Friday, November 28, 2008

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni saya tak nak update tentang persiapan majlis saya. Belum sampai masanya lagi.. So far, alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Tunggu je lah entry akan datang ye..

Esok merupakan hari terakhir saya praktikal kat sini. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun rupanya. Cepat je masa berlalu.. sebelum bercuti, Mr. Ooi (Audit Manager) dah bekalkan saya dengan material yang akan membantu saya dalam menyiapkan laporan nanti. Huhuhu..terharunya.

Memandangkan minggu ni minggu terakhir, so setiap hari la saya di ajak makan luar. Biasanya bawa bekal dari rumah je...Semalam buat kali pertamanya saya makan nasi beriyani gam Md Shah yang famous tu. Nama je orang batu pahat, tp tak pernah nak cuba makan kat situ. Ni pun kes tak tau dah nak lunch kat mana, so try je la makan kat situ. First time datang situ, tak tau nak pergi kedai mana satu. Banyak sangat kedai nasi beriyani. Then ternampak la pulak orang ramai tengah beratur panjang untuk mendapatkan nasi beriyani. Wah..sampai kena beratur panjang, mesti sedap makanan kat kedai ni.

nasi beriyani gam

Memang sedap pun.. Kami yang pada awalnya rasa macam tak larat nak habiskan makanan yang banyak tu boleh makan sampai licin. Kalau sesiapa yang datang batu pahat, boleh la singgah. Tempat makan tu terletak di Peserai, bertentangan dengan Hospital Putra.

Dari last week saya dah plan nak bawa kek coklat ke ofis. Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan. Kek ni mama yang buat. Kalau nak tunggu kek buatan saya, tunggu masa majlis saya nanti:P Disebabkan kek ni sedap, Ms. Kerk bg hadiah kat mama.. siap pesan nak belajar lagi.. kalau macam tu jemputla datang rumah ye:p

home made..

Hari ni kami lunch di kedai emas.. tak pasti namanya.. betul kot. Tapi ni bukan kedai emas ok.. Ni kedai kek plus restaurant. Kari ayam kat sini sangat sedap...huhuhu. tapi saya tetiba nak try menu lain... ayam mushroom.. erm, tp kenapa rasanya macam petai??

Ayam mushroom perasa petai:p

Hari ni juga saya dapat hadiah dari Ms.Khoo (tax manager)... terharunya... unexpected.. thanks a lot. Sweet sangat... pandai Ms.Khoo pilih ye...hehehe.

taraaa...

Kalau anda pandai,cubalah teka apa isinya...

..kami...

kami lagi..

Nota kaki: Haih, hari-hari makan besar. Bertambah ‘comel’ la bakal pengantin ni nanti... boleh jadi host jalan-jalan cari makan ni:p

Tuesday, November 25, 2008

Farewell

Venue: Hotel Landmark
Time: 1 pm-2pm
Date: 25 November 2008







Monday, November 10, 2008

Practical Training

"Siti, yang botak-botak tu lecturer siti ek?" kak niza minta kepastian."ha'ah.." saya pun menjawab. Jam menunjukkan baru pukul 10.30 pagi. "Eh, awalnya dia datang, cakap pukul 11 pagi" saya bercakap dalam hati. Saya memang dah pesan pada kak niza supaya inform kami jika Mr. Rajah sampai.. hehehe.Bagus lah datang awal, tak perlu la nak tunggu lama-lama. Bagi sesiapa yang supervisornya Mr. Rajah, boleh la prepare awal2 ye:p

After we exchange greetings, kami membiarkan Mr. Ooi dan Mr. Rajah dalam meeting room untuk tindakan seterusnya. Alamak, lamanya Mr.Ooi dengan Mr. Rajah dalam meeting room tu.. dah satu jam ni. Apa la agaknya yang diorang bualkan ek. Nervousnye.. takde konsentrasi dan tak senang duduk dibuatnya.

Next, turn kami pulak.. Hehehe. Overall komen yang diberi oleh manager untuk kami berdua macam ok je:D sekarang ni just focus untuk hari-hari yang berbaki dan log book.Sebelum pulang, kami sempat bergambar bersama manager masing-masing. Ade hikmahnya saya drive sendiri hari ni. Then, boleh la hantar Mr. Rajah ke bus stand amik hati la ni:p.. saya diberitahu oleh Mr. Rajah tambang teksi dari bus stand ke tempat kami adelah RM 7. Tipu sangat la tu pemandu teksi tu.. Bukan jauh sgt pun.. Jalan kaki pun boleh.. ishk..ishk..suke suki je.

Alhamdulillah, satu hal dah selesai. Berdebar-debar menanti hujung minggu ni... Penantian suatu penyeksaan:p


me, Mr. Ooi, Mr. Rajah, Poh Hong, Ms. Khoo


nota kaki: botak itu menawan..hehehe:p

Thursday, November 6, 2008

Berdebar-debar

Huhuhu..hari ni kena drive lagi. Malasnya... kan best kalau ade lesen motor. Boleh la merempit g ofis... teringin gak naik beskal g ofis..hehehe. Kang tak pasal-pasal banyak eksiden pulak. Terkesima tgk gadis melayu berbaju kurung naik basikal sambil bawa beg laptop:p hehehe.. Nasib baik la tinggal 3 minggu je lagi. Before this macam biasa la, pergi ofis dengan abah naik motor. Hehehe.. sekejap je dah sampai ofis:p tak sampai 10 minit pun.. sejak abah selalu kerja luar ni, kena la drive sendiri pergi kerja. Then time-time mcm ni la JKR nak renovate jalan. Huhuhu.. Mula-mula ade gak plan nak naik bas je. Tapi memandangkan takde bas yang masuk ke taman dan saya harus menapak agak jauh untuk sampai ke rumah, so sy cancel plan tu.. Saya bukan tak suka drive, tetapi saya tak suka drive dalam traffic jammed. Tetiba terbayang macam mana la kalau saya kerja kat KL nanti ye?? Ohh..lupa, kan ade LRT.. Mungkin juga dah ade orang yang datang jemput:p

Next week Mr. Rajah will come for practical training visit. Berdebar-debar la pula.. ye la, training kami bukan setakat pass or fail tapi ade gred. So, ianya akan effect my CGPA. Hopefully sy dapat upgrade CGPA for this sem or at least maintain sampai grad nanti. Ameen.. Next week juga merupakan hari yang bakal menentukan masa depan saya.. Nervous lagi...:D but i’m happy actually..hehehe.

Nota kaki: Doakan segalanya berjalan lancar ye;)

Friday, October 17, 2008

Rezeki...

semalam ..
mereka belanja pizza
hari ni..
mereka belanja egg tart..
esok...
cuti...open house:D

murah rezeki betul minggu ni..
alhamdulillah...:)

nota kaki: i'm the lucky one;)

Wednesday, October 15, 2008

Cerita zaman muda-muda dulu:p [OPKIS]

Assalamualaikum... malam ni, terasa nak update blog after siap mengemas album-album lama. Sambil mengemas sambil tengok-tengok gambar sewaktu muda- muda dulu. Hahaha.. lain sungguh. Tergelak sorang-sorang.. macam mana entah boleh terfikir nak pakai tudung biru dengan baju maroon.. selekeh dan comot je waktu kecik-kecik dulu:p selak helaian demi helaian..dari sekolah rendah, menengah, mrsm, dan MMU. Rindu zaman dulu-dulu...

Kali ni saya tergerak nak kongsi pengalaman sewaktu menyertai program Operasi Khidmat Siswa (OPKIS) di perkampungan orang asli Ulu Kinta kalau tak silap(hehehe..dah lupe la:p) anjuran Institusi Usrah dan SRM).. masa tu saya masih Alpha lagi. Gambar dalam bentuk softcopy enggak ada. Jadi tak dapat la nak share kat sini:D

Untuk masuk ke kampung tersebut,kami terpaksa menaiki trak. Memang adventure..sampai tergolek2 hamper dalam tu:p saya lupa nama kampung angkat saya tu. Yang pastinya kampung dia semua dekat2. Ye la, rumah kak ecah belakang rumah saya je, tapi nama kampung kami lain-lain:p

Selesai memunggah barang ke markas utama, kami berkumpul untuk sesi pembahagian family angkat. Muslimat kena cari partner demi menjaga keselamatan in case kalau ade ape2 berlaku and muslimin single je. Hehehe..saya berpasangan dengan Kathy. Mase tu rasa lega la sebab ade senior yang stay dengan saya. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Pada waktu malamnya, ade jiran family angkat saya datang untuk minta sorang anak angkat. Wargh.. tinggal la saya sorang2. Dah la saya junior:( Awat tak amik anak angkat lelaki yang ramai itu. Takpe la..pasrah je.Asalkan selamat..

For your information, ibu bapa angkat saya ketika itu baru berusia 22 tahun manakala saya pula 18 tahun. Beza 4 tahun je.. tapi dia suruh panggil mak dengan bapak.Mereka mempunyai dua orang anak. Yang sulong bernama ika menakala yang sorang lagi panggil adik je:p huhuhu. Mula-mula memang tak biasa. Cuak pun ada:p nasib baik ade anak perempuan jiran sebelah ni temankan saya sewaktu dirumah.

Petang tersebut saya menziarahi jiran-jiran family angkat sementara menunggu masuknya maghrib. Sesi suai kenal la kiranya... Jeng..jeng..jeng..tetiba ade mak cik tu tanya saya dah kahwin ke belum? Erk.. saya masih muda la mak cik. Tetapi kami telah dipesan jika ada yang bertanya, jawab je dah kahwin ke bertunang ke. Untuk keselamatan:p Terkejut dan tak sangka diorang akan tanya. Masa tu masih takut2 lagi, saya belasah je jawab dah tunang minggu depan nak kahwin... Jawapan yang tak logik langsung:p ade ke next week nak kahwin, tapi kita sibuk-sibuk berprogram.Tapi saya rasa diorang percaya kot sebab on the next day mak angkat saya tanya tunangnya ikut sekali ke? Saya jawab la tak:p kang tak pasal2 dia nak jumpa.Ampun ya ...

Malam tu first time tidur di kampung pedalaman orang asli bertemankan lampu pelita.Bunyi anjing salak menyalak samapi tgh malam. Saya diberitahu anjing-anjing tu ade je tengah berkampung kat bawah rumah. Banyak anjing berkeliaran sekitar rumah seperti kucing. Masih saya ingat lagi sewaktu selesai mengambil wudu’, terkejut saya tatkala menguak daun pintu tandas terpacul seekor anjing merenung saya sambil menjelirkan lidahnya. Ya Allah, hanya tuhan je tau perasaan saya masa tu. Kaku tak boleh bergerak. Mujurlah ade adik-adik kat situ yang melihat kejadian tersebut, mereka terus datang dan tendang anjing tu. MasyaAllah, berani sungguh budak kecik itu. Anjing tu lebih besar dari dia kot:p Memang kat situ banyak anjing.Tetapi anjing2 tersebut takde la sampai menggigit orang. Saya pun dah berani jalan-jalan kat situ as long as anjing tu tak mengganggu. Berani tak saya:p

Aktiviti kami di sana ialah menziarahi penduduk di sana sambil memberi sedikit sumbangan makanan, membuat aktiviti kemasyarakatan, sukaneka, mengajar adik2 di sana mengaji dan banyak lagi. Macam2 aktiviti dianjurkan, sehingga masa bersama family angkat amatlah terhad. Boleh dikatakan yang saya hanya berada dirumah pada waktu subuh, maghrib dan waktu tidur je. Selebihnya,kami berprogram di markas. Saya difahamkan bahawa mereka telah memeluk islam, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk solat dan melakukan ibadah-ibadah lain kerana pihak yang bertanggungjawab tidak memantau keadaan mereka secara berkala. Mereka terkontang-kanting sendirian. Ibu angkat saya pernah berkata yang dia memang nak puasa, tapi dia tak reti solat. Dia minta saya ajar dia solat. Sayu hati mendengarnya. Dengan masa yang terbatas saya cuba mengajar mana yang termampu.

Hari terakhir, adik2 disana mengajak saya pergi ke sungai. Subhanallah, sungguh cantik dan tenang pemandangan di situ. Air sungai agak deras dan saya hampir-hampir dihayutkan oleh arus. Nasib baik la Noni cepat2 sambar tangan saya. Kalau tak, tentu sekarang saya tak berpeluang untuk berkongsi cerita ni:p

Sebelum pulang, saya dibekalkan dengan pucuk ubi dan petai yang telah siap dikopek. Terharu betul. Malam sebelumnya sewaktu pulang dari program, saya perasan family angkat saya sedang mengopek kulit petai bertemankan lampu suluh. Ingatkan nak buat breakfast ke apa. Rupa-rupanya mereka sediakan ole-ole untuk saya bawa pulang. Jadi tak perlu lah saya bawa papan2 petai yang berat itu lagi seperti rakan-rakan yang lain:D Maka banyakla stok petai di rumah saya:p Thank you very much.

Sekarang ni wallahua’lam. Saya pun dah lost contact dengan mereka. Semoga mereka berada dalam keadaan sejahtera selalu. Masa mula-mula tu pernah juga bapak angkat call. Sepanjang duduk dirumah mereka saya tak pernah pun berbual dengan bapak angkat saya. Rasa janggal pulak bila dia call:p may be kat kampung tu takde coverage. So, bapaknya yang selalu pegi pekan jadi bapaknya yang selalu call. Tapi saya yang jadi cuak pula..hehehe. ape2 je la saya ni kan:p Rupa-rupanya penduduk kampung saya tu berkongsi satu handphone baru untuk call anak angkat masing2. Ini disebabkan, saya dapati nombor telefon family angkat abg aizam sama dengan family angkat saya.. Saya bersyukur kerana berkesempatan menyertai program2 seperti ni. Jika diberi peluang , saya ingin menyertainya sekali lagi.Yang pastinya dengan tujuan yang lebih jelas dan persiapan yang lebih rapi. Kenangan manis dan pahit itu sentiasa saya ingat sampai bila-bila.Begitulah ceritanya semasa zaman tak matang lagi:p

nota kaki: hari ni adalah 15 Syawal;)

Friday, September 26, 2008

Anyam ketupat

Assalamualaikum...

Semangat kerja dah kurang, mood raya je sekarang ni:D But still have to work..hehehe. sebelum sambung kerja yang memeningkan itu ( serius pening nak buat audit company yang satu ni), saya nak menconteng blog ni dulu.

Cerita 1:
Semalam, after kerje saya ikut mama dengan abah pergi pasar malam. Pusing2, sekali jumpa gerai jual bunga-bungaan. Mama plan nak beli baja untuk orkidnya je, tp sy mengada-ngada nak beli sepasu bunga ros. Rambang mata nak pilih, semua cantik.. RM 6 je.. So, berkenan kat bunga ni. Apa lagi, rembat la satu:D
Mesti kambing-kambing itu berbangga kerana najisnya pun ade orang beli buat baja even manusia selalu kaitkan busuk dengan kambing. Contohnya mandi kambing dan busuk macam kambing. Sedangkan dagingnya sangat sedap (tp tak baik untuk pesakit darah tinggi), dan harganya juga agak mahal berbanding sekilo daging lembu.. (kalau tak silap la). Pengajarannya..renung dan fikir-fikirkanlah sendiri.

Saya terfikir, kenapa la waktu konvo orang tak bagi bunga yang hidup ek? I mean belum di cantas lagi. Kan tahan lama.. Murah pulak tu. Masa konvo nanti nak satu boleh??:D So,kalau ade sapa2 nak bg hadiah time konvo.Bagi je sepasu bunga ros..Tulis nama sekali ek.. hehehe. Demand2:p

bunga mawarku..
Cerita 2:
Malam tadi after terawih, kami anyam ketupat. Kami sekeluarga plan nak berbuka di kampung. Parit Raja hari ni..So, masak sedap2 la nampaknya:D Hehehe, saya baru belajar anyam ketupat... Taraa..lihatlah hasilnya...

ketupatku:p

Oklah, nak sambung kerje semula. If ade sesiapa nak rasa ketupat ni, jemput la beraya ke rumah ye:) Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf dipinta andai ada yang terguris hati, pendam perasaan ke. Maaf zahir dan batin.. Wassalam

Nota kaki: Alhamdulillah, saya dapat cuti pada raya ketiga ni.. tapi hari selasa still kena kerje.. :(

Tuesday, September 23, 2008

luahan perasaan..huhuhu

Assalamualaikum w.b.t...
Saya tak tau setakat mana tersebarnya cerita ini. Pagi tadi seorang teman bertanya kepada saya... " selalu ke pergi cj (cyberjaya)". Saya terkedu... "ramai yang nampak" sambungnya lagi.. Terkedu buat kali kedua. Ermm...Persoalannya, bilakah yang dikatakan selalu saya ke cj. Seingat saya (selagi tak hilang ingatan la)kali terakhir saya pergi cj ialah sewaktu konvokesyen tunang saya. Selepas itu tiada lagi. Rasa-rasanya siapa yang anda nampak tu ek? Jelmaan hantu saya ke? ke kembar hampir2 iras.. Famous sangat ke saya ni sampai saya pergi mana-mana pun ramai yang cam? Macam artis la pulak kan. Saya pergi mana pun ramai yang buat laporan. Tapi maaflah, tu bukan saya.Kalau benar pun saya selalu pergi ke cj, kenapa? Salah?? Memang kalau anda membaca 2 pertanyaan tu seolah-olah macam soalan biasa. Tapi jika dibaca dengan ayat2 yang sebelumnya, anda akan dapat tangkap maksud saya. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu. Saya tak marahkan orang yang bertanya, cuma saya sedih siapa yang menyampaikan cerita yang tak benar ini pada dia. Semoga Allah ampunkan dosa dia.

Thanks buat kakak tersayang. Selepas berbual dengan dia, mood sedih bertukar happy. Hehehe.. lucu. Selamat menjahit langsir:)

Oklah, saya nak share cerita untuk semua. Sekadar berkongsi. Selamat membaca :)

In ancient Greece, Socrates was reputed to hold knowledge in high esteem. One day an acquaintance met the great philosopher and said,

"Do you know what I just heard about your friend?"

"Hold on a minute," Socrates replied. "Before telling me anything, I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test."

"Triple filter?"

"That's right," Socrates continued. "Before you talk to me about my friend, it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test.

The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?"

"No," the man said, "Actually I just heard about it and..."

"All right," said Socrates. "So you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?"

"No, on the contrary..."

"So," Socrates continued, "You want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: the filter of usefulness. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?"

"No, not really."

"Well," concluded Socrates, "If what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?"


Nota kaki: Saya bukan penulis yang hebat. Jadi, maaflah ye kalau ada ayat-ayat yang tak berapa nak faham maksudnya. Menulis hanya sekadar untuk meluahkan perasaan.. :) Maaf zahir dan batin andai ade yang terasa.. Wallahua'lam