Friday, August 26, 2011
Menjelang cuti raya
Akhlak Rasulullah
My Aaron Aziz
Aaron Aziz tuuuuuu...... hahaha
Ya Allah, terima kasih untuk cinta ini:)
Thursday, August 25, 2011
Cerita basi 2 tahun lalu

Tuesday, July 28, 2009
Sabotaj :p
Minggu ni dah 2 minggu saya masuk ofis. Masih takde kerje sangat sebab saya masih tak dapat email dan password untuk access ke dalam system. Buat masa ni hanya study sikit-sikit, online dan menghadiri meeting je. Secara amnya, bidang tugas saya berkaitan dengan general ledger (GL). Walaupun masih baru lagi, tapi bos dah ajak join meeting. Mula-mula tu pening la juga sebab tak faham apa yang dibincangkan. Bila dah masuk meeting seterusnya, kira dah faham sikit-sikit la walaupun tak faham seterusnya.

Minggu depan ada MOM. Saya dikehendaki buat presentation dihadapan bos dan eksekutif lain. Semua staff baru kena buat presentation. Huhuhu.. tajuk sudah diberi, Cuma isi tak cari lagi. Minggu depan juga merupakan majlis konvokesyen saya. Baju tak beli lagi.Ye la, .. Last week dah pusing-pusing tapi tak jumpa baju yang berkenan di hati lagi. Susah-susah sangat, pakai je la baju tunang hari tu. Hehehe.. glamour la pulak nanti:D
Pada hari pertama, saya dikehendaki lapor diri pada General Manager Finance SSO. Permulaan kerje saya dimulai dengan tazkirah dan kata-kata motivasi dari GM. Wah, rasa sungguh bersemangat untuk kerje. Alhamdulillah, saya dapat ofismate dan bos yang baik dan sporting. Cuma saya je yang masih malu-malu kucing. Maklumla, budak baru katakan:p Alhamdulillah, sekarang dah merasa duit gaji sendiri. Hehehe.. Tapi tak boleh membazir.. Kena rajin menyimpan untuk masa depan.. Dah boleh bantu keluarga sikit-sikit walaupun saya tahu duit tak mampu membayar segala jasa dan pengorbanan mereka.
Sekarang saya masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri sebagai pekerja dan isteri. Mula-mula tu sangat la penat. Even kat ofis takde la buat apa sangat tapi badan ni rasa penat teramat. Hari pertama tak larat nak masak, makan kat rumah mertua je (bertuah punya menantu:p) Actually nenek ajak makan kat rumah, then ikut je la. Hari berikutnya try la masak sendiri. Masak lauk yang simple-simple je(ayam goreng dan kari sotong).Tu je yang ada dalam fridge. Lagipun dah 3 minggu tak beli barang dapur. Dan untuk hari seterusnya, hubby ajak makan kat kedai je:p Bila gaji dah masuk, lagi la malas nak masak. Tapi hari ni saya berazam nak kembali memasak semula. Kesian hubby, dah lama tak makan masakan isteri:p Masakan isteri juga yang sedap.. Betul tak sayang?? hehehe Tapi bila kita masak sedap-sedap, dia cakap kita sabotaj usaha dia mengempiskan perut setelah 3 minggu berdiet. Hahaha.. Tak kira, nak masak juga:p Biar lagi comel:p

hubby and naasih (anak kak Nawwar dan Nuaym)
Sunday, July 19, 2009
Cerita dari Terengganu
1 Julai lalu, secara rasmi saya telah menjadi salah seorang staff TM di Group Finance. Tak sangka YTM panggil awal untuk lapor diri sedangkan borang tamat belajar pun tak hantar lagi. Alhamdulillah, takde la menganggur lama sangat. Bosan juga duduk rumah sorang2 bila hubby pergi kerja. Huhuhu...
1 Julai-17 Julai saya telah mengikuti kursus induksi HSBB/MTP di Marang,Terengganu. Dah lama tak datang Terengganu ni. Last time saya datang sewaktu form 4, kursus untuk biasiswa kecil Telekom. Persiapan semuanya last minute sebab saya lewat diberitahu tentang kursus tersebut. Agak kelam kabut juga la pada awalnya. Sekali lagi terpaksa berjauhan dengan hubby. Tetapi semua tu ada hikmahnya kan..hehehe.
Peserta pertama yang saya kenal ialah Farid, rakan seinterview dan bakal rakan sekerja satu department. Kemudian baru saya kenal ain, dib, lin dan ramai lagi. Ramai juga yang tak menyangka yang saya sudah berkahwin:p Walaupun baru kenal dengan ain dan dib, sudah banyak cerita yang kami kongsi bersama. Setiap malam sebelum tidur, kami pasti akan berborak dulu sampai kami ngantuk. Lepas ni dah tak dapat buat macam tu lagi. Terlalu banyak kenangan manis bersama mereka.
Sepanjang kursus berlangsung, terdapat beberapa orang speaker adalah senior saya iaitu kak Sarah dengan abang Zainal.. Rupa-rupanya kak Sarah baru je ditukarkan ke Terengganu. Selain itu ade juga part-part yang amat mengantukkan iaitu bila topik networking/ HSBB. Huhuhu... cuba bayangkan budak accounting belajar tentang engineering. Blur juga la dibuatnya.. Nasib baik la HSBB test tu dah dibatalkan.. kalau tak memang tak tau nak jawab apa nanti.
Biasalah, kalau dah datang Terengganu ni tak sah kalau tak pergi Pasar Payang. Especially orang perempuan.. hehehe. Saya ade la borong sikit-sikit. Nasib baik Fakiha ikut sekali kami bershopping. Dia la yang tolong tawar menawar ni. Selain itu, tempat kursus kami ni dekat je dengan Pantai Rusila. Kalau rajin, kami jalan-jalan la kat sana. Tak berani nak mandi sebab ombaknya kuat. Dah la kecik,tak pandai berenang pulak tu…
Oklah.. banyak sangat nak cerita.Layan je la gambar ni dulu..
Friday, May 22, 2009
'Kerje gila'
Setiap kali exam habis, hubby mesti tanya keadaan saya. Setelah berhempas pulas memerah otak terasa tenang dan seronok bila dapat sms dari hubby:) tapi berlainan dengan semalam, hubby buat kejutan nak datang Melaka.. mula-mula macam tak percaya je. Ye la,esok pagi kan dia kerje. Takkan balik dari kerje terus datang Melaka. Tapi memang betul... lepas habis office hour hubby terus ke Melaka and after dating terus balik KL semula. Siapa tak suka bila hubby nak datang jenguk kita kan, tapi masalahnya kita yang risau dia penat atau mengantuk dalam perjalanan. Dah la esok pagi kerja..Hanya doa je yang mampu saya titipkan agar perjalannya selamat.
walaupun penat, tapi masih bersemangat
Puncanya hanya kerana tertinggal kunci dalam rumah. Entah kenapa pagi tu boleh rushing ke ofis, terus terlupa nak capai kunci kereta plus kunci rumah. Nasib baik dalam beg laptop ade kunci kereta spare. Kalau tak, jalan kaki je la ke ofis:p Masalahnya ialah hubby takde kunci rumah spare sebab sy dah bawa ke Melaka. Sebenarnya, boleh je kalau bermalam satu hari di rumah mertuaku sementara tunggu saya pos kunci ke KL. Tapi hubby cakap “Tuhan bagi penyebab untuk lepaskan rindu pada isteri”. Terus terdiam(dalam hati cakap "betul juga":p) Kebetulan minggu ni saya tak dapat pulang KL sebab masih ade last papers yang menunggu hari Selasa depan. Kalau, satu paper je mungkin saya akan consider untuk balik juga, tapi bila dibuat 2 paper major dalam satu hari terpaksa la saya batalkan niat tu.
Kepada yang masih ade paper lagi next week, saya doakan semoga kalian dapat buat yang terbaik;) Pray for our success...
Nota kaki: actually malam tadi kami celebrate ulangbulan perkahwinan kami yang ke-5:D