Assalamualaikum… dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Ramai yang bertanya “bila nak update blog ni?” hehehe... ade juga pengunjung yang sudi ziarah teratak buruk ni ye. Last week sy dtg melaka pun, ade juga yang bertanya tentang blog ni.. Bukan tak teringin nak berkongsi cerita di sini, tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulilllah,hari ni saya dah berjaya menyiapkan audit report sebuah syarikat yang agak besar (nama syarikat dirahsiakan).. Bercinta gak nak siapkan… Suddenly manager saya cakap yg saya kena siapkan audit tu dlm minggu ni juga… wah.. rasa nak menangis je. Dah la susah… kena marah dengan client lagi.Huhuhu… susahnya jadi auditor ni. Nota2 zaman belajar kat MMU semua sy kena belek dan study balik.. Banyak yang dh lupa:D hehehe.. Tapi bila difikirkan balik, ade hikmahnya saya diberi tanggungjawab ni. Banyak perkara yang sy belajar directly from manager. Yang pastinya, bila belajar dr manager, dia akan ajar secara detail sampai kita faham. Tu yang bagusnya. Tapi, manager sy tu sentiasa busy, susah nak jumpa dia selalu.. staff lain ramai yang cakap saya beruntung sebab tak sampai 2 bulan training, tapi byk benda yang saya dh boleh buat. Alhamdulillah.. Bila dah siap, lega dan puas rasanya. Seriously…
Esok hari jumaat. Setiap kali tiba hari jumaat, saya jd excited berkerja. sebabnya, esoknya cuti..hehehe. esok juga ada Muktamar Sanawi kat Melaka. Saya ni kalau dah datang Melaka, ade je orang yang sy nak jumpa. Last week tak berkesempatan nak jumpa mereka. Hopefully, this week diberi kesempatan utk bertemu mereka. Mama cakap, setiap minggu saya ni asyik berjalan je.. hehehe. Masih bujang lagi.. nanti dah jadi isteri orang, lagi banyak berjalan rasanya:p betul tak orang yang berkenaan??

buah durian yang sempat saya pungut dari kebun sebelum dicuri oleh monyet. Nikmatnya makan durian...

