Pening kepala dan sakit mata melihat beg-beg plastik yang semakin bertambah dalam stor. Mana taknya, setiap kali pergi shopping mesti bawa balik paling kurang 2 helai beg plastik yang tidak terbiodegradasi. Tak boleh jadi ni, saya kena buat sesuatu.
Akhirnya sewaktu membeli-belah barang-barang dapur di pasaraya kami terperasan, beg serbaguna yang comel:D Apalagi, rembat la dua helai... saje beli extra. Sejak hari tu, jika nak pergi membeli belah barang dapur, kami bawa beg tu je. Comel dan bergaya, especially bila dibawa oleh cik abang:p Dalam masa yang sama kita dapat selamatkan bumi kita dari pencemaran. Beg-beg plastik yang sedia ade tu boleh la dijadikan beg sampah di rumah.Mudah je kan? Hehehe...
Banyak lagi tips-tips untuk kitar semula ni. Untuk mengetahui lebih banyak lagi, sila la tanya Haji Google ye.. Malas nak taip berjela-jela:p Kita mula sikit-sikit, lama-lama InsyaAllah berjaya;)

