Thursday, March 26, 2009

Makin comel makin hensem

Assalamualaikum… dah lama tak update:D hehehe.. KEMALASAN. Maaf la ye kepada pembaca yang selalu singgah teratak ni tapi tiada sebarang update dari saya. Malam ni hubby ada recording kat Shah Alam. So,tinggal la saya berdua dengan omel kat rumah.

Midterm break kali ni saya menjadi full-time house wife. Kemas rumah, masak,membaca, tengok TV, study, siapkan assignment+dating:p Macam2 resepi saya try masak..hehehe. Licin hubby makan..tu tandanya sedap la kot:p Mana badan tak naik.. Rakan-rakan kat IIS pun perasan. Tapi takpe, bak kata hubby “makin comel, makin hensem:p”

Kini baru saya berpeluang untuk menyertai kelas FCR. Sebuah pengalaman yang cukup berharga.FCR kelas intensif fasa 1 ni lebih kepada pengenalan tentang tanggungjawab untuk berdakwah, Christianity, Hinduism, Chinese Belief, salah faham tentang Islam dan beberapa soalan lazim yang biasa ditanya oleh non-Muslim. Tapi, semasa sesi Q&A, soalan berkaitan poligami yang paling femes:p Soalan yang bertubi-tubi berjaya dijawab oleh Bro.Shah Kirit dan Engku Fauzi.

Semalam saya ikut hubby ke IIS untuk mengajar kelas mandarin. Dalam masa yang sama hubby kena bagi talk untuk topic Chinese belief kat kelas sebelah. Then hubby meninggalkan studentnya dengan latihan membuat ayat. Saya dah banyak ketinggalan sebab dah banyak kali tak datang kelas, so tak reti nak buat ayat.So, borak2 je la kerjenye:D

Oklah, berhenti di sini dulu. Something is better than nothing.. At least terupdate juga,mengisi masa sementara tunggu hubby pulang..hehehe.

Sunday, March 1, 2009

Satu purnama sudah

Pejam celik pejam celik dah sebulan kami menjadi weekend husband and wife. Awal-awal semester dulu sedih la juga sebab kena berjauhan dengan hubby,malam-malam nangis (hahaha..ngada-ngada betul:p) Perasaan sama yang saya rasa sewaktu sah menjadi isteri orang. tapi sekarang dah boleh biasakan diri dengan perkahwinan jarak jauh ni.. every weekend confirm balik KL. Tak yah la tanya-tanya saya balik ke tidak..kalau saya tak balik KL baru saya bagi tau:p

Hari ni saya balik Melaka bersama abang saya. Nak pergi jom heboh katanya dan on the way balik nak singgah Seremban jumpa kawan lama. Mulai hari ni hingga hujung bulan Mac, setiap hari ahad hubby ade kelas Bahasa Arab kat IIS. Seronok hubby bercerita tentang apa yang dipelajarinya hari ni... saya pun tumpang seronok:) Sebelum ni hubby memang dah ade niat nak belajar bahasa Al-Quran ni dan Alhamdulillah Allah dah beri rezeki untuk belajar.All the best my dear. I’m always support you. Wah..wah..lepas ni boleh cakap arab la pula ye:p

Tahniah diucapkan buat pengantin baru kita iaitu Abg Firdaus dan Hajar.Semoga baitul muslim yang dibina kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tengah hari tadi tak sempat jumpa pengantin. Kami terlewat beberapa minit je sebelum pengantin pergi untuk menunaikan solat Zohor. Takde rezeki nak jumpa pengantin, jumpa tuan rumah jadilah. Kami tak boleh lama di sana kerana hubby terpaksa pulang ke IIS untuk sambungan kelas Bahasa Arab. So, tak dapat la nak bergambar atau borak dengan teman-teman yang hadir.

Setiap hari rabu hubby mengajar kelas bahasa mandarin kat IIS. Saya pernah join class tu sekali je, iaitu sebelum semester bermula. Tergeliat lidah juga nak pronounce setiap perkataan. Bak kata kak Xiet “ bahasa mandarin campur slang jawa:p” semoga pioneer class ni berjaya... lou shi, maaf ye sebab terpaksa ponteng kelas:p

Hubby menyampaikan topik “Chinese Belief” kepada student FCR

Nota kaki: I miss u.. midterm test dah mula menampakkan bayangnya. Bersedialah!!