Friday, October 17, 2008

Rezeki...

semalam ..
mereka belanja pizza
hari ni..
mereka belanja egg tart..
esok...
cuti...open house:D

murah rezeki betul minggu ni..
alhamdulillah...:)

nota kaki: i'm the lucky one;)

Wednesday, October 15, 2008

Cerita zaman muda-muda dulu:p [OPKIS]

Assalamualaikum... malam ni, terasa nak update blog after siap mengemas album-album lama. Sambil mengemas sambil tengok-tengok gambar sewaktu muda- muda dulu. Hahaha.. lain sungguh. Tergelak sorang-sorang.. macam mana entah boleh terfikir nak pakai tudung biru dengan baju maroon.. selekeh dan comot je waktu kecik-kecik dulu:p selak helaian demi helaian..dari sekolah rendah, menengah, mrsm, dan MMU. Rindu zaman dulu-dulu...

Kali ni saya tergerak nak kongsi pengalaman sewaktu menyertai program Operasi Khidmat Siswa (OPKIS) di perkampungan orang asli Ulu Kinta kalau tak silap(hehehe..dah lupe la:p) anjuran Institusi Usrah dan SRM).. masa tu saya masih Alpha lagi. Gambar dalam bentuk softcopy enggak ada. Jadi tak dapat la nak share kat sini:D

Untuk masuk ke kampung tersebut,kami terpaksa menaiki trak. Memang adventure..sampai tergolek2 hamper dalam tu:p saya lupa nama kampung angkat saya tu. Yang pastinya kampung dia semua dekat2. Ye la, rumah kak ecah belakang rumah saya je, tapi nama kampung kami lain-lain:p

Selesai memunggah barang ke markas utama, kami berkumpul untuk sesi pembahagian family angkat. Muslimat kena cari partner demi menjaga keselamatan in case kalau ade ape2 berlaku and muslimin single je. Hehehe..saya berpasangan dengan Kathy. Mase tu rasa lega la sebab ade senior yang stay dengan saya. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Pada waktu malamnya, ade jiran family angkat saya datang untuk minta sorang anak angkat. Wargh.. tinggal la saya sorang2. Dah la saya junior:( Awat tak amik anak angkat lelaki yang ramai itu. Takpe la..pasrah je.Asalkan selamat..

For your information, ibu bapa angkat saya ketika itu baru berusia 22 tahun manakala saya pula 18 tahun. Beza 4 tahun je.. tapi dia suruh panggil mak dengan bapak.Mereka mempunyai dua orang anak. Yang sulong bernama ika menakala yang sorang lagi panggil adik je:p huhuhu. Mula-mula memang tak biasa. Cuak pun ada:p nasib baik ade anak perempuan jiran sebelah ni temankan saya sewaktu dirumah.

Petang tersebut saya menziarahi jiran-jiran family angkat sementara menunggu masuknya maghrib. Sesi suai kenal la kiranya... Jeng..jeng..jeng..tetiba ade mak cik tu tanya saya dah kahwin ke belum? Erk.. saya masih muda la mak cik. Tetapi kami telah dipesan jika ada yang bertanya, jawab je dah kahwin ke bertunang ke. Untuk keselamatan:p Terkejut dan tak sangka diorang akan tanya. Masa tu masih takut2 lagi, saya belasah je jawab dah tunang minggu depan nak kahwin... Jawapan yang tak logik langsung:p ade ke next week nak kahwin, tapi kita sibuk-sibuk berprogram.Tapi saya rasa diorang percaya kot sebab on the next day mak angkat saya tanya tunangnya ikut sekali ke? Saya jawab la tak:p kang tak pasal2 dia nak jumpa.Ampun ya ...

Malam tu first time tidur di kampung pedalaman orang asli bertemankan lampu pelita.Bunyi anjing salak menyalak samapi tgh malam. Saya diberitahu anjing-anjing tu ade je tengah berkampung kat bawah rumah. Banyak anjing berkeliaran sekitar rumah seperti kucing. Masih saya ingat lagi sewaktu selesai mengambil wudu’, terkejut saya tatkala menguak daun pintu tandas terpacul seekor anjing merenung saya sambil menjelirkan lidahnya. Ya Allah, hanya tuhan je tau perasaan saya masa tu. Kaku tak boleh bergerak. Mujurlah ade adik-adik kat situ yang melihat kejadian tersebut, mereka terus datang dan tendang anjing tu. MasyaAllah, berani sungguh budak kecik itu. Anjing tu lebih besar dari dia kot:p Memang kat situ banyak anjing.Tetapi anjing2 tersebut takde la sampai menggigit orang. Saya pun dah berani jalan-jalan kat situ as long as anjing tu tak mengganggu. Berani tak saya:p

Aktiviti kami di sana ialah menziarahi penduduk di sana sambil memberi sedikit sumbangan makanan, membuat aktiviti kemasyarakatan, sukaneka, mengajar adik2 di sana mengaji dan banyak lagi. Macam2 aktiviti dianjurkan, sehingga masa bersama family angkat amatlah terhad. Boleh dikatakan yang saya hanya berada dirumah pada waktu subuh, maghrib dan waktu tidur je. Selebihnya,kami berprogram di markas. Saya difahamkan bahawa mereka telah memeluk islam, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk solat dan melakukan ibadah-ibadah lain kerana pihak yang bertanggungjawab tidak memantau keadaan mereka secara berkala. Mereka terkontang-kanting sendirian. Ibu angkat saya pernah berkata yang dia memang nak puasa, tapi dia tak reti solat. Dia minta saya ajar dia solat. Sayu hati mendengarnya. Dengan masa yang terbatas saya cuba mengajar mana yang termampu.

Hari terakhir, adik2 disana mengajak saya pergi ke sungai. Subhanallah, sungguh cantik dan tenang pemandangan di situ. Air sungai agak deras dan saya hampir-hampir dihayutkan oleh arus. Nasib baik la Noni cepat2 sambar tangan saya. Kalau tak, tentu sekarang saya tak berpeluang untuk berkongsi cerita ni:p

Sebelum pulang, saya dibekalkan dengan pucuk ubi dan petai yang telah siap dikopek. Terharu betul. Malam sebelumnya sewaktu pulang dari program, saya perasan family angkat saya sedang mengopek kulit petai bertemankan lampu suluh. Ingatkan nak buat breakfast ke apa. Rupa-rupanya mereka sediakan ole-ole untuk saya bawa pulang. Jadi tak perlu lah saya bawa papan2 petai yang berat itu lagi seperti rakan-rakan yang lain:D Maka banyakla stok petai di rumah saya:p Thank you very much.

Sekarang ni wallahua’lam. Saya pun dah lost contact dengan mereka. Semoga mereka berada dalam keadaan sejahtera selalu. Masa mula-mula tu pernah juga bapak angkat call. Sepanjang duduk dirumah mereka saya tak pernah pun berbual dengan bapak angkat saya. Rasa janggal pulak bila dia call:p may be kat kampung tu takde coverage. So, bapaknya yang selalu pegi pekan jadi bapaknya yang selalu call. Tapi saya yang jadi cuak pula..hehehe. ape2 je la saya ni kan:p Rupa-rupanya penduduk kampung saya tu berkongsi satu handphone baru untuk call anak angkat masing2. Ini disebabkan, saya dapati nombor telefon family angkat abg aizam sama dengan family angkat saya.. Saya bersyukur kerana berkesempatan menyertai program2 seperti ni. Jika diberi peluang , saya ingin menyertainya sekali lagi.Yang pastinya dengan tujuan yang lebih jelas dan persiapan yang lebih rapi. Kenangan manis dan pahit itu sentiasa saya ingat sampai bila-bila.Begitulah ceritanya semasa zaman tak matang lagi:p

nota kaki: hari ni adalah 15 Syawal;)