Thursday, April 30, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Objektif:

1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
2. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
3. Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
4. Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
5. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.

Hari/Tarikh:
Sabtu/9 Mei 2009

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Yuran Penyertaan:
RM 10.00
(yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)

* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 019-6077372.

PEMBENTANG:
1. Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London
2. Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan
3. Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006
PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVESYEN:

8.00 - 8.30 PAGI:
Pendaftaran Peserta

8.30 - 9.30 PAGI:
PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI:
Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 - 11.00 PAGI:
Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 - 12.00 TGH:
Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 - 1.00 TGH:
Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 - 2.00 PTG:
Rehat, makan dan solat

2.00 - 3.00 PTG:
Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 - 4.00 PTG:
Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 - 5.00 PTG:
Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

InsyaAllah akan ada bas dari Melaka.
Bagi pelajar MMU, boleh juga menghubungi saudara Hamdan sekiranya berminat di talian
013-6286991
@


Jadi, apa lagi? Jangan lepaskan peluang! :)



p/s: Bagi muslimat, boleh tulis nama pada kertas yang disediakan di board Masjid Al-Irshad.

Wednesday, April 8, 2009

Kepada bakal pengantin:)

bersama suami tercinta (muka tahan ngantuk)

Bila dihitung-hitung semula, banyak juga jemputan kahwin bulan 6 nanti. Al-maklumla, cuti sekolah la katakan. Orang yang dah kahwin pun tumpang excited untuk bakal pengantin..hehehe. Secara tak langsung, saya ni macam menjadi tempat rujukan tak rasmi kepada bakal pengantin. Walaupun persiapan majlis saya dilakukan dalam masa sebulan, tapi sedikit sebanyak boleh juga bagi sedikit tips tentang pengurusan budget serta berkogsi sedikit pengalaman menjelang majlis nanti.

Last week, saya menemani hubby membuat persembahan sempena Save Gaza Charity Night di MMU Cyberjaya. Kami sampai awal di MMU sebab hubby ada practice dengan ahli Demascus yang lain serta 5forty2. Disebabkan ngantuk dan penat yang teramat (sebab malam tu stay-up tonton drama Dari Mata Arisa then pagi tu baru balik KL:p) saya plan nak tumpang tido kat hostel je. Alhamdulillah, bilik kak lina menjadi tempat persinggahan sementara... Plan asal nak terus membuta je, tetapi lepas jumpa Aisyah,terus je berborak tak ingat. Dah lama tak jumpa la katakan... terus takleh tido.

Dalam berborak tu terselit juga soalan-soalan tentang kahwin. Biasanya soalan yang sama ditanya. Memandangkan saya adalah pemegang biasiswa YTM, soalan yang paling kerap ialah “ YTM tau tak akak nak kahwin??” Saya dah agak dah soalan ini akan ditanya. Jawapannya “YA, YTM dah bagi kebenaran:p” kalau tak percaya, nanti saya tunjukkan suratnya. Kalau ada yang nak tau prosedurnya, boleh buat temujanji kemudian. Saya tak bercadang untuk post prosedurnya dalam blog. Lebih baik saya explain sendiri. Terima kasih kepada Kak Ina and Kak Dayah yang banyak membantu.Yang penting kena ada keberanian:D

Untuk mengadakan kenduri memang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Tapi jangan la sampai berhutang semata-mata untuk membuat majlis yang diluar kemampuan kita. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan ikutkan hati, fikir keperluan dikemudian hari. Selepas berumahtangga banyak lagi perbelanjaan yang menanti.

Ada yang bertanyakan pendapat, adakah dengan gaji RM 2,500 sebulan cukup untuk menampung kehidupan selepas berkahwin? Bagi saya terpulang kepada bagaimana individu tersebut merancang kewangan mereka. Ye la, kalau gaji berpuluh-puluh ribu pun tapi kalau tak berbelanja dengan bijak, tak cukup juga. Jika gaji kecil sekalipun, kalau bijak merancang, insyaAllah cukup. Yang penting kena bersyukur dengan rezeki yang ada.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat”

(Surah Ibrahim:7)

Kalau ikutkan, duit biasiswa tu sudah mencukupi untuk perbelanjaan saya setiap bulan, malah boleh simpan lagi. Tapi hubby masih beri duit belanja tambahan. Hehehe..sangat suka:D Kadang-kadang ada juga suami yang terlepas pandang memberi nafkah kepada isteri terutama jika si isteri lebih berkerjaya dari suami.Bagi saya, walaupun isteri mempunyai duit sendiri, nafkah yang diberikan walaupun sedikit adalah umpama hadiah daripada suami. Siapa tak suka dapat hadiah setiap bulan kan?? :p hehehe.. Tu yang buat hati isteri bertambah sayang:).. Ni bukan sebab dapat duit baru bertambah sayang ok:p Yang dimaksudkan ialah keikhlasan suami memberi hadiah..:D

Bukan kerana saya student Accounting maka saya tahu merancang kewangan keluarga. Tapi ini ilmu yang perlu ada untuk setiap bakal pengantin. Ini adalah pandangan peribadi seorang pelajar yang bergelar isteri:D


Nota kaki: Terubat rindu pada bibah dan adik-adik di cyber.







Thursday, April 2, 2009

Ape yang penting???

Sudah beberapa hari saya tak online menggunakan laptop kesayangan. Entah kenapa tetiba je tak boleh online. Nak cakap wireless tak detect,tak boleh juga. Maka saya pandai-pandai godam sendiri setting internet ,tapi tak berjaya juga(tu la..buat-buat pandai lagi) Rupa-rupanya IP conflict..lepas kak Amal betulkan IP address, internet dah ok balik.. Kesimpulannya,jangan memandai-mandai kalau tak tahu ye:p takut jadi seperti tikus membaiki labu...ohh..tikus??
Buat pertama kalinya saya tidak akan pulang KL apabila weekend. Next week hubby datang MMU Melaka kerana menghadiri bengkel penulisan dan pada masa yang sama saya ada explorace di Bandar Hilir. So, dating kat Melaka je la nampaknya..
Pada asalnya saya tak bercadang untuk menyertai race ni,tapi setelah minta izin hubby saya baru dapat tahu dia akan datang Melaka. Saya pun apa lagi cepat-cepat la bagi nama. Untuk pengetahuan semua, race kali ini akan disertai oleh IPT luar. So,kebarangkalian untuk menang tu tipis sikit la.. lebih2 lagi kalau ade check point yang ada makan-makan. Ye la, satu kumpulan kena ada 5 ahli dan ahli-ahli kumpulan saya semua tak kuat makan. Nak import ahli yang kuat makan,kuota dah penuh:p Tapi mana tahu kan, kot-kot masa tu lapar giler selepas penat berlari.Ape yang penting??~ KERJASAMA (macam sesuai je lagu wonderpets ni jadi tema team kami:P) Hehehe.. Housemates saya beriya-iya nak join sekali . Siap dah import orang lagi. Sayangnya, penyertaan dah penuh..:D Dah lama tak join aktiviti macam ni. Lepas grad nanti belum tentu berpeluang nak join. Masing-masing dah busy dengan kerjaya,keluarga dan macam-macam lagi. Doakan kami berjaya... Nanti bolehla share hadiah:p
25 dan 26 April juga mungkin saya tak balik KL. Hubby ade binding camp dan saya berada di Melaka untuk siapkan assignment dan bersiap sedia untuk presentation. Walaupun tak dapat jumpa hubby, tapi saya tahu cinta dan doanya sentiasa bersama saya.

Nota kaki: Esok ada midterm Corporate Accounting 2. Ya Allah,bantulah hambamu ini. Ok..study2