Abang long (hubby) dah ade baby?? tetiba soalan tu keluar dari mulut budak kecik hafiz. Mula-mula ingat dia maksudkan baby kucing ke apa, ye la budak kecik lagi tak kan diafaham kot:p Saya pun buat-buat tanya lagi "baby ape?". "Baby manusia la"..hahaha. Tergelak saya dengar jawapan si kecik. Budak-budak zaman sekarang dah makin pandai ye..
Bila hubby tanya nak buat apa dengan baby? Dijawabnya "nak pegang, nak dukung..nanti baby tu kena panggil adik 'abang'. Amboi,nak jadi abang ye. Bukan abang la, pak cik... Then sebelum balik si kecik pesan lagi lain kali datang bawa baby ye. hahaha.. kami tergelak je mendengar permintaan si kecil tu.
InsyaAllah, jika ade rezeki nanti, ade la. Buat masa ni saya nak focus untuk final semester. Saya akan buat yang terbaik.. Berkat sokongan dan doa dari suami tersayang, keluarga tercinta dan teman-teman InsyaAllah saya dapat lakukan yang terbaik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Next month dah kena berjauhan dengan hubby.. sebelum balik melaka saya plan nak masak dadih untuk hubby. Kalau rindu, makan la dadih tu. Jangan tenung je:p Then ajar hubby buat air teh (hehehe..sedangkan hubby dah tau bancuh air teh sendiri:p) Saya percaya setiap kepahitan pasti ada kemanisannya. Kerinduan akan membuatkan kami saling menghargai antara satu sama lain. Ishk..ishk.. bukan lama sangat pun. 4 bulan je.. tu pun seminggu sekali balik:p ade yang lagi hebat ujiannya.
Nota kaki: Yeay.. esok pagi balik batu pahat. Thanks hubby:D Kami bertolak pukul 3 pagi esok. Larat ke cik abang?? InsyaAllah, larat. dah ade orang teman..kan kan kann:p Kalau tak larat, kita singgah la mana2 R&R:p
Friday, January 23, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Tagged by Kak Zue
Thanks kak zue.. Semoga sihat2 selalu... Tak sabar nak tunggu your babies:D

Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - Kak zue: my x-rumet di mrsm ( sebab dia selalu lepak bilik saya:P) selalu duty koop sama2, geng jalan2 dengan cikgu hawabi, caring, loving and mummy to be:)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

- Dilahirkan pada 2 Januari 1986 (dah 23 tahun rupenye)
- tak banyak gambar waktu kecik2 (sebab mama cakap saya kuat menangis..nanti semua gambar nangis je:P)
- Pernah bercita-cita nak jadi detektif (chewah..macam detektif Conan la pulak:p)
- Tak pandai berenang..(insyaAllah, akan pandai lepas ni:P)
- terer memanah..(tak caya tanya hubby:p)
- suke window shopping..hehehe (kesian hubby kena temankan:P)
- suka usik hubby..(tapi saya yang kerap kena usik)
- Final year student... InsyaAllah:)
- manja..(hubby yang cakap:p)
- sangat suka kucing
Monday, January 12, 2009
Tahniah
Assalamualaikum w.b.t.. maaf ye pembaca2 sekalian. Dah lama rasanya tak update blog sejak bergelar isteri. Buat masa ni, kita skip dulu cerita tentang majlis perkahwinan dan honeymoon atau mungkin biarlah kenangan manis itu kami simpan erat dalam diari hidup kami:)
Semalam, sewaktu saya dan hubby keluar berjalan-jalan, tetiba hand phone saya berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Dalam hati mungkin nenek yang tinggal di tingkat bawah rumah tu yang call. Alangkah terkejutnya bila saya dapati pemanggil tersebut adalah wakil dari Dawama yang mengatakan saya telah berjaya meneka hampir tepat dalam peraduan Teka Berat Buku. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru agaknya:p
Sebelum ni hubby pernah mengajak saya pergi ke Pesta Jualan Buku DBP 2008. Apalagi, hubby ambil peluang ni untuk memborong buk-buku kesukaannya. Seronoknya dia dapat borong 6 buah buku. Manakala saya cuma temankan je la:p buku-buku yang tersusun di rak masih belum saya sentuh lagi,ni kan pula nak beli baru.
Selesai membuat pembayaran, kami diberi borang untuk menyertai peraduan Teka Berat Buku. Hubby suruh saya join... hehehe. Orang lain yang shopping sakan, orang lain yang masuk peraduan. First time tengok susuan buku tu, saya tak dapat agak berapa beratnya. And suddenly idea yang bernas datang...
Hehehe... saya menggunakan berat hubby sebagai benchmark. “Mungkin berat buku-buku tu 3 kali berat abang kot”. Hubby tergelak... so, saya tulis la anggaran berat itu adalah ...kg (berat dirahsiakan:p) main teka suka hati je, tak expect pun akan menang. Hadiah yang saya menangi agak lumayan. Mungkin bukan lumayan dari segi harganya tetapi manfaatnya untuk bekalan akhirat.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 4.30 petang tetapi pada pukul 4 petang kami ada temu janji . so, terpaksa la inform uncle yang kami sampai lewat sikit. Actually, semalam Uncle Hanafiah and his wife jemput datang rumah mereka untuk meraikan kami. Bukan majlis untuk meraikan kemenangan kami,tapi majlis untuk meraikan pengatin baru. Pendek kata, orang yang diraikan dalam majlis tersebut adalah kami. Terharu dan segannya. susah-susah aje..hehehe.. tapi yang bestnya saya dapat kenal ramai kawan2 hubby yang terdiri dari kalangan alumni FCR. Sambil makan2, mereka share cerita tentang isu semasa dan ade juga yang berkongsi masalah dengan alumni FCR.
Nota kaki: I love u:)

Subscribe to:
Posts (Atom)