Pejam celik pejam celik dah sebulan kami menjadi weekend husband and wife. Awal-awal semester dulu sedih la juga sebab kena berjauhan dengan hubby,malam-malam nangis (hahaha..ngada-ngada betul:p) Perasaan sama yang saya rasa sewaktu sah menjadi isteri orang. tapi sekarang dah boleh biasakan diri dengan perkahwinan jarak jauh ni.. every weekend confirm balik KL. Tak yah la tanya-tanya saya balik ke tidak..kalau saya tak balik KL baru saya bagi tau:p
Hari ni saya balik Melaka bersama abang saya. Nak pergi jom heboh katanya dan on the way balik nak singgah Seremban jumpa kawan lama. Mulai hari ni hingga hujung bulan Mac, setiap hari ahad hubby ade kelas Bahasa Arab kat IIS. Seronok hubby bercerita tentang apa yang dipelajarinya hari ni... saya pun tumpang seronok:) Sebelum ni hubby memang dah ade niat nak belajar bahasa Al-Quran ni dan Alhamdulillah Allah dah beri rezeki untuk belajar.All the best my dear. I’m always support you. Wah..wah..lepas ni boleh cakap arab la pula ye:p
Tahniah diucapkan buat pengantin baru kita iaitu Abg Firdaus dan Hajar.Semoga baitul muslim yang dibina kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tengah hari tadi tak sempat jumpa pengantin. Kami terlewat beberapa minit je sebelum pengantin pergi untuk menunaikan solat Zohor. Takde rezeki nak jumpa pengantin, jumpa tuan rumah jadilah. Kami tak boleh lama di sana kerana hubby terpaksa pulang ke IIS untuk sambungan kelas Bahasa Arab. So, tak dapat la nak bergambar atau borak dengan teman-teman yang hadir.
Setiap hari rabu hubby mengajar kelas bahasa mandarin kat IIS. Saya pernah join class tu sekali je, iaitu sebelum semester bermula. Tergeliat lidah juga nak pronounce setiap perkataan. Bak kata kak Xiet “ bahasa mandarin campur slang jawa:p” semoga pioneer class ni berjaya... lou shi, maaf ye sebab terpaksa ponteng kelas:p
Hubby menyampaikan topik “Chinese Belief” kepada student FCR
Nota kaki: I miss u.. midterm test dah mula menampakkan bayangnya. Bersedialah!!
7 comments:
InsyaAllah lagi beberapa bulan dah dapat hidup normal balik. Tak perlu tunggu weekend lagi hehe.
Oooh inilah murid yang datang kelas pertama lepas tu terus hilang ye...nak kena denda ni hehehe.
lou shi a.k.a sayang: tu la, tinggal beberapa bulan je lagi..weeee
apakah dendanya lou shi?? nak ajak date ek:p saya tau lou shi ade hati kat saya sebab tu suka denda saya kan kan kan:p
untung klas bahasa arab hari ahad..kalo ade kenduri,bole singgah lunch..hehehe
buzzy: tu la, kenduri awak nanti pun buat hari ahad juga ye:D
actually kat kelas bahasa arab dah sediakan makanan pun:p tapi kebetulan pulak hari ahad. pengantin dah jemput, x baik tak dtg:D
alahai comelnya korang nih..terigt zaman muda2, masa awal2 kawen dulu, tapi bukan 'cinta antara state' tapi 'cinta antara benua'..xpe, pengorbanan yang sikit ni akan membawa seribu kebahagiaan, insyaALLAH :) be strong ye kam..nangis mlm2 tuh biasa la..kalau akak dulu sampai termimpi,siap mengigau2 hehehe~
Ooo... ponteng kelas ye. ;)
Semoga Allah memberi ganjaran atas kesabaran.
cahayakebaikan:thanks sis for the advice.kak nawwar, asal dah tak dapat view blog akak lagi:(
habibah:bak kata orang, semakin rindu semakin sayang:p hehehe
Post a Comment