Thursday, August 25, 2011

Cerita basi 2 tahun lalu

Haaa..amik kau.. Entry dua tahun lepas yang baru tahun ni nak update.
Alhamdulillah, Naqib dah genap 1 tahun 1 bulan sekarang. makin handsome macam abi dia dan manja macam ummi dia..hahaha.

Entry kali ni adalah cerita basi sewaktu awal2 disahkan pregnant. So, kalau rasa malas nak baca, sila klik ke website lain ye:D

Tanggal 26 Oktober saya disahkan oleh Doktor Rasool (kena tulis sebab ianya salah satu sejarah) bahawasanya saya mengandung.Sebelum-sebelum ni pernah terdetik, jika suatu hari nanti sy disahkan mengandung konon2 nak buat surprise kat hubby. Hahaha..malangnya ianya tidak berlaku..

Sehari sebelum saya tahu yang saya mengandung, kami keluar berdating di Giant untuk beli barang-barang dapur. Selesai membeli belah apa yang perlu, saya ternampak farmasi di dalam pasaraya tu lalu terdetik pulak nak beli pregnancy test kit sebab period dah delay seminggu. Masa tu pula hubby macam bagi tak bagi je sebab sebelum ni pernah try bulan sebelum ni, tapi awal sangat membazir je. Tup tup ‘kawan baik’ datang. Dah nak merajuk dah masa tu dengan en. Suami..hehehe. Akhirnya beli jugak la sebab dah alang2 masuk farmasi tu. Dalam hati dah niat kalau dh 2 minngu delay nnt baru buat test.
Malam tu macam biasa, sy tidur lebih awal dari hubby.. Mula-mula masuk tidur, badan dah rasa tak selesa, panas semacam. Tapi akhirnya terlena juga la sebab kepenatan sehari suntuk di ofis..
Dalam lingkungan pukul 4 pagi saya terjaga dari mimpi. Mula terfikir terkebil-kebil mata “betul ke apa yang aku mimpikan tadi?” bertanya sorang diri.. Hubby sedang lena disebelah… Tanpa berfikir panjang, saya terus ke bilik air untuk menyedapkan hati la kononnya… Berdebar-debar juga time tu, sambil menerawang jauh memikirkan tentang mimipi tadi. Keputusannya…… Ya Allah!!betul ke apa yang aku nampak ni??? Dua garisan keluar tuuuu?? Betul ke ni?? Betul ke ni??
Terus ke bilik mengejutkan hubby yang lena dibuai mimipi.. “ Abang..abang..tengok ni. Merah!!” Kerana terlalu terkejut, sampai apa yang nak dicakapkan pun tak tercakap. Hubby yang tgh mamai-mamai tu pun tanya.” Haa…” kenapa dengan merah?” ceyttt... tu je dia jawab. Tak boleh juga nak merajuk dengan dia sebab time tu dia mamai. Lepas beberapa minit baru dia betul2 sedar. Mula la senyum tersengih..then dia cakap pagi nnt buat confirmation dengan doktor.

Alhamdulillah, tanggal 23 Julai 2010 maka lahirnya seorang putera yang comel diberi nama Muhammad Naqib
Gambar fresh from labour room... beberapa minit selepas deliver.



No comments: