Hampir 3 bulan saya tidak berkesempatan menziarahi keluarga di Batu Pahat. Alhamdulillah, akhirnya terubat rindu pada mereka yang tersayang. Hujung minggu yang lalu, saya dan hubby pulang ke Batu Pahat. Macam biasa, kami lebih gemar bermusafir pada waktu menjelang subuh. Kami bertolak dari Melaka jam 5 pagi. Jalan raya yang lengang dan suasana yang dingin membuatkan perjalanan kami cukup seronok .Kami berhenti untuk solat Subuh di Muar dan meneruskan semula perjalanan kami ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan, kami sengaja menurunkan sedikit cermin kereta dan mematikan air-cond. Alangkah nyaman dan segarnya bau kampung ketika subuh... Sudah lama saya tidak menikmati saat-saat ini.Bau pokok kelapa sawit, buah bachang dan banyak lagi yang sukar didapati di Melaka dan Kuala Lumpur.
Kami tiba pada pukul 7.30 pagi. Kepulangan kami disambut oleh memel dan mamat(kucing) yang excited sebab nampak omel. Ye lah, first time jumpa la katakan... Biasanya, pagi-pagi mcm ni mama tengah sibuk menyiapkan breakfast, tetapi pagi tu tak nampak pulak. Rupa-rupanya, mama dan abah pergi ke pasar. Mereka sangkakan kami akan tiba pada pukul 9 pagi rupanya. Patutlah,Pipah tercengang2 je pagi tu bila nampak kami.
Tengah hari tu mama masak lauk kegemaran saya iaitu bebotok. Haa..pernah dengar tak nama ni?? bukan botox ok:p Cara nak menyediakannya agak rumit sikit sebab ia menggunakan beberapa jenis ulam seperti daun puding, pucuk betik,ulam raja, pucuk beruas, pucuk ubi dan banyak lagi. Tu je yang saya tahu..hehehe. Tak pass lagi nak masak lauk ni:p
Keesokan paginya, saya dan hubby berjogging di Tasik Y.Pada awalnya kami mengajak Pipah dan adik join sekali. Tetapi, mereka lebih sayangkan mata daripada bersenam:p Sebenarnya dah lama saya bermastautin di Batu Pahat,tetapi tidak pernah sekali pun saya berjogging di sana. Alhamdulillah, kali ni dah ade teman nak jogging bersama:p

hubby dalam usaha menurunkan berat badannya:p hehehe...
best pulak main benda ni...
Tengah hari tu, mama masak lauk kegemaran menantunya pula. Ikan keli bakar dan sambal goreng. Amboi..berselera sungguh hubby makan. Berlainan pula dengan abah yang tidak gemar makan ikan keli bakar...hehehe.
Petangnya pula,kami pulang ke Parit Daun menzirahi nyai dan yai yang akan mengerjakan umrah hujung bulan ni. Ketika di kampung, adik memperkenalkan seekor ayam yang dipanggil ‘anak nyai’.. al-kisahnya ketika kecil kaki anak ayam tersebut pernah cedera. Kecederaan kakinya membuatkan pergerakkannya lambat dan sering ketinggalan dari ibu ayam dan adik-beradiknya yang lain. Disebabkan selalu tertinggal dibelakang, ibu ayam mengesyaki yang anak ayam tersebut anak ayam lain yang sebok-sebok join anak-anak dia. Tu yang asyik kena patuk je sampai bulu-bulunya togel. Sejak peristiwa tu, anak ayam tersebut jadi manja dengan orang, siap duduk atas riba nyai lagi. Mungkin anak ayam tu rasa lebih selamat bila bersama manusia berbanding spesisnya sendiri. Punya la manja.... kalau nak tangkap dia pun senang je..tak payah nak kejar satu kampung:p
Kemudian,kami meneruskan perjalananan ke Rengit, kampung hubby. Selain Nek Mon dan Cik Penah, rupa-rupanya Kak Zeti pun ada sekali. Petang tu kak Zeti berhajat nak buat barbeku di halaman rumah. Petang tu juga kami beli barang-barang untuk barbeku. Hehehe.. seronoknya. Petang tu kami berpicnic di halaman rumah. Hasilnya sangat menyelerakan..mana taknya, hubby boleh habiskan 4 ketul ayam dalam satu masa:p Saya cuma makan seketul je sebab saya dah jumpa satu lauk yang membuka selera petang tu. First time makan terus jatuh hati.. memang dah tak nampak lauk lain dah:p Siap bawa bekal lagi..hehehe...

semangat ni...

ni lagi semangat... siap nak buat kentang bakar lagi tu:p (hubby dan cik penah)
gambar ayam sebelum rentung...

Nek Mon..sabar menanti ayam kami
Hari terakhir kami dihabiskan di rumah sahaja.Sedih rasanya nak balik Melaka. Tak puas rasanya bercuti kali ni.Tapi apakan daya, banyak komitmen yang menanti. InsyaAllah, bulan depan kami akan pulang lagi. Walaupun jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati. Sayangi keluarga di situlah bahagia.... Macam biasa, mama pasti akan menyediakan bekalan untuk anak-anaknya sebelum pulang. Sama seperti waktu sebelum kahwin..Macam-macam dibekalkannya.. kasih seorang ibu. Walaupun anaknya sudah berkahwin sekalipun,kasih sayangnya tidak pernah berkurangan. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini...
Bahang terik matahari membuatkan saya mengantuk sepanjang perjalanan ke Melaka. Mujurlah ada gerai cendol, keropok lekor dan pisang goreng.layannn...


6 comments:
Ini juga kali pertama kita balik kampung 'bertiga' kan kan kan? hehehe.
ha'ah..hehehe
kita tau botok2...hehe
bertiga?? haaa...ni sronot nieee....tahniah !
Tahniah apa tu cik Mun, bertiga kali ni dengan Omel je hehe.
x kesah la dgn omel pn.. :p ade berita gembira khabar2kan la eh..
akak, sy pun gemarkan bebotok. buatkan utk sy boleh?
;;)
Post a Comment