Friday, August 26, 2011

Menjelang cuti raya

Haaa..amik ko. Dalam sehari sampai update 3 post.. Hari ni hari terakhir berkerja sebelum bermulanya cuti raya selama seminggu. Dan kebetulan pula hari ni boss besar dah bagi greenlight balik awal after solat Jumaat. Ape lagi, ambil peluang la... Aku masih menanti buah hati datang menjemput sambil mengepam buat stok untuk Naqib. Asyik tarik je stok, tapi tak top up lama2 habis le. Alhamdulillah, Naqib dah setahun 1 bulan menerima khasiat susu ibu. Mula-mula tu macam tak confident je boleh sampai ke tahap ni, tapi berkat support dari suami dan ofismate aku masih lagi bertahan. Azam aku sampai Naqib berusia 2 tahun. Ameen... Permudahkanlah Ya Allah.

Balik Kampung

Confirm malam ni highway jam kan? Aku? ermm..kitorang plan balik Batu Pahat pagi Isnin nanti. Nak spend masa dengan family kat KL dulu sebelum pulang ke kampung selama seminggu. Dah lama tak cuti panjang. Sebelum ni paling lama pun 3 hari. Kali ni seminggu...amik ko. Hahaha..

Tahun ni preparation kami takde la bagai nak rak sangat. Seadanya... kuih pun beli beberapa jenis je. Beli banyak2 karang bukan termakan pun. Tahun ni seronk la Naqib dapat jumpa ramai sepupu2 dia. Lebih2 lagi sejak dah pandai jalan ni..lagi ligat la dia main nanti.

Duit raya

Isteri: Abang, tahun ni bajet duit raya berapa ringgit?
Suami: Sorang seringgit je
Isteri: haa...betul ke ni?
Suami: Haa..betul la. RM 1 tu ada nilai tau. Tony Fernandez beli saham Air Asia dengan RM1 je tau, sekarang dia dah jadi shareholder MAS.
Isteri: huhuhu...kan dah dapat tazkirah:D
Apa-apa pun, ikut kemampuan masing-masing la kan. Kalau dah niat nak bersedekah teruskan je la. Tapi jangan menunjuk2, karang kayap pulak lepas raya nanti.

Baju Raya

Kami beli siap je. Shopping kat PKNS last week. Nasib baik tak pergi Jalan TAR. Yam cakap sesak giler sampai nak jalan pun berhimpit2. Kalau bawa anak2 kecil lagi la. Kat PKNS tu pun walaupun takde la berhimpit2 sangat pun, tapi ramai la jugak orang sampaikan Naqib rimas duduk dalam tu lama2. So, kami cari mana yang sempat je la. Mujur apa yang kami nak dapat..

Tak sabar nak tengok Naqib berbaju melayu di pagi raya. Mesti sehensem abi dia..hehehe.




Akhlak Rasulullah

Bila dah start rajin menulis blog, macam2 cerita nak update. Hari ni merupakan hari yang ke 26 umat Islam berpuasa. Ermm..tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak meninggalkan kita. Cepatnya masa berlalu. Serius... cepat sangat! Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang berada di dalam bulan Ramadhan, tetapi ia gagal untuk meraih keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila berakhirnya Ramadhan. Semoga masih sempat untuk kami merebut ganjaran yang dijanjikan-Nya pada hari-hari yang masih berbaki.

Pernah tengok rancangan Lau kana Bainana tak? First time tengok kat TV Al-Hijrah time sahur dah jatuh hati. Cerita reality show yang berobjektifkan meneladani akhlak Rasullah. Kadang2 benda simple pun bila kita ikut apa yang Rasullulah amalkan, impactnya sangat indah.
Sebagai contoh, isu berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi perkhidmatan kepada kita. Sometimes kita ambil mudah je especially untuk benda2 yang kurang penting seperti beli tiket kat kaunter. Cakap macam senang je kan?? Tapi kadang-kadang kita lupa. Cuba bayangkan kita yang berada di kaunter tu dan tetiba seorang pelanggan mengucapkan terima kasih. Best kan?? Kita rasa macam perkhidmatan yang tak seberapa tu pun orang beri penghargaan, kalau buat lagi baik mesti lagi best kan? hehehe...

Banayak lagi akhlak Rasulullah yang kita boleh amalkan. kita mulakan dari yang mudah-mudah dulu seperti beri salam, ucapkan terima kasih, sedekahkan senyuman, tak membazir... Bila dah boleh amalkan kita upgrade lagi amalan kita.. Subhanallah,Indahnya Islam.

Terima Kasih ya Allah:)

My Aaron Aziz

Beberapa hari lepas merajuk dengan hubby. Entah la, sebab perkara kecik je pun, tu pun nak merajuk.. PMS mungkin. Dan biasalah lepas tu hubby yang kena pujuk balik, padahal kita yang start dulu. Tapi yang kelakarnya, kali ni dia pujuk guna notes dan lekatkan note tu kat suis dapur. Konon2 nanti bila nak switch on suis perasan la note tu..hehehe. Tapi masa tu tengah mamai, memang tak perasan pun. Bila dah siap kemas dapur dan nak switch off suis lampu baru perasan ade nota cinta...






Aaron Aziz tuuuuuu...... hahaha
Ya Allah, terima kasih untuk cinta ini:)

Thursday, August 25, 2011

Cerita basi 2 tahun lalu

Haaa..amik kau.. Entry dua tahun lepas yang baru tahun ni nak update.
Alhamdulillah, Naqib dah genap 1 tahun 1 bulan sekarang. makin handsome macam abi dia dan manja macam ummi dia..hahaha.

Entry kali ni adalah cerita basi sewaktu awal2 disahkan pregnant. So, kalau rasa malas nak baca, sila klik ke website lain ye:D

Tanggal 26 Oktober saya disahkan oleh Doktor Rasool (kena tulis sebab ianya salah satu sejarah) bahawasanya saya mengandung.Sebelum-sebelum ni pernah terdetik, jika suatu hari nanti sy disahkan mengandung konon2 nak buat surprise kat hubby. Hahaha..malangnya ianya tidak berlaku..

Sehari sebelum saya tahu yang saya mengandung, kami keluar berdating di Giant untuk beli barang-barang dapur. Selesai membeli belah apa yang perlu, saya ternampak farmasi di dalam pasaraya tu lalu terdetik pulak nak beli pregnancy test kit sebab period dah delay seminggu. Masa tu pula hubby macam bagi tak bagi je sebab sebelum ni pernah try bulan sebelum ni, tapi awal sangat membazir je. Tup tup ‘kawan baik’ datang. Dah nak merajuk dah masa tu dengan en. Suami..hehehe. Akhirnya beli jugak la sebab dah alang2 masuk farmasi tu. Dalam hati dah niat kalau dh 2 minngu delay nnt baru buat test.
Malam tu macam biasa, sy tidur lebih awal dari hubby.. Mula-mula masuk tidur, badan dah rasa tak selesa, panas semacam. Tapi akhirnya terlena juga la sebab kepenatan sehari suntuk di ofis..
Dalam lingkungan pukul 4 pagi saya terjaga dari mimpi. Mula terfikir terkebil-kebil mata “betul ke apa yang aku mimpikan tadi?” bertanya sorang diri.. Hubby sedang lena disebelah… Tanpa berfikir panjang, saya terus ke bilik air untuk menyedapkan hati la kononnya… Berdebar-debar juga time tu, sambil menerawang jauh memikirkan tentang mimipi tadi. Keputusannya…… Ya Allah!!betul ke apa yang aku nampak ni??? Dua garisan keluar tuuuu?? Betul ke ni?? Betul ke ni??
Terus ke bilik mengejutkan hubby yang lena dibuai mimipi.. “ Abang..abang..tengok ni. Merah!!” Kerana terlalu terkejut, sampai apa yang nak dicakapkan pun tak tercakap. Hubby yang tgh mamai-mamai tu pun tanya.” Haa…” kenapa dengan merah?” ceyttt... tu je dia jawab. Tak boleh juga nak merajuk dengan dia sebab time tu dia mamai. Lepas beberapa minit baru dia betul2 sedar. Mula la senyum tersengih..then dia cakap pagi nnt buat confirmation dengan doktor.

Alhamdulillah, tanggal 23 Julai 2010 maka lahirnya seorang putera yang comel diberi nama Muhammad Naqib
Gambar fresh from labour room... beberapa minit selepas deliver.