Wednesday, September 28, 2011

Saya Generasi...

Patung kertas... Sekarang entah ade lagi ke tak. Ingat lagi masa tu aku dalam darjah 3, menggila beli patung kertas ni kat kedai Yai Uteh. Hahaha..girlish gitewww.Mentang2 la kedai tu dekat dengan sekolah, apa lagi setiap kali balik sekolah mesti singgah. Mana tau ade koleksi patung kertas yang baru ke kan. Alah, masa tu harga dia dalam 20 sen -50 sen je.. Dulu mana mampu nak beli mainan mahal2. Nak beli pun kena kumpul duit belanja sendiri. Tu pun dapatla beli ding dang tak pun tora. Ala, yang dalam tu ade coklat dan mainan sekali. Semangat sebab waktu tu ada iklan ding dang atau tora dalam TV.



Dah bosan dengan fesyen2 yang sedia ada, mula la design sendiri untuk patung kertas tu. Time2 tu la mula pasang cita-cita nak jadi fashion designer konon. Seiring dengan pertambahan usia, baru sedar minat aku bukan ke arah tu sebenarnya.

Dalam girlish2 tu boleh lagi main panjat2 pokok, tak pun berkubang kat parit depan rumah nyai tu. Ohh...lupa nak intro, time ni aku duduk kat Parit Daun. Nama pun Parit Daun, mesti la ade parit kan. Memang selekeh la kecik2 dulu..nak letak gambar pun segan. Hubby tengok gambar aku zaman baru nak meningkat remaja tu boleh gelak terkekek-kekek. Lagi kan pula orang lain. Kurang asam kannn....:p

Indah sungguh zaman kanak-kanak. Kalau fikir-fikir balik, apa faedahnya aku main patung kertas tu dulu ek? Siap bawa pergi sekolah. Main sorok2 bawah meja. Itulah kanak-kanak, yang difikirkan hanya keseronokan je. Tak perlu susah2 fikirkan masalah dunia. Kadang2 bila tengok keletah Naqib bermain, hilang rasa stress. Seronok pun ade. Mungkin itulah hakikat dunia kanak-kanak " penuh keseronokan dan mampu memberi keseronokan kepada orang lain"

Zaman Naqib nanti mesti Naqib tulis "Saya Generasi Ipad 2" Fuyoooo... Moden sungguh. Cepat betul zaman berubah.

Wednesday, September 21, 2011

Syurga di wajahmu

Apa kejadah aku post tajuk lagu Nash ni?? hehehe.. Actually pagi tadi, on the way nak pergi kerja rutin kami setiap pagi adalah bersembang2 tentang pelbagai topik. Dari topik berat sampai la topik yang agak santai.. Biasanya topik2 tu ada kaitan dengan topik di Sinar.fm...Old school kan kami ni.Tu belum masuk klasik nasional lagi. Tapi best pagi2 dengar coleteh KE,SY and Keril. Hari ni lagu merapu Mat Saleh adalah dari lagu Syurga di wajahmu. Bukan nak hightlight pasal translation dia yang direct sangat tu, tapi more on the original lirik.

Hubby: Sayang cube teka maksud lirik lagu ni.
Me: Tentang suami yang dah buat salah pada isteri dia
Hubby: Lirik dia puitis..Tak islamik ke lirik lagu ni?
Me: Ha'ah la... (selama ni aku dengar je lagu ni tapi tak menghayati pun)

Jom layankan lirik lagu ni:

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Puitis kan?? Seorang suami menceritakan kekesalan di atas kekhilafan yang pernah dia lakukan. Bila hayati balik lirik lagu ni, kagumnya kalau si isteri tu mampu bersabar sambil tak jemu-jemu berdoa agar suaminya kembali ke pangkuan isteri tercinta. Part yang last tu paling bermakna. Dalam hidup berumah tangga bukan sekali je kita diuji. Setiap ujian tu adalah salah satu proses untuk mematangkan pasangan sebenarnya. Opss...lirik ni takde kait mengait dengan kami ye. Memang sejak kebelakangan ni kami suka bedah lirik lagu-lagu puitis. Best jugak bedah2 lirik ni, dalam masa yang sama boleh berkongsi pandangan. Maybe dari side hubby nampak maksud dia macam ni, tapi side aku pulak lain. Dalam masa yang sama aku rasa bedah lirik ni macam sesi tazkirah dan sharing session pulak.hehehe.. Nama pun kahwin dengan penulis lirik...

Pagi tadi saje menggatal provoke hubby...
Me: Abang, kalau abg nak kahwin lagi kena bagi tau saya tau.
Hubby: Nak buat apa?
Me: saya nak uji dia...hehehe (sambil senyum ada makna:p)
Hubby: Tak, abg akan bagi tau orang tu terus jumpa sayang.
Me: erk... ????
(hahaha..take note! Siapa yang nak jadi madu saya kena lalui ujian saringan ala2 komando ok:))

Suatu hari ade pemanggil Sinar.fm yang rasa berdebar sebab hari tu dia nak hantar rombongan meminang bagi pihak suami dia untuk bakal madu dia. Sayang sangat suami katanya. Daripada biarkan suami hanyut dengan perempuan tu, lebih baik izinkan dia kahwin lagi. Tetiba hubby bersuara "Kalau sebelum kahwin satu lagi pun si suami tak berlaku adil pada si isteri, inikan pula nak berlaku adil pada isteri yang satu lagi". Ada point juga apa yang hubby cakap. Sedangkan dengan seorang isteri pun tak boleh adil (adil dalam erti kata menjaga hak2 isteri), inikan pula nak pasang satu lagi. Pendek kata TAK LAYAK!

Ok, sampai kat sini dulu. nak update pasal Naqib pulak. Hehehe.. sekarang dah pandai flying kiss bagai. Sebelum tidur salam abi dulu, then jalan terkedek-kedek sambil pimpin tangan ummi masuk ke bilik. Baru je nak masuk bilik, dia lepaskan tangan ummi dan terus berlari ke abi semata-mata nak buat flying kiss...Alahai comelnye anak ummi ni. Gigit karang!

Naqib kena buli dengan mak ude n mak usu... tapi lepas tu makin suka dia masuk dalam bakul...hehehe