Thursday, May 8, 2008

Maaf ye..


sekadar gambar hiasan:p

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, usrah wida' kali ini berjalan dgn lancar dengan izinNya.Seronok bila mana dapat berkumpul beramai-ramai dalam sebuah majlis ilmu, beramah mesra dengan teman2 (sambil bergambar beramai-ramai:p) serta rewang-rewangan membasuh pingan mangkuk di masjid. Bila lagi la agaknya dapat merasai suasana macam ni lagi. After praktikal la agaknya. huhuhu.. sedih la pulak. I'll never forget the moments with you all. Semoga ukhwah ini terus mekar dan berkekalan.

Maaf ye kawan2 yang rajin singgah di sini. Hehehe.. tak sangka pula ade pelawat yang rajin datang di sini. Sampai ade yang bagi sms bertanyakan status blog saya ni "nape jadikan blog private?".

Sebenarnya blog saya terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk process reconstruction . Blog saya jadi haru biru disebabkan tangan sy yang mengada2 meng'edit' script mcm org dah expert je...huhuhu. Kononnya nak tukar template baru la katakan. Sekali tgk byk link yang dah hilang. Tu la, perasan mcm pandai je, bukan nak test dulu ke apa.. Satu kerja kena cari dan taip balik link blog orang lain..Kepada blog2 yang masih tidak tersenarai,nanti2 la ye. Kalau ade masa sy edit lagi..Exam is around the corner.. Study. .huhuhu. Pengajarannya, kalau tak tahu kena tanya orang yang lebih tahu. Jangan pandai2 buat mcm dah tahu.. hehehe.

Sudah pukul 2 pagi. Mata pun dah berat. Lain kali saya update lagi ye. Gambar2 Usrah Wida' nanti sy upload ye. Tengah mengumpul gambar2. Cik zinnie, cik suraya.. nanti pass gambar2 tu pada akak ye. Nak buat kenang-kenangan. Nanti rindu pulak:p For more pictures, you can view it from my fotopages. But you have to request the password from me first:) Oklah.. Nite. Wassalam

Saturday, May 3, 2008

Ujian dari Allah

Assalamualaikum.. I'm back. rasa-rasanya dah seminggu lebih sy tak meng'onlinekan' diri. Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan mama saya. Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin bertambah baik cuma perlu berulang alik ke hospital setiap hari untuk 'dressing'.

Sepanjang mama saya terlantar di hospital, rasa sunyi je rumah. Biasanya, pagi2 lagi dah dengar mama mengomel dgn momot. Momot, seekor anak kucing yang sy jumpa kat tepi longkang sehari sebelum hari raya tahun lepas. Dah besar dah kucing tu:p Setiap kali sy datang melawat mama, mesti ade je bekalan ikan atau ayam yang mama simpankan untuk momot. Jika ada pesakit2 yang tak habis makan ikan atau ayam, mama akan simpan dalam plastik dan pesan pada sy suruh bg momot dan memel makan.Mama kata, tak baik membazir. Sakit2 pun mama masih ingat kucing2 kat rumah. momot pun macam turut rasa sedih bila tuannya masuk hospital. Dia tak selincah dan semanja hari2 biasa, dan banyak termenung. Kebiasaannnya, dia rajin temankan mama masak kat dapur, walaupun dia hanya pandai tidur dan bermain sahaja.

Kebetulan,kelas sy hampir semuanya dah habis. So,takde la risau sangat tertinggal silibus ke apa. Cuma tinggal satu je presentation lagi. Alhamdulillah,Allah mempermudahkan urusan saya. Saya mendapat pelepasan dari Mr. Abdullah untuk presentation hari isnin tu. Selepas diberi pengecualian, sy terus bergegas pulang ke batu pahat.Setibanya di batu pahat, abah menjemput saya di perhentian bas. Saya singgah rumah sebentar sebelum ke hospital sebab abah nak siapkan membasuh baju dan kemas barang2 yang mama pesan. Dah lama tak tgk abah membasuh baju dan memasak.. hehehe.

After asar, kami bertolak ke hospital besar batu pahat. Setibanya di Wad 4, saya dapati ramai jiran2 saya dtg menziarahi mama. Muka mama nampak pucat. Setelah bersalaman, peluk dan cium pipi bonda tercinta, sy duduk di sisi mama.Huhuhu, dah lama rasanya tak berborak dgn mama.Biasanya saya yang banyak berceloteh, tapi kali ni sy byk membisu. Tiba2 terasa pipi saya panas dan basah. Mungkin tak dapat menahan sebak melihat mama terlantar sakit. Tapi mama masih mampu mengukir senyuman. Huhuhu, mama perasan sy menangis, dia pun pujuk saya.hehehe.. terasa macam kanak-kanak lagi. sepatutnya saya yang tenangkan mama,tapi mama pula yang pujuk sy.

Rutin saya setiap hari kini amat padat. Macam ni la agaknya kalau dah jadi isteri orang. Sewaktu azan subuh berkumandang (memandangkan rumah sy dekat je dgn surau), saya akan mengejutkan abah dan adik untuk solat subuh. Setelah selesai solat, saya kan menyiapkan sarapan.. Masak je la ape yang reti.Then basuh baju,kemas rumah, bagi kucing makan, siram pokok bunga, masak untuk lunch, dan melawat mama di hospital.


Petang selasa, mama call suruh jemput dia kat hospital. Suara mama macam tak sabar2 nak keluar wad. Mungkin dah tak sanggup kena injection yang menyakitkan. Memandangkan saya dah reti bawa kereta, saya pun menjemput mama. lama juga nak tunggu jururawat tu siapkan bill dan report. Sepanjang tunggu doktor buat last check up, saya borak2 dgn mama dan pesakit2 kat situ. Terdapat kisah sorang budak lelaki ni,yang amat menyentuh hati mama. Dia menemani ibunya yang terlantar sakit akibat kencing manis juga. Keadaan mak cik tu agak teruk juga sebab kaki kanannya telah dipotong sampai ke lutut, dan kini mungkin kaki kiri dan jari tangan kiri juga akan dipotong. Tiada ahli keluarga yang dtg menziarah, kecuali budak lelaki itu yang menemaninya 24 jam. Dah 4 hari tak mandi dan tukar baju. Jika haus, terpaksa menadah air paip disebabkan tiada duit untuk membeli makanan. Makanan terpaksa berkongsi dgn ibunya.Sebagai budak yang masih mentah lagi, begitu kuat ujian yang Allah uji padanya. Entah kenapa, dalam banyak2 pesakit di situ, dia meluahkan masalahnya pada mama. Mama hanya mampu tolong apa yang termampu. setelah keluar dari wad, mama selalu teringat kat budak tu. Ntah dah makan ke belum, apa dah terjadi pada mak cik tu. Buat masa ni,mama tak dapat nak dtg melawat mak cik tu kerana kesihatan tak mengizinkan dia banyak bergerak.Banyak lagi cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Setiap cerita ada hikmah disebaliknya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi bila saya ke hospital. Pelbagai ragam manusia yang saya dapat lihat dan boleh diambil iktibar. Terasa diri ini jarang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kita rasa, kita ni banyak sangat masalah dan susah.Rupe-rupanya ramai lagi manusia yang hidup susah dari kita. Sebenarnya itu semua ujian dari Allah. Kita harus bersabar dan redha dgn ujian tersebut. Itulah golongan orang yang beruntung.Tiap kali saya bersedih, mama sentiasa berpesan.. Segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Semuanya dah takdir.Kita kena redha. Kalau kita merungut dan susah hati je.. tak dapat apa pun. Ditakuti betambah dosa je. Kan bagus, ketika saat2 susah ni, banyakkan ingat pada Allah. Hati akan jadi lebih tenang. Kalau ditakdirkan meninggal sekalipun, mama dah bersedia. semua dah tertulis, takde yang cepat atau lambat walau sesaat. huhuhu..part tu yang buat saya rasa sebak sangat.

Terima kasih kepada tunang saya, keluarga, nyai dan yai, saudara mara serta sahabat2 yang memberi sokongan kepada saya serta mendoakan kesihatan mama saya. Semoga Allah memeberkati hidup kalian.wassalam..

Tuesday, April 22, 2008

Bilik saya kebocoran

huhuhu.. sedih je tgk meja study saya... lencun kena hujan. Asal hujan je, mesti bocor. Paling teruk bila time hujan takde sesiapa di dalam bilik. habis meja dan kerusi basah. paling teruk,nota-nota saya pun turut menjadi mangsa... huhuhu. dan yang paling bahaya takut kena electric shock pulak.
Baru je beberapa minggu yang lalu owner rumah hantar orang untuk baiki atap yang bocor, tp macam takde apa-apa perubahan pun. Kakak tu cakap, servis kali ni agak mahal, kalau bocor lagi.. mmg nk kena la. huhuhu.. Owner rumah saya sgt baik. Dia rajin belanja kami makan2 setiap awal bulan (time bayar duit sewa la:P) kami sgt suke hati.. hehehe. Susah nak dapat owner yang baik mcm ni tau:p
Petang td pulak saya menghadiri talk tentang gold dinar. Alhamdulillah, selepas dengar talk tersebut sambil berbincang dgn beberapa org rakan dan lecturer,sy mendapat satu ilmu baru yang selama ni saya tak begitu ambil tahu.
tetiba cik ida ym saya. yang lucunya dia cakap malam td dia mimpi saya dengan....
hehehe.. lucu la cik ida ni:p Cuba la mimpi akak jadi tuan puteri ke:p Baru best sikit.. hehehe
ok la.. saya nak masuk tido dulu. Esok ada briefing practical training.
wassalam.

Tuesday, April 15, 2008

Alhamdulillah


Alhamdulillah, satu assignment dah siap.Tinggal final presentation dan assignment securities investment. Banyak perkara yang saya perlu disettlekn minggu ni.. Minggu ini minggu yang agak busy.Seorang sahabat berpesan, walau sesibuk mana pun kita jangan lupa tentang tarbiyyah diri dan dakwah. Terima kasih sebab mengingatkan saya:D hehehe.. Syukur, saya masih lagi dapat menghadapi dugaan ini.Allah permudahkan urusan saya walaupun kadang2 pernah rasa nak give up juga..:D

Segala puji bagiMu ya Allah,ketika keadaan tengah buntu mencari idea,saya cuba untuk tenagkan hati dengan menunaikan Solat Dhuha. Selepas solat, saya cube untuk selesaikan kerja yang tertangguh dan tetiba dapat banyak idea untuk siapkan assignment yg masih tergantung. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya waktu itu:)

didinding bilik saya masih lagi tergantung lembaran The Raise keluaran 4 Mei 2007. eh..lama juga tu.. dah hampir setahun pun. Di dalam risalah tu terdapat Tips Amalan Pelajar Cemerlang. Sekadar ingin berkongsi:
1.Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu
2.sentiasa mebaca Al-Quran(nak jadi cemerlang tak boleh malas ok:p)
3.membaca makthurat
4.menunaikan solat Dhuha
5.Bersenam dan bermain selepas solat Asar asalkan keluar peluh(memasak pun ok juga:p)
6.study lepas Isya' 2 jam dan recall sebelum tidur
7.letakkan pergantungan pada Allah

Kita cuba amalkan perlahan-lahan ye. Semoga kita semua istiqamah dalam beramal:D


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram( Ar-ra'd:28)

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (Al-Fatihah:5)

Thank you Allah:)

Monday, April 14, 2008

Suke suki


Saya sangat 'suke' buat assignment:D huhuhu...
Sekian wassalam..

Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dia sebaik-baik pengurus (Surah Alimran:173)

Tuesday, April 8, 2008

Bayangan personaliti penulis


Assalamualaikum.. hari ni saya belajar benda baru. Ade orang tu kata dia suka style sy menulis. hehehe..macam mana tu ek? Selama ni tak tau pun ade style ke tak... main belasah je. Asal rasa sedap je bunyinya,sy tulis je. Hehehe... nak tau ape style saya?? haa...yang ni baru sy tahu.. Saya ni jenis yang berceloteh. Alamak.. ye ke? Saya rasa saya ni pendiam dan pemalu:p hehehe

Sesebuah tulisan itu "nilainya bukan sahaja pada pemikiran yg terkandung dalam mesej tu,tapi gaya penyampaian,semuanya mencerminkan personaliti penulis. Dr tulisan kita leh dpt bayangan personaliti penulis"(copy paste dari ayat orang itu dan di edit sedikit oleh sy agar nampak cun sikit:p) Jangan marah ye orang yang berkenaan..:p)

Bayangan personaliti penulis.. menarik bukan. Sesiapa yang pandai berteori,mungkin boleh meneka personaliti penulis walaupun dia sendiri tak pernah bersua muka dgn penulis. Orang tu yang cakap lg,sy ni seorang yang peramah(ye ke?), banyak je nak dibualkan(oo..) suka santai dan tak suka baca benda berat2 (sy tak suka baca benda berat cam novel,tak larat nak pegang lama2:p) mana taknya,sekali baca berjam-jam kena pegang...hehehe.

Hari ni saya di ajar bagaimana nak improve penulisan sy.huhuhu..tak pernah terfikir pun.. biasanya main tulis je... menulis sekadar untuk lepaskan stress, share cerita dan rapatkan ukhwah dgn bloggers2 lain walaupun saya tau ade sesetengah tu hanya jadi silent reader je.Saya budak baru belajar... baru berumur..(kira sendiri mengikut tarikh lahir blog ini:p)

Kadang-kadang saya rasa mcm malas nak update blog sbb tak tau nak tulis apa.Nak copy paste artikel ilmiah dari website orang lain,bukan namanya "sebuah coretan dari mata hati seorang hamba Allah". Biasanya saya lebih suka artikel ilmiah dibincang bersama-sama teman-teman sambil berkongsi pandangan sbb utk dilontarkan semula dalam bentuk penulisan lain bunyinya nanti:p. Macam Ustaz Hasrizal cakap kuasa merubah pada bercerita. Biasanya blog2 yang ada cerita dengan kandungan yang variety akan menarik pembaca utk datang semula. Mana la tau kan,may be ade yang dapat something dari blog sy ni. So, inilah coretan dari mata hati saya. wah2.. tetiba ayat nampak cam sentimntal pulak:p... kenali saya dan anda akan faham siapa saya:p

Friday, April 4, 2008

My Offer letter

Assalamualaikum... ye la..ye la.akak up date la ni:p(khas ditujukan utk cik idaz) hehehe..rupe2nye ade gak pelawat yg selalu lalu lalang di sini...Ade gak yang jauh2 nun di sana singgah kat teratak ni...

Lately agak buzy dgn midterm dan assignment..Biasalah,zaman student tak terlepas dari dua perkara tu..3 assignments to go..hehehe.Kalau lepas ni ade entry yang pelik2 tu,abaikan je la ye..




gambar di atas diambil menggunakan hp sy.So,gambrnya tak clear sgt.

hehehe..ni la offer letter utk practical training sy.Punya la sy tunggu surat tu sampai pd Ms.Cheng..rupe2nya,company tu hantar kat alamat rumah batu pahat.Nasib baik mama bg tahu...Rasa tak sabar pulak nak mulakan praktikal bulan 6 ni...semangat sungguh.Jgn hangat2 tahi ayam sudah..Monteiro Heng ni merupakan independent member of Baker Tilly International.Ala...macam Grant Thornton juga...hehehe.Budak2 accounting faham kot. Tak salah saya company ni specialize dlm auditing..hehehe...subjek kegemaran sy(time Mr.Rajah ajar je la:P) Allowancenya adalah rahsia.Takde la byk mcm encik hamdan.Tp alhamdulillah rezeki.. boleh la juga menyimpan sikit2.Yang penting pengalaman dan mungkin juga dapat jalan2.Biasalah,audit firm..kliennya merata-rata satu malaysia.Ni yang saya suka..sambil kerje dapat jalan2...hehehe.Wallahua'lam...just wait and see....nampak je cam seronok kan...Realitinya hanya Allah je tahu.

tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu.dan boleh jadi kamu menyukai sesuati padahal ianya tidak baik bagi mu(Al-Baqarah:216)


Mendalam maksud ayat itu..Sama2lah kita renungkan...:)

p/s:Rezeki orang nak bina 'tangga' kot...rumahnya takde tangga lagi:p