Monday, February 9, 2009

Kalau dah jodoh...

Sewaktu mengemaskini folder-folder di dalam pendrive, saya terjumpa gambar ni. Gambar ini diambil semasa hari terakhir Mukhayyam Tarbawi 2006 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kem ini merupakan kem kepimpinan kerjasama antara Institusi Usrah Melaka dan Cyberjaya.
Yang menarik tentang gambar ni, kebetulan pulak saya bergambar belakang hubby. Sewaktu menjadi fasilitator, kami tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak sedar kewujudan masing-masing. Padahal, saya rasa saya kenal semua fasilitator dari cyberjaya, tapi entah macam mana boleh tak kenal dengan si dia sorang ni. Hubby pun begitu juga.. Mungkin belum masanya lagi.. dan mungkin waktu itu si dia selalu menjadi 'penunggu' dapur.hehehe..

Tak sangka pula ye, sekarang dah jadi suami isteri. Lucu pun ada... kadang-kadang kita tak sedar bahawa jodoh kita depan mata sendiri:p ok2..cukup sampai sini je.. nak sambung buat kerja-kerja yang tergendala..hehehe:D Wassalam..

nota kaki: macam-macam ragam politik di Malaysia ni.

8 comments:

alFaisal said...

Wah ni ajaib ni. Boleh masuk misteri Nusantara:P

Kalau dah namanya jodoh. Ia akan datang pada masa ditetapkan. Walaupun pernah jumpa. Bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat. Dalam periuk bertemu juga. Walaupun mungkin sebelum tu tukang jual asam pernah export asam menggunakan kapal laut. Tapi asam tak kenal ikan masa tu (ni apa merepek dah ni hehe)

p/s: Ramai ingat kita kenal masa Mukhayyam. Ada ke patut haha.

arie said...

btul2..

come and visit my blog -http://arie417.blogspot.com/

kamz_moon said...

sayang: hakikatnya masa mukhayyam kita tak pernah kenal pun:p

arie: cik arie dah ade blog.. sweet pulak tu.Thanks sbb singgah boleh kite:D

MunMun P@nda said...

sis Kamz,

memandangkan dr dulu akak jd osmet awak minta ajar msk bbrp jenis dish..hehe..upon request by kak am, akak ade buka satu blog dedicated to share recipes.pasni leh la cuba n bg hubby tsyg rasa...en.hubby pun skali skala msk juge utk puan kam ni ye..

visit : http://mochi-licensetocook.blogspot.com

in☂an Jun$u said...

tahniah atas weddingnye!salah 1 tnda wanita berkat adalh cepat jodohnye (menurut buku yg dibaca la,kn..)tahniah,anda salah sorg darinya!

Unknown said...

alalaaa comelnyer lah korang ni.....:D tumpang hepi...ehehee...btul tuh kalo dah jodoh tak kemane..ikan dilaut asam didarat...dalam kuali bertemu jue...eceyyy.....semoge korang sentiase bahagia ..:)

Unknown said...

wei gambar yg aku tangkap.

( aku nak tengok la sape ada kat belakang aku hahaha )

kamz_moon said...

mergas tua: thanks sis:)

bambie: thanks ecah... lepas ni your turn... arie dah carikan calon untuk ecah ke??:p

tekong:ye ye..thanks. ahaks,belakang awak adalah faizun. maksudnya, jodohmu bukan di situ:p