Sewaktu mengemaskini folder-folder di dalam pendrive, saya terjumpa gambar ni. Gambar ini diambil semasa hari terakhir Mukhayyam Tarbawi 2006 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kem ini merupakan kem kepimpinan kerjasama antara Institusi Usrah Melaka dan Cyberjaya. Yang menarik tentang gambar ni, kebetulan pulak saya bergambar belakang hubby. Sewaktu menjadi fasilitator, kami tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak sedar kewujudan masing-masing. Padahal, saya rasa saya kenal semua fasilitator dari cyberjaya, tapi entah macam mana boleh tak kenal dengan si dia sorang ni. Hubby pun begitu juga.. Mungkin belum masanya lagi.. dan mungkin waktu itu si dia selalu menjadi 'penunggu' dapur.hehehe..
Tak sangka pula ye, sekarang dah jadi suami isteri. Lucu pun ada... kadang-kadang kita tak sedar bahawa jodoh kita depan mata sendiri:p ok2..cukup sampai sini je.. nak sambung buat kerja-kerja yang tergendala..hehehe:D Wassalam..
nota kaki: macam-macam ragam politik di Malaysia ni.
Kecewanya.. baru je teringin nak makan tomyam kat food court ixora. Rupa-rupanya dah tutup sejak sem lepas lagi. Kedai tu antara kedai favourite saya sewaktu belajar dulu. Menu yang paling saya suka ialah tom yam dan nasi goreng thainya. Sekali makan, terus jatuh hati. Tak banyak kedai @ restoran yang pandai masak tom yam yang cukup segala rasanya. Once dah jumpa, memang saya akan selalu singgah la nampaknya. haih, agak-agaknya kat mana la dia pindah ek. ke dah tutup terus?? dah lama tak datang MMU, banyak sungguh perubahannya.
Nasib baik last week hubby dah ajak makan kat Naili's Place. Boleh tahan juga tom yamnya. Suasana kat sana pun agak romantik. Pendek kata..berbaloi. Actually, malam tu hubby nak meraikan kejayaan saya sebab mendapat keputusan yang baik. So, saya cakap la teringin nak makan tom yam yang cukup masam, manis dan pedasnya.Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta sebab susah-payah mencari restoran yang sedap tom yamnya dan melayan kerenah isterimu:D tak lupa juga buat kawan hubby yang suggest kami makan di situ.. Ni yang membuatkan saya lebih bersemangat nak belajar ni. Oppss..ter'promote' Naili's Place la pulak. Boleh dapat diskaun tak ni??? hehehe... kepada sesiapa yang nak cuba boleh la singgah kat restoran ni. Terletak berdekatan dengan Ampang Point.
Welcome back to student life. Takde honeymoon2 lagi dah.. Hari ni merupakan hari pertama saya masuk kuliah setelah 8 bulan berpraktikal+honeymoon. Semangat giler nak pergi kelas. Azam pengantin baru katakan ..hahaha. dalam lecture hall masih ade lagi teman-teman yang memberi ucapan tahniah. Alhamdulillah, result yang diperolehi baru-baru ni memberangsangkan dan diluar jangkaan. Rezeki pengantin baru barangkali.
Sekarang kami terpaksa berpisah buat sementara waktu. Sorang di KL sorang di Melaka. Nasib baik la jarak antara dua negeri ni tak jauh sangat. Nampaknya saya akan selalu ulang alik antara Melaka dan KL untuk tempoh 4 bulan ni. Rindu memang la rindu.. tapi kena kuatkan semangat juga. Lagi pun ramai lagi pasangan di luar sana yang terpaksa berpisah hingga beberapa bulan lamanya. Sabar:) chaiyyuk!!
Sehari sebelum pulang ke Melaka hubby beli hamster yang comel sebagai peneman dia di rumah. At least balik dari kerja ade jugak yang menunggu di rumah. Boleh main-main dengan omel, so takde la sunyi sangat kan kan kan?? hehehe.. ni yang membuatkan saya excited menunggu weekend ni:p
omel sedang menikmati makanannya
Jom Bowling
kali ni abang yakin dapat kalahkan sayang..(dengan confidentnya)
Memang la... saje je nak bagi abang menang (padahal tak tau main pun:p)
Abang long (hubby) dah ade baby?? tetiba soalan tu keluar dari mulut budak kecik hafiz. Mula-mula ingat dia maksudkan baby kucing ke apa, ye la budak kecik lagi tak kan diafaham kot:p Saya pun buat-buat tanya lagi "baby ape?". "Baby manusia la"..hahaha. Tergelak saya dengar jawapan si kecik. Budak-budak zaman sekarang dah makin pandai ye..
Bila hubby tanya nak buat apa dengan baby? Dijawabnya "nak pegang, nak dukung..nanti baby tu kena panggil adik 'abang'. Amboi,nak jadi abang ye. Bukan abang la, pak cik... Then sebelum balik si kecik pesan lagi lain kali datang bawa baby ye. hahaha.. kami tergelak je mendengar permintaan si kecil tu.
InsyaAllah, jika ade rezeki nanti, ade la. Buat masa ni saya nak focus untuk final semester. Saya akan buat yang terbaik.. Berkat sokongan dan doa dari suami tersayang, keluarga tercinta dan teman-teman InsyaAllah saya dapat lakukan yang terbaik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Next month dah kena berjauhan dengan hubby.. sebelum balik melaka saya plan nak masak dadih untuk hubby. Kalau rindu, makan la dadih tu. Jangan tenung je:p Then ajar hubby buat air teh (hehehe..sedangkan hubby dah tau bancuh air teh sendiri:p) Saya percaya setiap kepahitan pasti ada kemanisannya. Kerinduan akan membuatkan kami saling menghargai antara satu sama lain. Ishk..ishk.. bukan lama sangat pun. 4 bulan je.. tu pun seminggu sekali balik:p ade yang lagi hebat ujiannya.
Nota kaki: Yeay.. esok pagi balik batu pahat. Thanks hubby:D Kami bertolak pukul 3 pagi esok. Larat ke cik abang?? InsyaAllah, larat. dah ade orang teman..kan kan kann:p Kalau tak larat, kita singgah la mana2 R&R:p
Thanks kak zue.. Semoga sihat2 selalu... Tak sabar nak tunggu your babies:D
Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - Kak zue: my x-rumet di mrsm ( sebab dia selalu lepak bilik saya:P) selalu duty koop sama2, geng jalan2 dengan cikgu hawabi, caring, loving and mummy to be:)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Dilahirkan pada 2 Januari 1986 (dah 23 tahun rupenye)
tak banyak gambar waktu kecik2 (sebab mama cakap saya kuat menangis..nanti semua gambar nangis je:P)
Pernah bercita-cita nak jadi detektif (chewah..macam detektif Conan la pulak:p)
Tak pandai berenang..(insyaAllah, akan pandai lepas ni:P)
Assalamualaikum w.b.t.. maaf ye pembaca2 sekalian. Dah lama rasanya tak update blog sejak bergelar isteri. Buat masa ni, kita skip dulu cerita tentang majlis perkahwinan dan honeymoon atau mungkin biarlah kenangan manis itu kami simpan erat dalam diari hidup kami:)
Semalam, sewaktu saya dan hubby keluar berjalan-jalan, tetiba hand phone saya berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Dalam hati mungkin nenek yang tinggal di tingkat bawah rumah tu yang call. Alangkah terkejutnya bila saya dapati pemanggil tersebut adalah wakil dari Dawama yang mengatakan saya telah berjaya meneka hampir tepat dalam peraduan Teka Berat Buku. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru agaknya:p Sebelum ni hubby pernah mengajak saya pergi ke Pesta Jualan Buku DBP 2008. Apalagi, hubby ambil peluang ni untuk memborong buk-buku kesukaannya. Seronoknya dia dapat borong 6 buah buku. Manakala saya cuma temankan je la:p buku-buku yang tersusun di rak masih belum saya sentuh lagi,ni kan pula nak beli baru.
Selesai membuat pembayaran, kami diberi borang untuk menyertai peraduan Teka Berat Buku. Hubby suruh saya join... hehehe. Orang lain yang shopping sakan, orang lain yang masuk peraduan. First time tengok susuan buku tu, saya tak dapat agak berapa beratnya. And suddenly idea yang bernas datang...
Hehehe... saya menggunakan berat hubby sebagai benchmark. “Mungkin berat buku-buku tu 3 kali berat abang kot”. Hubby tergelak... so, saya tulis la anggaran berat itu adalah ...kg (berat dirahsiakan:p) main teka suka hati je, tak expect pun akan menang. Hadiah yang saya menangi agak lumayan. Mungkin bukan lumayan dari segi harganya tetapi manfaatnya untuk bekalan akhirat.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 4.30 petang tetapi pada pukul 4 petang kami ada temu janji . so, terpaksa la inform uncle yang kami sampai lewat sikit. Actually, semalam Uncle Hanafiah and his wife jemput datang rumah mereka untuk meraikan kami. Bukan majlis untuk meraikan kemenangan kami,tapi majlis untuk meraikan pengatin baru. Pendek kata, orang yang diraikan dalam majlis tersebut adalah kami. Terharu dan segannya. susah-susah aje..hehehe.. tapi yang bestnya saya dapat kenal ramai kawan2 hubby yang terdiri dari kalangan alumni FCR. Sambil makan2, mereka share cerita tentang isu semasa dan ade juga yang berkongsi masalah dengan alumni FCR.
Sekarang ni saya tak nak update tentang persiapan majlis saya. Belum sampai masanya lagi.. So far, alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Tunggu je lah entry akan datang ye..
Esok merupakan hari terakhir saya praktikal kat sini. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun rupanya. Cepat je masa berlalu.. sebelum bercuti, Mr. Ooi (Audit Manager) dah bekalkan saya dengan material yang akan membantu saya dalam menyiapkan laporan nanti. Huhuhu..terharunya.
Memandangkan minggu ni minggu terakhir, so setiap hari la saya di ajak makan luar. Biasanya bawa bekal dari rumah je...Semalam buat kali pertamanya saya makan nasi beriyani gam Md Shah yang famous tu. Nama je orang batu pahat, tp tak pernah nak cuba makan kat situ. Ni pun kes tak tau dah nak lunch kat mana, so try je la makan kat situ. First time datang situ, tak tau nak pergi kedai mana satu. Banyak sangat kedai nasi beriyani. Then ternampak la pulak orang ramai tengah beratur panjang untuk mendapatkan nasi beriyani. Wah..sampai kena beratur panjang, mesti sedap makanan kat kedai ni.
nasi beriyani gam
Memang sedap pun.. Kami yang pada awalnya rasa macam tak larat nak habiskan makanan yang banyak tu boleh makan sampai licin. Kalau sesiapa yang datang batu pahat, boleh la singgah. Tempat makan tu terletak di Peserai, bertentangan dengan Hospital Putra.
Dari last week saya dah plan nak bawa kek coklat ke ofis. Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan. Kek ni mama yang buat. Kalau nak tunggu kek buatan saya, tunggu masa majlis saya nanti:P Disebabkan kek ni sedap, Ms. Kerk bg hadiah kat mama.. siap pesan nak belajar lagi.. kalau macam tu jemputla datang rumah ye:p
home made..
Hari ni kami lunch di kedai emas.. tak pasti namanya.. betul kot. Tapi ni bukan kedai emas ok.. Ni kedai kek plus restaurant. Kari ayam kat sini sangat sedap...huhuhu. tapi saya tetiba nak try menu lain... ayam mushroom.. erm, tp kenapa rasanya macam petai??
Ayam mushroom perasa petai:p
Hari ni juga saya dapat hadiah dari Ms.Khoo (tax manager)... terharunya... unexpected.. thanks a lot. Sweet sangat... pandai Ms.Khoo pilih ye...hehehe.
taraaa...
Kalau anda pandai,cubalah teka apa isinya...
..kami...
kami lagi..
Nota kaki: Haih, hari-hari makan besar. Bertambah ‘comel’ la bakal pengantin ni nanti... boleh jadi host jalan-jalan cari makan ni:p