Bila dihitung-hitung semula, banyak juga jemputan kahwin bulan 6 nanti. Al-maklumla, cuti sekolah la katakan. Orang yang dah kahwin pun tumpang excited untuk bakal pengantin..hehehe. Secara tak langsung, saya ni macam menjadi tempat rujukan tak rasmi kepada bakal pengantin. Walaupun persiapan majlis saya dilakukan dalam masa sebulan, tapi sedikit sebanyak boleh juga bagi sedikit tips tentang pengurusan budget serta berkogsi sedikit pengalaman menjelang majlis nanti.
Last week, saya menemani hubby membuat persembahan sempena Save Gaza Charity Night di MMU Cyberjaya. Kami sampai awal di MMU sebab hubby ada practice dengan ahli Demascus yang lain serta 5forty2. Disebabkan ngantuk dan penat yang teramat (sebab malam tu stay-up tonton drama Dari Mata Arisa then pagi tu baru balik KL:p) saya plan nak tumpang tido kat hostel je. Alhamdulillah, bilik kak lina menjadi tempat persinggahan sementara... Plan asal nak terus membuta je, tetapi lepas jumpa Aisyah,terus je berborak tak ingat. Dah lama tak jumpa la katakan... terus takleh tido.
Dalam berborak tu terselit juga soalan-soalan tentang kahwin. Biasanya soalan yang sama ditanya. Memandangkan saya adalah pemegang biasiswa YTM, soalan yang paling kerap ialah “ YTM tau tak akak nak kahwin??” Saya dah agak dah soalan ini akan ditanya. Jawapannya “YA, YTM dah bagi kebenaran:p” kalau tak percaya, nanti saya tunjukkan suratnya. Kalau ada yang nak tau prosedurnya, boleh buat temujanji kemudian. Saya tak bercadang untuk post prosedurnya dalam blog. Lebih baik saya explain sendiri. Terima kasih kepada Kak Ina and Kak Dayah yang banyak membantu.Yang penting kena ada keberanian:D
Untuk mengadakan kenduri memang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Tapi jangan la sampai berhutang semata-mata untuk membuat majlis yang diluar kemampuan kita. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan ikutkan hati, fikir keperluan dikemudian hari. Selepas berumahtangga banyak lagi perbelanjaan yang menanti.
Ada yang bertanyakan pendapat, adakah dengan gaji RM 2,500 sebulan cukup untuk menampung kehidupan selepas berkahwin? Bagi saya terpulang kepada bagaimana individu tersebut merancang kewangan mereka. Ye la, kalau gaji berpuluh-puluh ribu pun tapi kalau tak berbelanja dengan bijak, tak cukup juga. Jika gaji kecil sekalipun, kalau bijak merancang, insyaAllah cukup. Yang penting kena bersyukur dengan rezeki yang ada.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat”
(Surah Ibrahim:7)
Kalau ikutkan, duit biasiswa tu sudah mencukupi untuk perbelanjaan saya setiap bulan, malah boleh simpan lagi. Tapi hubby masih beri duit belanja tambahan. Hehehe..sangat suka:D Kadang-kadang ada juga suami yang terlepas pandang memberi nafkah kepada isteri terutama jika si isteri lebih berkerjaya dari suami.Bagi saya, walaupun isteri mempunyai duit sendiri, nafkah yang diberikan walaupun sedikit adalah umpama hadiah daripada suami. Siapa tak suka dapat hadiah setiap bulan kan?? :p hehehe.. Tu yang buat hati isteri bertambah sayang:).. Ni bukan sebab dapat duit baru bertambah sayang ok:p Yang dimaksudkan ialah keikhlasan suami memberi hadiah..:D
Bukan kerana saya student Accounting maka saya tahu merancang kewangan keluarga. Tapi ini ilmu yang perlu ada untuk setiap bakal pengantin. Ini adalah pandangan peribadi seorang pelajar yang bergelar isteri:D
Nota kaki: Terubat rindu pada bibah dan adik-adik di cyber.

13 comments:
Hehe gaji 10,000 pun takkan rasa cukup kalau gaya hidup masih berpenjarakan pemikiran comsumerism. Kahwin ikut kemampuan, hidup ikut kemampuan, insyaAllah Dia akan cukupkan :)
Dan betul, hidup kena berani hehe :D
comellah picture tuh. mcm anak and ayah~ haha
sayang: mmg berani pun. tak takut kalah sebelum bertanding:p
ain: kalau la mak cik dlm lrt tu berfikiran mcm ain,mesti dia cakap "mudanye ayah dia:p" muahahah...
dah macam ayah,tak lama lagi jadi ayah pula:p hehehe
Haa..Kak Kam dah sebut dah..jadi bila pengumuman rasmi Abg Edry nk jadi bakal ayah ni?? salam sejahtera Kak Kam...selamat menghabiskan sisa-sisa masa di kampus MMU Melaka ini sebelum bergelar graduan..(^^)
Salam kak kam ku.. :)
Oops.. bole ke ngaku akak sbg "kak kam ku" lagi..?? :P
Semoga rumahtangga akak terus menerus, dalam redha dan rahmatNya.. :)
em.., bila nak jd ibu nanti bg tau la..
[lambat2 bg tau, x nak kasi hadiah.. :P]
Syukran akak, atas perkongsian ilmu ini...
hi3, walaupun tak bergelar "bakal pengantin" dlm masa terdekat,
tp sangat bermanfaat untuk diketahui :) ...
amir: oo..bakal pengantin rupanya:p
pengumuman rasmi akan dibuat bila dah tiba masanya nanti.hehehe..
cahaya: boleh2.. cik abg tak marah:D
sebenarnya cik kamilah minta akak bg tau lmbt2 sebab nak sediakan hadiah yang besar2kan..muahaha:p
hehe so true..bapak mertua akak ckp, "kaya sesorang bukan sebab banyak duit dia dpt, tapi berapa banyak duit y dia simpan" huhu,pk2 ada betulnya..rajin2 menyimpan ye puan kam sementara boleh lg..in future kena paksa diri lebih sket menyimpan ni sbb edry dah nk jd ayah kan? ;) hehehe
Hehe InsyaAllah ada rezeki Tuhan bagi dapatlah jadi ayah. Buat masa ni masa ni masih berusaha lagi hehe. Tak sabar juga nak ada seorang bakal pemimpin (baca: anak) di rumah :)
wah..bagus nya entri kali ni..nk kena amik sbyk mgkin manfaat nih walaupun lambat lgik..hikhik..=P...
hikhik..bagus2x..bila ni..sy dah x sabar nk jd pak cik..hahahaha...=D.
~mmmeeeooowww~
Wah kebetulan sungguh. Baru2 jugak ni dengar ceramah kad kredit dari ayah sendiri. :p
Terubat rindu dgn kam jugak! Terima kasih datang lawat kitorg hari tu. :D IU dinner nanti datang lagi tak? hehe...
cahayakebaikan:insyaAllah:D aminnn..hehehe
sayang: sabar ye sayang:p
zackual:kalau dh jd pakcik, kena bg duit raya nanti tau:p
crimsonskye: wah,kebetulan ye:)
maaf,IU Dinner nanti saya tak dpt dtg. Kami blk johor.. cik abg rindu kat keluarga mertua:p (sebenarnya orang lain) hehehe...
kamu, kite quote skit dr blog awak masuk dlm blog akak. timaseh. interesting post. a reminder for me myself too.
my tips, selain dr bg parents duit paycheck tu, awal2 lg trus menabung sbb kita xkn tau, bile nk dkt akhir2 duit nk abes, br nyesal xde saving.biarla ikat sikit, tp saving harus ada :) especially korg bdua dah nk ada org baru dlm family...suka2! ni official announcement tadek ni..hmm... tp dh dpt da hint2 tu
selamat menjadi ibu & ayah... tips pun byk bleh belajar drpd blog nie... :)
Post a Comment