Sunday, July 19, 2009

Cerita dari Terengganu

Assalamualaikum… to my dear reader, sorry for the late update. Thanks for keep reading my blog even there are no entries updated… Rupa-rupanya ade juga yang mengikuti blog yang tak seberapa ni. Kepada yang selalu remind saya untuk sentiasa update blog ni, thanks a lot ok;)
1 Julai lalu, secara rasmi saya telah menjadi salah seorang staff TM di Group Finance. Tak sangka YTM panggil awal untuk lapor diri sedangkan borang tamat belajar pun tak hantar lagi. Alhamdulillah, takde la menganggur lama sangat. Bosan juga duduk rumah sorang2 bila hubby pergi kerja. Huhuhu...

1 Julai-17 Julai saya telah mengikuti kursus induksi HSBB/MTP di Marang,Terengganu. Dah lama tak datang Terengganu ni. Last time saya datang sewaktu form 4, kursus untuk biasiswa kecil Telekom. Persiapan semuanya last minute sebab saya lewat diberitahu tentang kursus tersebut. Agak kelam kabut juga la pada awalnya. Sekali lagi terpaksa berjauhan dengan hubby. Tetapi semua tu ada hikmahnya kan..hehehe.

Peserta pertama yang saya kenal ialah Farid, rakan seinterview dan bakal rakan sekerja satu department. Kemudian baru saya kenal ain, dib, lin dan ramai lagi. Ramai juga yang tak menyangka yang saya sudah berkahwin:p Walaupun baru kenal dengan ain dan dib, sudah banyak cerita yang kami kongsi bersama. Setiap malam sebelum tidur, kami pasti akan berborak dulu sampai kami ngantuk. Lepas ni dah tak dapat buat macam tu lagi. Terlalu banyak kenangan manis bersama mereka.

Sepanjang kursus berlangsung, terdapat beberapa orang speaker adalah senior saya iaitu kak Sarah dengan abang Zainal.. Rupa-rupanya kak Sarah baru je ditukarkan ke Terengganu. Selain itu ade juga part-part yang amat mengantukkan iaitu bila topik networking/ HSBB. Huhuhu... cuba bayangkan budak accounting belajar tentang engineering. Blur juga la dibuatnya.. Nasib baik la HSBB test tu dah dibatalkan.. kalau tak memang tak tau nak jawab apa nanti.

Biasalah, kalau dah datang Terengganu ni tak sah kalau tak pergi Pasar Payang. Especially orang perempuan.. hehehe. Saya ade la borong sikit-sikit. Nasib baik Fakiha ikut sekali kami bershopping. Dia la yang tolong tawar menawar ni. Selain itu, tempat kursus kami ni dekat je dengan Pantai Rusila. Kalau rajin, kami jalan-jalan la kat sana. Tak berani nak mandi sebab ombaknya kuat. Dah la kecik,tak pandai berenang pulak tu…

Oklah.. banyak sangat nak cerita.Layan je la gambar ni dulu..
kam,dib(penghuluwati), ain(roommateku)

ain,kam,u-are

ain and kam
Oklah, gambar-gambar lain akan diupdate kemudian ye. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu anisah, encik affendi, encik kas yang telah banyak berkorban masa untuk kami. Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini, maaf andai saya pernah terkasar bahasa atau menyakitkan hati kalian. Saya doakan semoga kalian berjaya dengan kerjaya masing-masing. InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi. Kalau terserempak tu, tegur la ye. Mungkin sekali tengok saya agak sombong dan pendiam, tapi sebenarnya tak ok:p hehehe...

1 comment:

eiza in the house.. said...

salam ct,
windu kat kamu..wah dah dpt keje yerkk..mmg rezeki kawinla nie kan..akak doakan ct sentiasa dlm lindungan Allah selalu..rindu celoteh kamu di BTMH :)