
Assalamualaikum.. hari ni saya belajar benda baru. Ade orang tu kata dia suka style sy menulis. hehehe..macam mana tu ek? Selama ni tak tau pun ade style ke tak... main belasah je. Asal rasa sedap je bunyinya,sy tulis je. Hehehe... nak tau ape style saya?? haa...yang ni baru sy tahu.. Saya ni jenis yang berceloteh. Alamak.. ye ke? Saya rasa saya ni pendiam dan pemalu:p hehehe
Sesebuah tulisan itu "nilainya bukan sahaja pada pemikiran yg terkandung dalam mesej tu,tapi gaya penyampaian,semuanya mencerminkan personaliti penulis. Dr tulisan kita leh dpt bayangan personaliti penulis"(copy paste dari ayat orang itu dan di edit sedikit oleh sy agar nampak cun sikit:p) Jangan marah ye orang yang berkenaan..:p)
Bayangan personaliti penulis.. menarik bukan. Sesiapa yang pandai berteori,mungkin boleh meneka personaliti penulis walaupun dia sendiri tak pernah bersua muka dgn penulis. Orang tu yang cakap lg,sy ni seorang yang peramah(ye ke?), banyak je nak dibualkan(oo..) suka santai dan tak suka baca benda berat2 (sy tak suka baca benda berat cam novel,tak larat nak pegang lama2:p) mana taknya,sekali baca berjam-jam kena pegang...hehehe.
Hari ni saya di ajar bagaimana nak improve penulisan sy.huhuhu..tak pernah terfikir pun.. biasanya main tulis je... menulis sekadar untuk lepaskan stress, share cerita dan rapatkan ukhwah dgn bloggers2 lain walaupun saya tau ade sesetengah tu hanya jadi silent reader je.Saya budak baru belajar... baru berumur..(kira sendiri mengikut tarikh lahir blog ini:p)
Kadang-kadang saya rasa mcm malas nak update blog sbb tak tau nak tulis apa.Nak copy paste artikel ilmiah dari website orang lain,bukan namanya "sebuah coretan dari mata hati seorang hamba Allah". Biasanya saya lebih suka artikel ilmiah dibincang bersama-sama teman-teman sambil berkongsi pandangan sbb utk dilontarkan semula dalam bentuk penulisan lain bunyinya nanti:p. Macam Ustaz Hasrizal cakap kuasa merubah pada bercerita. Biasanya blog2 yang ada cerita dengan kandungan yang variety akan menarik pembaca utk datang semula. Mana la tau kan,may be ade yang dapat something dari blog sy ni. So, inilah coretan dari mata hati saya. wah2.. tetiba ayat nampak cam sentimntal pulak:p... kenali saya dan anda akan faham siapa saya:p
2 comments:
Beberapa orang yang saya kenal pernah menyuarakan yang dia tidak mahu menulis lagi kerana sudah tak tahu cerita apa lagi yang ingin ditulis. Saya katakan, selagi hidup... selagi itu ada cerita. Sekiranya kita benar-benar teliti melihat hidup ini, pasti ada perkara boleh dikongsi. Kalau kita pandangnya sekali lalu tanpa melihat nilai pada setiap kejadian, maka tiada apa boleh dituliskan. Penulis-penulis adalah orang yang bukan sekadar hidup, tapi tahu bagaimana untuk hidup:)
Tahniah, dia dah pandai berkongsi nampaknya hehe;)
Penulis-penulis adalah orang yang bukan sekadar hidup, tapi tahu bagaimana untuk hidup
menarik ayat ini..;)
hehehe... thanks.
Post a Comment