Semangat kerja dah kurang, mood raya je sekarang ni:D But still have to work..hehehe. sebelum sambung kerja yang memeningkan itu ( serius pening nak buat audit company yang satu ni), saya nak menconteng blog ni dulu.
Cerita 1: Semalam, after kerje saya ikut mama dengan abah pergi pasar malam. Pusing2, sekali jumpa gerai jual bunga-bungaan. Mama plan nak beli baja untuk orkidnya je, tp sy mengada-ngada nak beli sepasu bunga ros. Rambang mata nak pilih, semua cantik.. RM 6 je.. So, berkenan kat bunga ni. Apa lagi, rembat la satu:D Mesti kambing-kambing itu berbangga kerana najisnya pun ade orang beli buat baja even manusia selalu kaitkan busuk dengan kambing. Contohnya mandi kambing dan busuk macam kambing. Sedangkan dagingnya sangat sedap (tp tak baik untuk pesakit darah tinggi), dan harganya juga agak mahal berbanding sekilo daging lembu.. (kalau tak silap la). Pengajarannya..renung dan fikir-fikirkanlah sendiri. Saya terfikir, kenapa la waktu konvo orang tak bagi bunga yang hidup ek? I mean belum di cantas lagi. Kan tahan lama.. Murah pulak tu. Masa konvo nanti nak satu boleh??:D So,kalau ade sapa2 nak bg hadiah time konvo.Bagi je sepasu bunga ros..Tulis nama sekali ek.. hehehe. Demand2:p
bunga mawarku..
Cerita 2: Malam tadi after terawih, kami anyam ketupat. Kami sekeluarga plan nak berbuka di kampung. Parit Raja hari ni..So, masak sedap2 la nampaknya:D Hehehe, saya baru belajar anyam ketupat... Taraa..lihatlah hasilnya...
ketupatku:p
Oklah, nak sambung kerje semula. If ade sesiapa nak rasa ketupat ni, jemput la beraya ke rumah ye:) Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf dipinta andai ada yang terguris hati, pendam perasaan ke. Maaf zahir dan batin.. Wassalam
Nota kaki: Alhamdulillah, saya dapat cuti pada raya ketiga ni.. tapi hari selasa still kena kerje.. :(
Assalamualaikum w.b.t...
Saya tak tau setakat mana tersebarnya cerita ini. Pagi tadi seorang teman bertanya kepada saya... " selalu ke pergi cj (cyberjaya)". Saya terkedu... "ramai yang nampak" sambungnya lagi.. Terkedu buat kali kedua. Ermm...Persoalannya, bilakah yang dikatakan selalu saya ke cj. Seingat saya (selagi tak hilang ingatan la)kali terakhir saya pergi cj ialah sewaktu konvokesyen tunang saya. Selepas itu tiada lagi. Rasa-rasanya siapa yang anda nampak tu ek? Jelmaan hantu saya ke? ke kembar hampir2 iras.. Famous sangat ke saya ni sampai saya pergi mana-mana pun ramai yang cam? Macam artis la pulak kan. Saya pergi mana pun ramai yang buat laporan. Tapi maaflah, tu bukan saya.Kalau benar pun saya selalu pergi ke cj, kenapa? Salah?? Memang kalau anda membaca 2 pertanyaan tu seolah-olah macam soalan biasa. Tapi jika dibaca dengan ayat2 yang sebelumnya, anda akan dapat tangkap maksud saya. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu. Saya tak marahkan orang yang bertanya, cuma saya sedih siapa yang menyampaikan cerita yang tak benar ini pada dia. Semoga Allah ampunkan dosa dia.
Thanks buat kakak tersayang. Selepas berbual dengan dia, mood sedih bertukar happy. Hehehe.. lucu. Selamat menjahit langsir:)
Oklah, saya nak share cerita untuk semua. Sekadar berkongsi. Selamat membaca :)
In ancient Greece, Socrates was reputed to hold knowledge in high esteem. One day an acquaintance met the great philosopher and said,
"Do you know what I just heard about your friend?"
"Hold on a minute," Socrates replied. "Before telling me anything, I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test."
"Triple filter?"
"That's right," Socrates continued. "Before you talk to me about my friend, it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test.
The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?"
"No," the man said, "Actually I just heard about it and..."
"All right," said Socrates. "So you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?"
"No, on the contrary..."
"So," Socrates continued, "You want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: the filter of usefulness. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?"
"No, not really."
"Well," concluded Socrates, "If what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?"
Nota kaki: Saya bukan penulis yang hebat. Jadi, maaflah ye kalau ada ayat-ayat yang tak berapa nak faham maksudnya. Menulis hanya sekadar untuk meluahkan perasaan.. :)Maaf zahir dan batin andai ade yang terasa.. Wallahua'lam
Cerita ini ditujukan khas buat student-student MMU yang bakal menduduki final exam yang akan bermula pada 6/10/2008. Tak lupa juga buat yang sedang khusyuk berkerja sampai tak ingat makan. Oppss...bulan puasa ek..:p Semoga anda mendapat manfaatnya. Jangan tension2 ok. Jangan terjun laut ok.Jangan buat perkara2 tak elok ok. Memang la sekarang bulan Ramadhan, bulan yang diberkati.Tapi jangan fikir bunuh diri di bulan Ramadhan dosa diampunkan ye..tenang2 aja.. Berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan segala perkerjaan kita. Dialah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu.. Enjoy reading ok;)
Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.
“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”
“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”
“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.
Kesimpulannya: Don't push beyond your limit(bak kata orang tu). Kalau rasa penat sangat,bawa lah berehat sebentar.Kalau ada masalah, ceritakan masalah pada orang yang boleh dipercayai. Jangan pendam sorang2 ok..bahaya..:D Sharing is caring..hehehe.Macam cikgu pulak.. ok2,senyum selalu...:)
nota kaki: yeay..hari ini hari jumaat. Esok ade perkara nak dibuat dengan mama...:D
I'm tagged by aini yang bijak..:D hutang yang dulu2 tak buat lagi.. nak buat balik pun dah lupa..ampun ya..hehehe. Asyik cakap takde modal nak tulis apa dlm blog je..meh buat sat..
HOW??
1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda 2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal. 3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka 4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags
kamilah pijotte kak nurul suraya hazwan junior kak mun
Sila la buat ye. Maaf zahir dan batin.. sekian wassalam:p
nota kaki: ade satu nama lagi tertinggal. Tapi takut dia tak mau buat lak... anda tahu siapa yang saya maksudkan? kalau rajin buat la ye:p Selamat berpuasa..
Assalamualaikum wbt. Sekali lagi blog ni tak terbela buat sekian kalinya. Dah sebulan lebih tak mengupdate.. nape ye? Malas barangkali..kalau ikukan hati,nak je tulis “HARAP MAAF, BLOG INI AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA”. Huhuhu, tapi tak sampai hati lagi... rasanya takde apa-apa cerita yang nak di tulis. Si dia pun pernah bertanya bile nak update blog ni? Saya katakan yang saya malas nak mengupdate cerita-cerita merepek saya..hahaha. Merepek from my point of view la:p kadang2 kita fikir merepek tapi orang lain tak pula:D lain orang lain pendapatnya..
Last week, our Audit director,Mr. Ong datang batu pahat. Sebelum ni pernah bercakap dlm phone je. First time jumpa dia and saya amatlah terkejut sebab tak sangka director kami tu muda lagi (takde la muda sangat pun:p) Dalam awal 30-an. Sebenarnya takde la pelik sgt pun muda2 dah jd director untuk company international ni. Saje je nak buat2 terkejut..:D
Then, saya dan Poh Hong dipanggil untuk berjumpa Mr. Ong. Ye la, tak pernah jumpa secara live lagi la katakan. Quite friendly.. Kami berborak macam biasa dan tiba-tiba dia bertanya sama ada kami berminat nak kerja dgn diorang after graduate nanti? Dalam hati memang tak nak kot sebab saya rasa audit ni bukan jiwa sy. Sewaktu belajar dulu saya ada gak berangan2 nak jadi auditor sebab selalu je score untuk subjek audit.Tapi tu angan2 je, bila dah buat betul2 rasa mcm tak masuk je dengan jiwa saya. Tapi tak kan la nak cakap straight to the point tak nak.. kena lapik2 la juga:D So, saya cakap la saya dah ade contract dengan telekom,so nampaknya tak dapat la.. Tu pun kalau telekom sudi panggil saya:D
So far kalau ditanya tentang perancangan masa depan,saya mungkin akan pilih untuk menjadi tutor sebelum upgrade jd lecturer.. tapi tak tau la kot tetiba nak ubah angin jd lecturer ekonomi rumah tangga ke:D hehehe.. Tak kisah la cik siti oii..Yang penting mendapat pekerjaan yang halal lagi berkat:D
Can you pronounce these names correctly? Cbyn, Brrard, Fhoaib.. hehehe. Agak tergeliat lidah nak sebut. Saya dapat nama-nama ni sewaktu organize Bajet 2009 Seminar.. unik tapi susah nak sebut pada awalnya. Nama-nama yang jarang kita dengar biasanya senang nak ingat. Sebab unik sangat:p Cbyn tu sebutannya mcm ‘chin’.. yang lagi dua tu saya tak tau.. :D mungkin Brrard bunyinya ‘bad’, dan Fhoaib tu ‘foib’..alaa.. macam nama asmah jadi athmah kot:p
Dalam seminar biasanya mesti ada makan2 la kan. Walaupun dalam bulan puasa, agenda tu tak boleh dikecualikan dalam tentatif. Hehehe..ye la, peserta seminar tu yang muslim cuma sorang je. Kalau termasuk saya dua orang je la dalam ramai2 tu. Peserta2 terdiri daripada director2 syarikat dan akauntan-akauntan. Huhuhu... dimanakah usahawan dan akauntan seagama saya?
Ramadhan tahun ni agak berlainan dari tahun2 sebelum ni kerana saya dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang dan dengan status ‘tunang orang’. Semoga tahun depan upgrade menjadi isteri orang:p Ameen.. dah hampir setahun saya guna title tu ye. Saya dirisik pada hari raya kedua dan bertunang pada 15 syawal.. hehehe.Ramai yang tak tau kan...Ramadhan tinggal hanya beberapa hari lagi. Harapannya semoga saya masih lagi istiqamah dan merpertingkatkan lagi ibadat di bulan yang penuh rahmat ni. Ntah tahun depan dapat sambut Ramadhan lagi ke tak. Mari kita berlumba2 untuk sampai ke garisan penamat.. sesiapa yang dah pancit kat tengah jalan tu, recover cepat2. Jangan ketinggalan ok;)
p/s: Saya plan nak apply cuti pada 3/10/2008. Adakah cuti saya akan diapprove? Hantarkan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ ke 999:p