Tuesday, April 15, 2008

Alhamdulillah


Alhamdulillah, satu assignment dah siap.Tinggal final presentation dan assignment securities investment. Banyak perkara yang saya perlu disettlekn minggu ni.. Minggu ini minggu yang agak busy.Seorang sahabat berpesan, walau sesibuk mana pun kita jangan lupa tentang tarbiyyah diri dan dakwah. Terima kasih sebab mengingatkan saya:D hehehe.. Syukur, saya masih lagi dapat menghadapi dugaan ini.Allah permudahkan urusan saya walaupun kadang2 pernah rasa nak give up juga..:D

Segala puji bagiMu ya Allah,ketika keadaan tengah buntu mencari idea,saya cuba untuk tenagkan hati dengan menunaikan Solat Dhuha. Selepas solat, saya cube untuk selesaikan kerja yang tertangguh dan tetiba dapat banyak idea untuk siapkan assignment yg masih tergantung. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya waktu itu:)

didinding bilik saya masih lagi tergantung lembaran The Raise keluaran 4 Mei 2007. eh..lama juga tu.. dah hampir setahun pun. Di dalam risalah tu terdapat Tips Amalan Pelajar Cemerlang. Sekadar ingin berkongsi:
1.Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu
2.sentiasa mebaca Al-Quran(nak jadi cemerlang tak boleh malas ok:p)
3.membaca makthurat
4.menunaikan solat Dhuha
5.Bersenam dan bermain selepas solat Asar asalkan keluar peluh(memasak pun ok juga:p)
6.study lepas Isya' 2 jam dan recall sebelum tidur
7.letakkan pergantungan pada Allah

Kita cuba amalkan perlahan-lahan ye. Semoga kita semua istiqamah dalam beramal:D


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram( Ar-ra'd:28)

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (Al-Fatihah:5)

Thank you Allah:)

1 comment:

ShuhadaFauzi said...

wah..memasakek..klu memasakkuar peluh.. dahsah2laa masakan tu akanters lbh garam..ngeee~....:P