Saturday, March 29, 2008

7th Intervarsity Accounting Quiz(IVAQ)

Hari ni ada IVAQ kat MITC.saya,ja,rai dan huda pergi lambat sikit sbb malas nak dtg awal.awal2 tu hanya qualifying round.Bukan boleh tgk2 pun...Mula2 macam malas nak pergi,tapi bila kawan2 dah ajak...pergi juga:D best sebenarnya..especially bila dah masuk final round.Tapi kali ni sy tak tunggu sampai habis sbb kami kena balik sebelum zohor sbb huda ade hal lepas tu.

Setibanya di MITC,rasa pelik gak..awat ramai smacam kat situ.Nak cari parking pun susah.Ade Jom Heboh ke?tapi tak salah sy Jom Heboh next week..rupe2nya ade karnival pendidikan kat tempat yang sama. Banyak publisher buka booth jual buku2.Tapi banyak buku2 rujukan dan latihan utk sekolah rendah dan menengah.Buku2 agama pun ade jual,tp tak bawa duit extra la pulak..nak withdraw money pun tak tau kat mana.Esok2 je la.sy sempat sambar dua buku latihan utk adik bongsu saya..tgh ade offer,baik beli.hehehe...boleh buat tuisyen kat rumah sepanjang duduk kat batu pahat nanti.Utk adik saya je la.Hehehe..perasan je..saya ni cikgu yang garang kalau nak tau..boleh nangis budak2..Dapat bayangkan tak kalau sy jadi lecturer??huahuahua...

Kembali pada cerita IVAQ ok. Selepas register dan kumpul goodies dari company2 yang buka booth(saya memang suke kumpul goodies:D) kami duduk sat utk dgr opening ceremony.huhuhu...alamak,mr.abdullah duduk sebaris kitorang lak..nak blk awal rasa segan .dah la sampai lewat.tapi kitorang terpaksa blk awal.Kami keluar dr hall sambil tersengih2 kucing:D Tahun lepas team UM menjadi juara dan team MMU naib juara .But for this year dengar khabarnya UUM yang muncul juara mengalahkan UM dan Sunway College.Team MMU takde rezeki masuk final...

yeah..tahun depan mungkin ade event macam ni.Bukan tak berminat nak jd one of the participant..tp ade lagi yg terer2...takpela:D berangan je...kang tetiba kalau terpilih,terkedu la pulak..hehehe.

Oklah...nak sambung baca buku karangan Fathi Yakan(apa erinya saya menganut Islam)mungkin ramai yang dah pernah baca.tapi saja nak revise blk.Manusia ni mudah lupa,especially bila kita tak amalkan ilmu tu.Doa2 la semoga kita semua istiqamah dlm beramal walaupun sikit.InsyaAllah..nanti sy update input dr bacaan sy nanti ye.Sharing is caring kan..kan..kan..hehehe.wassalam


berangan je

Thursday, March 27, 2008

mari meneka






Cube teka siapakah mereka...
takde hadiah akan disebrikan kepada sesiapa yang menjawab dengan betul:p Entry sebelum ni takde gambar..so,sesaje nak upload..main teka teki..Hari ni plan nak amik offer letter for practical training from my coordinator.Prosedur kali ni agak berbeza sikit dari batch sebelum ni..kami hanya dibenarkan memilih maximum 2 company je.If,dua2 company reject baru boleh apply company lain.Compared dgn batch sebelum ni,diorng boleh hantar sampai 10...huhuhu.Alhamdulillah..saya dapat offer dr dua2 company yg sy apply.So,sy decide utk practical kat Monteiro & Heng cawangan batu pahat.Actually sy pilih dua2 at batu pahat..dulu2,pernah gak plan nak apply kat big four...tapi takde pulak cawangan kat batu pahat.takpe la SME pun boleh tahan juga...yang penting dapat pengalaman.

Nampaknya 6 bulan la sy akan meninggalkan bumi melaka ni...hehehe.InsyaAllah,kalau panjang umur..kita jumpa lagi sem 3 nanti:)Saya pasti akan merindui sahabat2 dan lecturer di melaka.Suka duka bersama sewaktu zaman muda-muda dulu.Orang kata jauh di mata dekat di hati..hehehe

Monday, March 24, 2008

Mari belajar memasak

Macam kebiasaannya..bila tinggal beberapa jam lagi nak exam..sempat lagi tulis blog.Jangan terkejut,walaupun tinggal 3 jam lagi nak midterm sy masih boleh menulis blog..hehehe.Saje nak hilangkan rasa cuak dan tension.Dinasihati agar anda jangan mengikuti jejak saya jika anda tak habis study lagi:p

Tengah hari semalam,ketika sedang khusyuk study(ye ke tgh study?) tetiba dapat call dari my junior,Hazwan.Jarang orang call sy tgh2 hari buta ni..lebih2 lagi weekend.Nak tau tak kenapa?jeng..jeng..jeng...Amat menggelikan hati bila dia tanya saya mcm mana nak masak nasi goreng? Err..persoalannya di sini...saya pandai masak ke?? memang rasa cam nak pecah perut..Dgn yakinnya saya beri la tunjuk ajar kat dia.Pernah la juga tolong2 masak kat rumah.So,tau la sikit2..ye ye je.sekali tak sedap..malu je:p siap bagi petua lagi...nak tau berkesan ke tak..tanya la orang yang bertanya tu:p tanay juga kenapa dia tanya saya pasal masak2 ni...dia jawab pernah tgk saya masak kat satu program ni..gaya cam reti masak je.hehehe..jgn tertipu..gaya je lebih tu:p hehehe...rajin sunggah dia masak memasak..saya ni je yang malas.Asyik2 'masak' kat luar:p

Before this,kak nad pernah bagi idea kat saya utk join dia buka nursery akan datang.Saya jaga bab masak2 ni...Ya Allah..cirit birit anak orang nanti:p Dah la masak hentam je...Pernah gak cuba utk berguru dgn sifu saya(mama saya la)..huhuhu..tapi masakan sy tak sesedap masakn dia:(

InsyaAllah,nanti dah ade keluarga sendiri..pandai le masak:D tak kan nak suruh mak masak kan...kena gak rasa air tangan isteri..hahaha:p kena buka buku resepi ni:p

Ok2..time to study.doakan saya dapat jawab dengan tenang petang ni...wassalam:)

Saturday, March 22, 2008

Siapakah?

Berat untuk saya ceritakan segala persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran.Saya tidak tahu hendak bermula dari mana...dan pada siapa saya harus bertanya.adakah saya dapat bertahan untuk menghadapi semua ini?

Apabila terkenang semula peristiwa tersebut,hati saya jadi sayu.Sampai sekarang masalah tersebut masih tak bernokhtah.Tak tahulah akan berpanjangan sampai bila... Seringkali saya mengalah untuk menjernihkan keadaan. Tetapi,seringkali jua kemaafan itu disalah ertikan.Pasrah...

Syukur

Duit scholarship saya telah susut..huhuhu.This month terover budget.so,next month kena la berjimat:D takleh shopping2..window shopping boleh la:p Mmg hobi sy window shopping pun..:p

Semenjak dari tingkatan 4 lagi,sy tak pernah minta duit belanja dari ibu bapa sy. Sy dididik agar berjimat cermat..kalau nak sesuatu barang tu,kena la kumpul duit sendiri.Ye la,sy bukannya dari keluarga yg mewah. Alhamdulillah,selepas dpt tawaran biasiswa kecil YTM, ibu bapa sy boleh tarik nafas lega.Segala perbelanjaan di MRSM ditanggung oleh YTM sehingga la saya masuk MMU.

Mama selalu pesan agar saya bersyukur dengan rezeki yang ada dan menghargai peluang yang telah saya perolehi.Bukan semua orang dapat peluang ni.Setiap kali sy rasa hampir putus asa,sy teringat kata2 hikmat itu.Sedar tak sedar tinggal setahun lagi sy akan mengakhiri zaman mahasiswa di bumi MMU ni.Ya Allah,syukurku hanya untukMu. Permudahkan perjalanan ku dalam menuntut ilmuMu.

Friday, March 21, 2008

Al-Qamariah..bulan

"qomariah berasal drpd perkataan arab iaitu al-qomar yang bermaksud bulan..sedia maklum bahawa bulan berperanan sebagai penyuluh dunia supaya dunia sentiasa terang di kala malam..mungkin ramai yang terlepas fikir bahawa bulan itu adalah teman setia si matahari, dimana bulan yang bersifat sejuk umpama seorang wanita ayu mampu melempiaskan cahaya kepanasan si matahari yamg tak ubah seperti seorang lelaki yang keras sifatnya..sesungguhnya keindahan dan kecantikan bulan telah memberikannya satu kekuatan luar biasa sehingga mampu membingungkan si pungguk yang mengimpikan sesuatu yang mustahil dari segi akal..tetapi tidak mustahil dengan kuasa tuan punya alam semesta, si pungguk harus dapat menakluki bulan pujaan hati..kewujudan planet-planet tidak lengkap tanpa didampingi oleh bilan-bulan..sepertimana yang disebut di dalam al-furqan, bulan itu mengelilingi bumi selama sebulan bagi menentukan perjalanan hidup tahunan..penubuhan taqwim qomari banyak memakan jasa si bulan..penentuan tarikh puasa dan eidulfitr juga berdasarkan bulan yang indah..mengapa bukan matahari, sedangkan matahari jauh lebih hebat daripada bulan yang sangat kerdil jika dibandingkan dengan si helium bercampur hidrogen benjelmakan matahari..jasa bulan terhadap nabi juga kerap dilupakan di mana suatu masa dahu bulan pernah membantu nabi untuk membuktikan mukjizat hissi kekasih rasulullah itu..maka dengan bukti keindahan bulan dapatkah kita nafikan sifat realistik yang ada pada al-qomar??"

Thank you my friend...Ukhuwwah fillah dan semoga dirimu sentiasa berada dlm lindungan-Nya..Ameen