Thursday, July 17, 2008

I'm back

Assalamualaikum… dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Ramai yang bertanya “bila nak update blog ni?” hehehe... ade juga pengunjung yang sudi ziarah teratak buruk ni ye. Last week sy dtg melaka pun, ade juga yang bertanya tentang blog ni.. Bukan tak teringin nak berkongsi cerita di sini, tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulilllah,hari ni saya dah berjaya menyiapkan audit report sebuah syarikat yang agak besar (nama syarikat dirahsiakan).. Bercinta gak nak siapkan… Suddenly manager saya cakap yg saya kena siapkan audit tu dlm minggu ni juga… wah.. rasa nak menangis je. Dah la susah… kena marah dengan client lagi.Huhuhu… susahnya jadi auditor ni. Nota2 zaman belajar kat MMU semua sy kena belek dan study balik.. Banyak yang dh lupa:D hehehe.. Tapi bila difikirkan balik, ade hikmahnya saya diberi tanggungjawab ni. Banyak perkara yang sy belajar directly from manager. Yang pastinya, bila belajar dr manager, dia akan ajar secara detail sampai kita faham. Tu yang bagusnya. Tapi, manager sy tu sentiasa busy, susah nak jumpa dia selalu.. staff lain ramai yang cakap saya beruntung sebab tak sampai 2 bulan training, tapi byk benda yang saya dh boleh buat. Alhamdulillah.. Bila dah siap, lega dan puas rasanya. Seriously…

Eh..kawan2. Saya nak tanya sikit.. Korang namapak blog ni featurenye namapak mcm mana ek?? Terabur ke atau ok je?? Sebabnya, semalam sy try online kat ofis masa lunch hour. Terkejut gak tgk wajah blog ni semacam je… shoutbox pindah ke bawah,tulisan jadi center..pendek kata tak teratur dan serabut la. Tapi bila saya online kat rumah, ok je blog ni.. Konfius pulak.. Haa, sebab ni juga la sy malas nak update blog. Yelah, bila tgk blog mcm serabutkan mata orang yang membaca, lebih baik tak yah update.huhuhu…

Oklah,saya nak share gambar2 dalam hp sy yg dah lama tak transfer. Kononnya, setiap kali snap gambar nak masukkn dlm blog. Tp asyik pending je..lama-lama dah malas.

Esok hari jumaat. Setiap kali tiba hari jumaat, saya jd excited berkerja. sebabnya, esoknya cuti..hehehe. esok juga ada Muktamar Sanawi kat Melaka. Saya ni kalau dah datang Melaka, ade je orang yang sy nak jumpa. Last week tak berkesempatan nak jumpa mereka. Hopefully, this week diberi kesempatan utk bertemu mereka. Mama cakap, setiap minggu saya ni asyik berjalan je.. hehehe. Masih bujang lagi.. nanti dah jadi isteri orang, lagi banyak berjalan rasanya:p betul tak orang yang berkenaan??



di sinilah tempat saya bermain sewaktu kecil: memancing dengan kail buatan sendiri:p satu ikan pun tak sudi nak makan.. Last2, pancing ikan kat kolam ikan yai kat belakang rumah.. dapat seekor ikan:p

Buaian yang masih kukuh hingga sekarang: kawasan utama bermain pondok2:p

buah langsat yang bakal dicuri oleh monyet:p


buah durian yang sempat saya pungut dari kebun sebelum dicuri oleh monyet. Nikmatnya makan durian...

4 comments:

alFaisal said...

Pasal kelam kabut kat PC lain tapi ok kat PC rumah, maybe sebab browser berbeza. Ni di browser Mozilla ok :)

Kalau suami awak nanti aktif je dengan macam2 aktiviti, memang sah-sahla awak akan banyak berjalan hehehe

hamdan al-kandahlawi said...

audit mmg tk best,sakit kepala+migraine+kadang2 blur+kena bukak balik FRS.hahaha...so far tk kena marah lagi.:D wakaka..berlakon ala2 auditor yang hebat,tp tk phm pun mende client tu ckp:P..janji..layan~huahuahua

NuRuL wHaTeVeR said...

yuhuuu.. hehe... ok je akak tgk blog awk.. heheh..
mgkin sbb browser berbeza sperti kata encik alfaisal hehe.. tp mungkin jugak kerna connection tak laju so that jadi dunggang langgang heeh...

eh awk dtg mlk ke ms muktamar sanawi melaka? tak cakap pun.. i ada dtg tgk2.. teman my housemate leha heheeh..

Zinnirah Al Jannah (".) said...

ya Allah tunggang langgang, lintang pukang~ hehe... template akak x ngam ngan Internet Explorer. IE x support certain2 coding kot~ (ye ke? buat2 tahu) :D

akak, bile wt audit tu ade teringat mr raja x? hehe...