Tuesday, February 17, 2009

Recycle

Pening kepala dan sakit mata melihat beg-beg plastik yang semakin bertambah dalam stor. Mana taknya, setiap kali pergi shopping mesti bawa balik paling kurang 2 helai beg plastik yang tidak terbiodegradasi. Tak boleh jadi ni, saya kena buat sesuatu.

Akhirnya sewaktu membeli-belah barang-barang dapur di pasaraya kami terperasan, beg serbaguna yang comel:D Apalagi, rembat la dua helai... saje beli extra. Sejak hari tu, jika nak pergi membeli belah barang dapur, kami bawa beg tu je. Comel dan bergaya, especially bila dibawa oleh cik abang:p Dalam masa yang sama kita dapat selamatkan bumi kita dari pencemaran. Beg-beg plastik yang sedia ade tu boleh la dijadikan beg sampah di rumah.Mudah je kan? Hehehe...

Banyak lagi tips-tips untuk kitar semula ni. Untuk mengetahui lebih banyak lagi, sila la tanya Haji Google ye.. Malas nak taip berjela-jela:p Kita mula sikit-sikit, lama-lama InsyaAllah berjaya;)

Monday, February 9, 2009

Kalau dah jodoh...

Sewaktu mengemaskini folder-folder di dalam pendrive, saya terjumpa gambar ni. Gambar ini diambil semasa hari terakhir Mukhayyam Tarbawi 2006 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kem ini merupakan kem kepimpinan kerjasama antara Institusi Usrah Melaka dan Cyberjaya.
Yang menarik tentang gambar ni, kebetulan pulak saya bergambar belakang hubby. Sewaktu menjadi fasilitator, kami tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak sedar kewujudan masing-masing. Padahal, saya rasa saya kenal semua fasilitator dari cyberjaya, tapi entah macam mana boleh tak kenal dengan si dia sorang ni. Hubby pun begitu juga.. Mungkin belum masanya lagi.. dan mungkin waktu itu si dia selalu menjadi 'penunggu' dapur.hehehe..

Tak sangka pula ye, sekarang dah jadi suami isteri. Lucu pun ada... kadang-kadang kita tak sedar bahawa jodoh kita depan mata sendiri:p ok2..cukup sampai sini je.. nak sambung buat kerja-kerja yang tergendala..hehehe:D Wassalam..

nota kaki: macam-macam ragam politik di Malaysia ni.

Wednesday, February 4, 2009

Kecewa

Kecewanya.. baru je teringin nak makan tomyam kat food court ixora. Rupa-rupanya dah tutup sejak sem lepas lagi. Kedai tu antara kedai favourite saya sewaktu belajar dulu. Menu yang paling saya suka ialah tom yam dan nasi goreng thainya. Sekali makan, terus jatuh hati. Tak banyak kedai @ restoran yang pandai masak tom yam yang cukup segala rasanya. Once dah jumpa, memang saya akan selalu singgah la nampaknya. haih, agak-agaknya kat mana la dia pindah ek. ke dah tutup terus?? dah lama tak datang MMU, banyak sungguh perubahannya.

Nasib baik last week hubby dah ajak makan kat Naili's Place. Boleh tahan juga tom yamnya. Suasana kat sana pun agak romantik. Pendek kata..berbaloi. Actually, malam tu hubby nak meraikan kejayaan saya sebab mendapat keputusan yang baik. So, saya cakap la teringin nak makan tom yam yang cukup masam, manis dan pedasnya.Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta sebab susah-payah mencari restoran yang sedap tom yamnya dan melayan kerenah isterimu:D tak lupa juga buat kawan hubby yang suggest kami makan di situ.. Ni yang membuatkan saya lebih bersemangat nak belajar ni.
Oppss..ter'promote' Naili's Place la pulak. Boleh dapat diskaun tak ni??? hehehe... kepada sesiapa yang nak cuba boleh la singgah kat restoran ni. Terletak berdekatan dengan Ampang Point.

Monday, February 2, 2009

New Sem.. Final Sem

Welcome back to student life. Takde honeymoon2 lagi dah.. Hari ni merupakan hari pertama saya masuk kuliah setelah 8 bulan berpraktikal+honeymoon. Semangat giler nak pergi kelas. Azam pengantin baru katakan ..hahaha. dalam lecture hall masih ade lagi teman-teman yang memberi ucapan tahniah. Alhamdulillah, result yang diperolehi baru-baru ni memberangsangkan dan diluar jangkaan. Rezeki pengantin baru barangkali.

Sekarang kami terpaksa berpisah buat sementara waktu. Sorang di KL sorang di Melaka. Nasib baik la jarak antara dua negeri ni tak jauh sangat. Nampaknya saya akan selalu ulang alik antara Melaka dan KL untuk tempoh 4 bulan ni. Rindu memang la rindu.. tapi kena kuatkan semangat juga. Lagi pun ramai lagi pasangan di luar sana yang terpaksa berpisah hingga beberapa bulan lamanya. Sabar:) chaiyyuk!!

Sehari sebelum pulang ke Melaka hubby beli hamster yang comel sebagai peneman dia di rumah. At least balik dari kerja ade jugak yang menunggu di rumah. Boleh main-main dengan omel, so takde la sunyi sangat kan kan kan?? hehehe.. ni yang membuatkan saya excited menunggu weekend ni:p

omel sedang menikmati makanannya







Jom Bowling
kali ni abang yakin dapat kalahkan sayang..(dengan confidentnya)


Memang la... saje je nak bagi abang menang (padahal tak tau main pun:p)



Friday, January 23, 2009

Dah ada baby?

Abang long (hubby) dah ade baby?? tetiba soalan tu keluar dari mulut budak kecik hafiz. Mula-mula ingat dia maksudkan baby kucing ke apa, ye la budak kecik lagi tak kan diafaham kot:p Saya pun buat-buat tanya lagi "baby ape?". "Baby manusia la"..hahaha. Tergelak saya dengar jawapan si kecik. Budak-budak zaman sekarang dah makin pandai ye..

Bila hubby tanya nak buat apa dengan baby? Dijawabnya "nak pegang, nak dukung..nanti baby tu kena panggil adik 'abang'. Amboi,nak jadi abang ye. Bukan abang la, pak cik... Then sebelum balik si kecik pesan lagi lain kali datang bawa baby ye. hahaha.. kami tergelak je mendengar permintaan si kecil tu.

InsyaAllah, jika ade rezeki nanti, ade la. Buat masa ni saya nak focus untuk final semester. Saya akan buat yang terbaik.. Berkat sokongan dan doa dari suami tersayang, keluarga tercinta dan teman-teman InsyaAllah saya dapat lakukan yang terbaik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Next month dah kena berjauhan dengan hubby.. sebelum balik melaka saya plan nak masak dadih untuk hubby. Kalau rindu, makan la dadih tu. Jangan tenung je:p Then ajar hubby buat air teh (hehehe..sedangkan hubby dah tau bancuh air teh sendiri:p) Saya percaya setiap kepahitan pasti ada kemanisannya. Kerinduan akan membuatkan kami saling menghargai antara satu sama lain. Ishk..ishk.. bukan lama sangat pun. 4 bulan je.. tu pun seminggu sekali balik:p ade yang lagi hebat ujiannya.


Nota kaki: Yeay.. esok pagi balik batu pahat. Thanks hubby:D Kami bertolak pukul 3 pagi esok. Larat ke cik abang?? InsyaAllah, larat. dah ade orang teman..kan kan kann:p Kalau tak larat, kita singgah la mana2 R&R:p

Tuesday, January 20, 2009

Tagged by Kak Zue


Thanks kak zue.. Semoga sihat2 selalu... Tak sabar nak tunggu your babies:D


Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - Kak zue: my x-rumet di mrsm ( sebab dia selalu lepak bilik saya:P) selalu duty koop sama2, geng jalan2 dengan cikgu hawabi, caring, loving and mummy to be:)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  • Dilahirkan pada 2 Januari 1986 (dah 23 tahun rupenye)
  • tak banyak gambar waktu kecik2 (sebab mama cakap saya kuat menangis..nanti semua gambar nangis je:P)
  • Pernah bercita-cita nak jadi detektif (chewah..macam detektif Conan la pulak:p)
  • Tak pandai berenang..(insyaAllah, akan pandai lepas ni:P)
  • terer memanah..(tak caya tanya hubby:p)
  • suke window shopping..hehehe (kesian hubby kena temankan:P)
  • suka usik hubby..(tapi saya yang kerap kena usik)
  • Final year student... InsyaAllah:)
  • manja..(hubby yang cakap:p)
  • sangat suka kucing
Hehehe..sekarang saya nak tag Cik Idaz, Miss Nurul Whatever, kak niza, kamu dan sesiapa yang nak buat tag ni..


Monday, January 12, 2009

Tahniah

Assalamualaikum w.b.t.. maaf ye pembaca2 sekalian. Dah lama rasanya tak update blog sejak bergelar isteri. Buat masa ni, kita skip dulu cerita tentang majlis perkahwinan dan honeymoon atau mungkin biarlah kenangan manis itu kami simpan erat dalam diari hidup kami:)

Semalam, sewaktu saya dan hubby keluar berjalan-jalan, tetiba hand phone saya berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Dalam hati mungkin nenek yang tinggal di tingkat bawah rumah tu yang call. Alangkah terkejutnya bila saya dapati pemanggil tersebut adalah wakil dari Dawama yang mengatakan saya telah berjaya meneka hampir tepat dalam peraduan Teka Berat Buku. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru agaknya:p
Sebelum ni hubby pernah mengajak saya pergi ke Pesta Jualan Buku DBP 2008. Apalagi, hubby ambil peluang ni untuk memborong buk-buku kesukaannya. Seronoknya dia dapat borong 6 buah buku. Manakala saya cuma temankan je la:p buku-buku yang tersusun di rak masih belum saya sentuh lagi,ni kan pula nak beli baru.

Selesai membuat pembayaran, kami diberi borang untuk menyertai peraduan Teka Berat Buku. Hubby suruh saya join... hehehe. Orang lain yang shopping sakan, orang lain yang masuk peraduan. First time tengok susuan buku tu, saya tak dapat agak berapa beratnya. And suddenly idea yang bernas datang...

Hehehe... saya menggunakan berat hubby sebagai benchmark. “Mungkin berat buku-buku tu 3 kali berat abang kot”. Hubby tergelak... so, saya tulis la anggaran berat itu adalah ...kg (berat dirahsiakan:p) main teka suka hati je, tak expect pun akan menang. Hadiah yang saya menangi agak lumayan. Mungkin bukan lumayan dari segi harganya tetapi manfaatnya untuk bekalan akhirat.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 4.30 petang tetapi pada pukul 4 petang kami ada temu janji . so, terpaksa la inform uncle yang kami sampai lewat sikit. Actually, semalam Uncle Hanafiah and his wife jemput datang rumah mereka untuk meraikan kami. Bukan majlis untuk meraikan kemenangan kami,tapi majlis untuk meraikan pengatin baru. Pendek kata, orang yang diraikan dalam majlis tersebut adalah kami. Terharu dan segannya. susah-susah aje..hehehe.. tapi yang bestnya saya dapat kenal ramai kawan2 hubby yang terdiri dari kalangan alumni FCR. Sambil makan2, mereka share cerita tentang isu semasa dan ade juga yang berkongsi masalah dengan alumni FCR.

Nota kaki: I love u:)