Pernah tengok rancangan Lau kana Bainana tak? First time tengok kat TV Al-Hijrah time sahur dah jatuh hati. Cerita reality show yang berobjektifkan meneladani akhlak Rasullah. Kadang2 benda simple pun bila kita ikut apa yang Rasullulah amalkan, impactnya sangat indah.
Sebagai contoh, isu berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi perkhidmatan kepada kita. Sometimes kita ambil mudah je especially untuk benda2 yang kurang penting seperti beli tiket kat kaunter. Cakap macam senang je kan?? Tapi kadang-kadang kita lupa. Cuba bayangkan kita yang berada di kaunter tu dan tetiba seorang pelanggan mengucapkan terima kasih. Best kan?? Kita rasa macam perkhidmatan yang tak seberapa tu pun orang beri penghargaan, kalau buat lagi baik mesti lagi best kan? hehehe...
Banayak lagi akhlak Rasulullah yang kita boleh amalkan. kita mulakan dari yang mudah-mudah dulu seperti beri salam, ucapkan terima kasih, sedekahkan senyuman, tak membazir... Bila dah boleh amalkan kita upgrade lagi amalan kita.. Subhanallah,Indahnya Islam.
Terima Kasih ya Allah:)
No comments:
Post a Comment