel,tak larat nak pegang lama2:p) mana taknya,sekali baca berjam-jam kena pegang...hehehe.
Hari ni saya di ajar bagaimana nak improve penulisan sy.huhuhu..tak pernah terfikir pun.. biasanya main tulis je... menulis sekadar untuk lepaskan stress, share cerita dan rapatkan ukhwah dgn bloggers2 lain walaupun saya tau ade sesetengah tu hanya jadi silent reader je.Saya budak baru belajar... baru berumur..(kira sendiri mengikut tarikh lahir blog ini:p)
Kadang-kadang saya rasa mcm malas nak update blog sbb tak tau nak tulis apa.Nak copy paste artikel ilmiah dari website orang lain,bukan namanya "sebuah coretan dari mata hati seorang hamba Allah". Biasanya saya lebih suka artikel ilmiah dibincang bersama-sama teman-teman sambil berkongsi pandangan sbb utk dilontarkan semula dalam bentuk penulisan lain bunyinya nanti:p. Macam Ustaz Hasrizal cakap kuasa merubah pada bercerita. Biasanya blog2 yang ada cerita dengan kandungan yang variety akan menarik pembaca utk datang semula. Mana la tau kan,may be ade yang dapat something dari blog sy ni. So, inilah coretan dari mata hati saya. wah2.. tetiba ayat nampak cam sentimntal pulak:p... kenali saya dan anda akan faham siapa saya:p
Friday, April 4, 2008
My Offer letter
Assalamualaikum... ye la..ye la.akak up date la ni:p(khas ditujukan utk cik idaz) hehehe..rupe2nye ade gak pelawat yg selalu lalu lalang di sini...Ade gak yang jauh2 nun di sana singgah kat teratak ni...
Lately agak buzy dgn midterm dan assignment..Biasalah,zaman student tak terlepas dari dua perkara tu..3 assignments to go..hehehe.Kalau lepas ni ade entry yang pelik2 tu,abaikan je la ye..

gambar di atas diambil menggunakan hp sy.So,gambrnya tak clear sgt.
hehehe..ni la offer letter utk practical training sy.Punya la sy tunggu surat tu sampai pd Ms.Cheng..rupe2nya,company tu hantar kat alamat rumah batu pahat.Nasib baik mama bg tahu...Rasa tak sabar pulak nak mulakan praktikal bulan 6 ni...semangat sungguh.Jgn hangat2 tahi ayam sudah..Monteiro Heng ni merupakan independent member of Baker Tilly International.Ala...macam Grant Thornton juga...hehehe.Budak2 accounting faham kot. Tak salah saya company ni specialize dlm auditing..hehehe...subjek kegemaran sy(time Mr.Rajah ajar je la:P) Allowancenya adalah rahsia.Takde la byk mcm encik hamdan.Tp alhamdulillah rezeki.. boleh la juga menyimpan sikit2.Yang penting pengalaman dan mungkin juga dapat jalan2.Biasalah,audit firm..kliennya merata-rata satu malaysia.Ni yang saya suka..sambil kerje dapat jalan2...hehehe.Wallahua'lam...just wait and see....nampak je cam seronok kan...Realitinya hanya Allah je tahu.
Mendalam maksud ayat itu..Sama2lah kita renungkan...:)
p/s:Rezeki orang nak bina 'tangga' kot...rumahnya takde tangga lagi:p

tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu.dan boleh jadi kamu menyukai sesuati padahal ianya tidak baik bagi mu(Al-Baqarah:216)
Mendalam maksud ayat itu..Sama2lah kita renungkan...:)
p/s:Rezeki orang nak bina 'tangga' kot...rumahnya takde tangga lagi:p
Saturday, March 29, 2008
7th Intervarsity Accounting Quiz(IVAQ)
Hari ni ada IVAQ kat MITC.saya,ja,rai dan huda pergi lambat sikit sbb malas nak dtg awal.awal2 tu hanya qualifying round.Bukan boleh tgk2 pun...Mula2 macam malas nak pergi,tapi bila kawan2 dah ajak...pergi juga:D best sebenarnya..especially bila dah masuk final round.Tapi kali ni sy tak tunggu sampai habis sbb kami kena balik sebelum zohor sbb huda ade hal lepas tu.
Setibanya di MITC,rasa pelik gak..awat ramai smacam kat situ.Nak cari parking pun susah.Ade Jom Heboh ke?tapi tak salah sy Jom Heboh next week..rupe2nya ade karnival pendidikan kat tempat yang sama. Banyak publisher buka booth jual buku2.Tapi banyak buku2 rujukan dan latihan utk sekolah rendah dan menengah.Buku2 agama pun ade jual,tp tak bawa duit extra la pulak..nak withdraw money pun tak tau kat mana.Esok2 je la.sy sempat sambar dua buku latihan utk adik bongsu saya..tgh ade offer,baik beli.hehehe...boleh buat tuisyen kat rumah sepanjang duduk kat batu pahat nanti.Utk adik saya je la.Hehehe..perasan je..saya ni cikgu yang garang kalau nak tau..boleh nangis budak2..Dapat bayangkan tak kalau sy jadi lecturer??huahuahua...
Kembali pada cerita IVAQ ok. Selepas register dan kumpul goodies dari company2 yang buka booth(saya memang suke kumpul goodies:D) kami duduk sat utk dgr opening ceremony.huhuhu...alamak,mr.abdullah duduk sebaris kitorang lak..nak blk awal rasa segan .dah la sampai lewat.tapi kitorang terpaksa blk awal.Kami keluar dr hall sambil tersengih2 kucing:D Tahun lepas team UM menjadi juara dan team MMU naib juara .But for this year dengar khabarnya UUM yang muncul juara mengalahkan UM dan Sunway College.Team MMU takde rezeki masuk final...
yeah..tahun depan mungkin ade event macam ni.Bukan tak berminat nak jd one of the participant..tp ade lagi yg terer2...takpela:D berangan je...kang tetiba kalau terpilih,terkedu la pulak..hehehe.
Oklah...nak sambung baca buku karangan Fathi Yakan(apa erinya saya menganut Islam)mungkin ramai yang dah pernah baca.tapi saja nak revise blk.Manusia ni mudah lupa,especially bila kita tak amalkan ilmu tu.Doa2 la semoga kita semua istiqamah dlm beramal walaupun sikit.InsyaAllah..nanti sy update input dr bacaan sy nanti ye.Sharing is caring kan..kan..kan..hehehe.wassalam

berangan je

Thursday, March 27, 2008
mari meneka

Cube teka siapakah mereka...
takde hadiah akan disebrikan kepada sesiapa yang menjawab dengan betul:p Entry sebelum ni takde gambar..so,sesaje nak upload..main teka teki..Hari ni plan nak amik offer letter for practical training from my coordinator.Prosedur kali ni agak berbeza sikit dari batch sebelum ni..kami hanya dibenarkan memilih maximum 2 company je.If,dua2 company reject baru boleh apply company lain.Compared dgn batch sebelum ni,diorng boleh hantar sampai 10...huhuhu.Alhamdulillah..saya dapat offer dr dua2 company yg sy apply.So,sy decide utk practical kat Monteiro & Heng cawangan batu pahat.Actually sy pilih dua2 at batu pahat..dulu2,pernah gak plan nak apply kat big four...tapi takde pulak cawangan kat batu pahat.takpe la SME pun boleh tahan juga...yang penting dapat pengalaman.
Nampaknya 6 bulan la sy akan meninggalkan bumi melaka ni...hehehe.InsyaAllah,kalau panjang umur..kita jumpa lagi sem 3 nanti:)Saya pasti akan merindui sahabat2 dan lecturer di melaka.Suka duka bersama sewaktu zaman muda-muda dulu.Orang kata jauh di mata dekat di hati..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)