Wednesday, August 13, 2008

coretan hujung minggu

selamat berkonvo..:)

si comel...

Assalamualaikum.. buat pertama kalinya saya mengupdate blog kat ofis.. Hari ni tak berapa banyak sangat kerje compared to last 2 weeks yang asyik ber’over-time ‘ tak sudah. Weekend pun mcm tak cuti . Hehehe, rasa macam dah betul2 kerje je rasanya. Esok adalah due date untuk submit borang C&R kepada Lembaga Hasil dalam Negeri. So far, banyak yang dah siap. Rasa janggal juga bila takda kerje.. Ye la, gaji tetap jalan tp takde kerje. Bosan juga kalau hari2 macam ni. Ofismate sy cakap biasalah tu. Bulan 8 ni mmg tak berapa banyak sgt kerje. Tunggu la bulan 12 nanti... bila tanya manager ade kerje lagi ke tak, dia cakap buat masa ni takde. Just stand by je depan laptop sambil online dan singgah blog2 yang dah lama tak dilawati.

Sementara tunggu kerja –kerja lain datang, saya ambil peluang untuk update report yang kena submit pada Mr. Rajah. Huhuhu... supposely kena hantar awal bulan Ogos, tapi saya dengan Poh Hong minta extend due date sebab manager kami tak review lg. Seperti yang dijangkakan, Mr. Rajah ok je as long as kami hantar. Hehehe..bertuah sungguh dapat supervisor mcm Mr. Rajah. Lecturer kesayangan ni..hehehe..Thanks sir..:D

Coretan hujung minggu

Weekend ni ade dua program yang bertembung.. Satu di melaka dan satu di selangor.. Kena pilih antara dua.. huhuhu.. maaf jika ade pihak yang tersinggung. Bukan senang nak buat pilihan... melainkan kalau badan ini boleh di bahagi dua..sesungguhnya diri ini tak pernah melupakan kalian di sana. Maaf sekali lagi...

9/8/2008 (kak nad’s engagement)

Saya datang lambat sikit.. majlis dah nak abis br sampai. Ye lah, perjalan dari batu pahat ke kl mengambil masa 4 jam. Dalam pukul 1 baru sampai Puchong. Thanks kepada kak nazia, kak nurul and kak ana yang menjemput sy di bukit jalil. Mula2 rasa mcm dah patah hati nak pergi sebab takde orang nk jemput. Diorng tak tau jalan ke bukit jalil. Suddenly, diorng ckp nak jemput. Actually saya rasa tak larat nak pergi sebab kesihatan tak mengizinkan. Tapi diorang dah bersungguh nak jemput..ikut je la. Sesampai je kat rumah kak nadia, saya jumpa ramai x-housemate. Terubat rindu pada diorng..hehehe. tapi kak ecah dgn kak wan tak dpt dtg sbb diorang ada hal.

Selepas rumah kak nad, destinasi seterusnya ialah rumah kak mun... Wee...macam dtg beraya la pulak. Makan2, borak2...tak sedar dah pukul 3.30 ptg. Maka kami pun beransur pulang dan menuju ke destinasi seterusnya, rumah pijot. Asalnya saya plan nak pergi jalan TAR shopping2 la kununnya( mcm banyak duit je). Tapi memandangkan kepala mcm pusing semacam je, terpaksa cancel plan tu. Petang tu saya hanya berehat goyang kaki selepas makan ubat.

Alhamdulillah, mlm tu kepala dah ok sikit. Malam tu saya, kak wan, kak ecah, pijot, kak nurul and kak ct dinner kat carrefour.Hehehe.. rupa2nya ade orang nak belanja. Gambar tak dapat lagi..nanti2 je la saya update ye.

10/8/2008

Pagi tu kak wani,pijot and kak nazia konvo. Tapi kami datang terlewat sikit sebab pagi tu kak siti tersesat mencari villa wangsamas. Kami sampai cun2 je time konvo tamat. So,takde la kena menunggu lama sangat.

Petang tu sharifah ajak lunch kat rumah dia. Walaupun dah pukul 4 kami sampai rumah dia, tp still consider lunch juga la sbb saya tak mkn lunch lagi. Kami pergi ke sana menaiki 2 kereta (saya, anfal, ain, kak aina, kak awin and kak linda). Saya rasa serba salah sangat sebenarnya waktu. Rupa-rupanya sharifah menjemput kami makan sebab utk celebrate birthday dia semalam. Ya Allah, sorry sangat2 sha. Kita ingat birthday awak cuma malam tadi kepala weng2 sikit. Sorry sgt sebab lambat wish... serba salah mode...huhuhu. ishk..ishk.. teruknya saya ni. Tapi yang penting saya nak cakap brownies awak sedap. Juadah yang disediakan pun sgt sedap... kak aina siap tambah lagi (termasuk la saya..:D)

Eh, saya rasa macam dah byk membebel je.. kita pendekkan cerita..

11/8/2008

Hari ni si dia berkonvo.. saya tak sangka pulak hari tu dapat sama2 masuk ke grand hall. Kalau ikutkan Cuma 2 orang je yang dibenarkan masuk. Tapi rezeki dapat masuk grand hall. Mungkin sebab dewan tak penuh kot, tu yang dapat masuk... dapat seat dekat dengan graduan lalu lalang lagi..hehehe. saya tak bawa kamera hari tu,so guna kamera hp je la. Tetiba tengok bateri dah low.. mula la cuak. Camna nak amik gambar ni.. hehehe. Nasib baik sy tak keluarkan charger dr handbag. Saya naik tingkat atas dewan, kononnya nak cari mana2 plug kosong. Tak jumpa juga.. last2 saya tumpang charge kat bilik AV system. Mula2 takut2 gak tersalah tekan suis, habis blackout satu dewan. Setelah yakin, sy tinggalkan le hp kat situ manakala saya nak sambung tgk majlis yang belum tamat lagi. Hehehe..thanks utk orang yang tolong jagakan hp saya tu. Tak kenal pun..thanks juga untuk aisyah:)

Malas nak mengupdate blog sebenarnya..tapi setelah melihat pesanan kat shout box tu, rasa semangat pula nak update. Ade juga pembaca yang selalu lalu lalang ye.. hehehe.

Thanks kepada shuhada sebab membenarkan akak bermalam di bilik awak. Tak lupa juga pada cik adik yana yang setia menemani akak jenjalan. Sian awak kepenatan.. thanks kepada anfal yang sudi bawa akak berjalan2 juga. And sorry kepada ain sebab asyik kena sakat je...tu la, sapa suruh suka sakat orang dulu:p love u all..

Tak lupa buat si dia.. tahniah sebab telah berjaya mengharungi ujian ini. Terharu bila terbaca blog dia hari ni..huhuhu. All the best for your future.. semoga Allah permudahkan urusan kita. Ameen..:)

Soalan yang banyak ditanya kepada saya ketika konvo hari tu.. ‘bila majlisnya??’ erm.... tungguu...:p kadang2 pening juga nak menjawabnye... doakan kami ye:)

Thursday, July 17, 2008

I'm back

Assalamualaikum… dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Ramai yang bertanya “bila nak update blog ni?” hehehe... ade juga pengunjung yang sudi ziarah teratak buruk ni ye. Last week sy dtg melaka pun, ade juga yang bertanya tentang blog ni.. Bukan tak teringin nak berkongsi cerita di sini, tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulilllah,hari ni saya dah berjaya menyiapkan audit report sebuah syarikat yang agak besar (nama syarikat dirahsiakan).. Bercinta gak nak siapkan… Suddenly manager saya cakap yg saya kena siapkan audit tu dlm minggu ni juga… wah.. rasa nak menangis je. Dah la susah… kena marah dengan client lagi.Huhuhu… susahnya jadi auditor ni. Nota2 zaman belajar kat MMU semua sy kena belek dan study balik.. Banyak yang dh lupa:D hehehe.. Tapi bila difikirkan balik, ade hikmahnya saya diberi tanggungjawab ni. Banyak perkara yang sy belajar directly from manager. Yang pastinya, bila belajar dr manager, dia akan ajar secara detail sampai kita faham. Tu yang bagusnya. Tapi, manager sy tu sentiasa busy, susah nak jumpa dia selalu.. staff lain ramai yang cakap saya beruntung sebab tak sampai 2 bulan training, tapi byk benda yang saya dh boleh buat. Alhamdulillah.. Bila dah siap, lega dan puas rasanya. Seriously…

Eh..kawan2. Saya nak tanya sikit.. Korang namapak blog ni featurenye namapak mcm mana ek?? Terabur ke atau ok je?? Sebabnya, semalam sy try online kat ofis masa lunch hour. Terkejut gak tgk wajah blog ni semacam je… shoutbox pindah ke bawah,tulisan jadi center..pendek kata tak teratur dan serabut la. Tapi bila saya online kat rumah, ok je blog ni.. Konfius pulak.. Haa, sebab ni juga la sy malas nak update blog. Yelah, bila tgk blog mcm serabutkan mata orang yang membaca, lebih baik tak yah update.huhuhu…

Oklah,saya nak share gambar2 dalam hp sy yg dah lama tak transfer. Kononnya, setiap kali snap gambar nak masukkn dlm blog. Tp asyik pending je..lama-lama dah malas.

Esok hari jumaat. Setiap kali tiba hari jumaat, saya jd excited berkerja. sebabnya, esoknya cuti..hehehe. esok juga ada Muktamar Sanawi kat Melaka. Saya ni kalau dah datang Melaka, ade je orang yang sy nak jumpa. Last week tak berkesempatan nak jumpa mereka. Hopefully, this week diberi kesempatan utk bertemu mereka. Mama cakap, setiap minggu saya ni asyik berjalan je.. hehehe. Masih bujang lagi.. nanti dah jadi isteri orang, lagi banyak berjalan rasanya:p betul tak orang yang berkenaan??



di sinilah tempat saya bermain sewaktu kecil: memancing dengan kail buatan sendiri:p satu ikan pun tak sudi nak makan.. Last2, pancing ikan kat kolam ikan yai kat belakang rumah.. dapat seekor ikan:p

Buaian yang masih kukuh hingga sekarang: kawasan utama bermain pondok2:p

buah langsat yang bakal dicuri oleh monyet:p


buah durian yang sempat saya pungut dari kebun sebelum dicuri oleh monyet. Nikmatnya makan durian...

Wednesday, June 4, 2008

Suatu pagi

Pagi ni merupakan hari ke-3 sy berpraktikal. Alhamdulillah, segala2nya bertambah mudah. takde la mcm first day, blur2 je.. Semalam sy dah hampir menyiapkan audit untuk satu company.. Thanks kepada semua yang banyak mengajar sy:D

Oh ye.. semalam saya dh jumpa staff muslim yg sy tak jumpa lagi semalam. hehehe.. namanya kak niza. Ahaks, ramainya nama kak niza. Kakak tu friendly sgt.. hehehe. ade kawan nk lunch lepas ni. Tak yah nak blk rumah.. Lagipun kalau balik rumah, lagi memenatkan rasanya. kalau kat MMU nama panggilan sy ialah kam.. tapi kat ofis baru saya guna nama lain:p saje je...:p

wassalam...

Monday, June 2, 2008

Pening2..

Akhirnya dapat gak mengupdate blog. Alhamdulillah, kat rumah dah pasang streamyx, so boleh la rajin2 online dan update blog( ye ye je:p). Hari ini sgt penat...Yelah, dah seminggu memanjakan diri tidur selepas zohor, lepas ni dh tak dapat la. Td pun ngantuk sebenarnya, tp tahan je la. Kerje banyak kene siapkan...:(

Setiap pagi abah akan hantar sy ke ofis, dan menjemput sy pulang. hehehe.. jimat duit tambang bas:p Lunch hour pukul 1, abah jemput lagi.. Makan kat rumah:p Dah terbiasa mkn awal, lapar pulak bila kena tunggu pukul 1. Mcm nak pengsan pun ada:p Lepas ni kena bw byk stok makanan dlm ofis la nampaknya.

Hari ni nampaknya mcm sy je satu2nya pekerja muslim dlm company tu.Tp dgr kata ada sorang lagi, tp hari ni dia amik mc. Hopefully dapat jumpa dia esok:D Alhamdulillah, staff2 kat sini peramah dan tak lokek ilmu. Takut juga kena marah sebab sy ni asyik bertanya je.. hehehe. Oo..lupa nak bg tau, buat masa ni sy buat kerja2 audit. Tp, Mdm. Koh dah explain sikit2 mcm mana nak buat tax.. Ayoyo... pening2. dah la Mdm. Koh rajin bertanya. Kadang2 terkial2 gak nak recall blk apa yg pernah Mdm Lim ajar dulu. Huhuhu... bila saya dan poh hong ( classmate yg sama2 praktikal kat situ) tak reti jawab, dia gelakkan kitorang.Lucu je..

Kesimpulannya, life sbg student lagi best..hehehe.Acah je:p Hari esok masih ada:p Biasalah, nak membiasakan diri dgn environment baru. chaiyyuk3x...:D . Oklah, sampai di sini dulu. Alang2 tadi nak update report, update la blog sekali. Dah tak boleh tidur lambat2... nanti kat ofis ngantuk:p

p/s: sejak duduk rumah ni, sy jd kuat makan. jgn terkejut ye bila jumpa sy nanti:p

Saturday, May 24, 2008

Selamat tinggal

Selamat tinggal MMU.. Hari ni merupakan hari terakhir saya kat MMU sebelum menjejakkan kaki ke alam praktikal(mcm dah nak grad pulak). Nampaknya 8 bulan saya tak akan jumpa midterm, assignment dan final exam... Syoknya...hehehe. Tapi tekanan ditempat kerja pasti ada, cuma yang berbeza adalah situasinya. Bergantung pada kita macam mana nak menghadapi stress tu.

Yang pastinya, sy akan merindui bumi MMU.InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi. Antara perkara2 yang saya akan rindui:
  1. Usrah
  2. My housemates (of course la:D)
  3. Orang yang selalu kena usik dan buli dengan saya:p (ramai.. antaranya adik2 tanzim tersayang)
  4. Adik-adik usrah tersayang:)
  5. Kak niza
  6. Kak ina STAD
  7. Tomyam kat kedai tom yam kasturi
  8. Asam pedas kat exam hall
  9. Bakso kat depan hospital melaka tu
  10. Tamrin
  11. Panjat bukit beruang...(walaupun jarang naik:p)
oklah.. parents dah sampai... nanti2 ye saya sambung lagi.Wassalam

Saturday, May 17, 2008

Ehem... ehem

Ehem..ehem.. Dah lama tak mengupdate blog. Almaklum la.. exam la katakan.. Kesihatan sejak akhir2 ini tak berapa ok.. Before exam, sy pergi ke klinik minta ubat sakit kepala.. orang kata sediakan payung sebelum hujan. Huhuhu.. tak nak amik MC.. nanti kena dtg MMU balik sbb kena amik supplementary exam.. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya.. Nak dipendekkan cerita, tinggal satu paper je lagi tetiba saya diserang selsema dan demam. Hopefully cepat la sembuh before last paper hari khamis ni.

First time dalam sejarah, saya tertinggal exam slip sewaktu exam Corporate Strategy. Pagi tu saje nak make sure vanue kat mana, dan tak perasan pulak sy letak exam slip tu bersama2 notes atas meja. Serius tak ingat langsung.. sebelum masuk gate MMU, saya tergerak pulak nak check brg2 yg perlu di bawa untuk exam. Alamak, baru perasan exam slip... Cuaknya masa tu Allah je la yang tahu. Ye la, tak pernah2 tertinggal.. tak pasal2 tak dpt ambil exam. Tinggal 10 minit lagi before exam, dengan memakai baju kurung, sy berlari pulang semula ke rumah. huhuhu.. nasib baik jumpa. Alahai, cuainya kamu kam!! Syukur alhamdulillah, sewaktu saya sampai venue, exam baru nak start.. Ermm.. exam pagi tu.. no comment. Kita dah buat yang terbaik. Segala keputusan yang bakal diterima kita kena redha.. Tawakal semoga semuanya baik-baik aja..

Selesai exam, mmg tak plan nak study utk paper hari khamis ni. Nak kemas barang2 yang akan di punggah ke BP. Semangat je.. huhuhu. Tengok kak nadia dgn kak ecah dah start berkemas, saya pun join sekali la.. Hehehe.. Proses membungkus barang hampir siap, tingal barang2 bawh tangga je.. Aduh, byknya nak kena angkut.. Sekarang ni je dah 5 kotak. Belum masuk lagi khazanah2 dari zaman alpha kat bawah tangga tu... Sayang nak buang, mana la tau boleh buat rujukan ke apa.

Hari tu saya 'ter'beli magazine ni.. hehehe@sengihnampakgigi

Kak nadia yang influence saya.. mula2 malas nak beli, akhirnya 'ter'beli juga.. Kalau ade sapa2 nak pinjam, bagi tau je la ek@jelir And kalau ade sesiapa yang nak tolong buatkan hantaran untuk sy, bagi tau la ye.. hehehe.

Apakah yang bakal saya rindui bila meninggalkan MMU?? @kenyit@senyumkenyit Berikut adalah sebahagian pesanan teman-teman kepada saya:
  • "praktikal nanti jangan lupe update blog ye."- hehehe.. InsyaAllah. kalau berkesempatan.
  • "lepas ni aku dah takde teman nak gaduh lagi"-(hehehe, pesan ke ni?? saje je nak letak..) Cari la teman lain@jelir. Tak pun, tunggu sem 3 nanti..
  • "jangan lupe jemput pak cik"-jemput ape ye??@jelir

Saturday, May 10, 2008

2 days before final exam

  1. Selepas subuh, keluar breakfast bersama adik-adik usrah. Alhamdulillah~@kenyit
  2. Tiba di rumah, kemas bilik dan meja yang bersepah..Al maklumla.. semangat study la katakan@jelir
  3. Lunch with kak ruby and kak syadiyah at Windmill. Hari ni kak ruby bermurah hati untuk belanja kami makan... hehehe. Lain kali belanja la lagi@sengihnampakgigi.
  4. Study dan study....(sampai tertidur)
  5. Update blog@sengihnampakgigi(ntah nape..sejak akhir2 ni rajin pula nak update@jelir)
  6. pergi kampus... mengajar orang topic CVP (entah ingat lagi ke tidak@jelir)

Saya tertarik dgn buku ni...

belek-belek..tenung-tenung....tapi tak beli pun..huhuhu.

Oklah.. All the best kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan next week. Usaha.. baru tawakal. Jangan lupa dapatkan restu kedua ibu bapa.


I Love My Mama...