Sudah beberapa hari saya tak online menggunakan laptop kesayangan. Entah kenapa tetiba je tak boleh online. Nak cakap wireless tak detect,tak boleh juga. Maka saya pandai-pandai godam sendiri setting internet ,tapi tak berjaya juga(tu la..buat-buat pandai lagi) Rupa-rupanya IP conflict..lepas kak Amal betulkan IP address, internet dah ok balik.. Kesimpulannya,jangan memandai-mandai kalau tak tahu ye:p takut jadi seperti tikus membaiki labu...ohh..tikus??
Buat pertama kalinya saya tidak akan pulang KL apabila weekend. Next week hubby datang MMU Melaka kerana menghadiri bengkel penulisan dan pada masa yang sama saya ada explorace di Bandar Hilir. So, dating kat Melaka je la nampaknya..
Pada asalnya saya tak bercadang untuk menyertai race ni,tapi setelah minta izin hubby saya baru dapat tahu dia akan datang Melaka. Saya pun apa lagi cepat-cepat la bagi nama. Untuk pengetahuan semua, race kali ini akan disertai oleh IPT luar. So,kebarangkalian untuk menang tu tipis sikit la.. lebih2 lagi kalau ade check point yang ada makan-makan. Ye la, satu kumpulan kena ada 5 ahli dan ahli-ahli kumpulan saya semua tak kuat makan. Nak import ahli yang kuat makan,kuota dah penuh:p Tapi mana tahu kan, kot-kot masa tu lapar giler selepas penat berlari.Ape yang penting??~ KERJASAMA (macam sesuai je lagu wonderpets ni jadi tema team kami:P) Hehehe.. Housemates saya beriya-iya nak join sekali . Siap dah import orang lagi. Sayangnya, penyertaan dah penuh..:D Dah lama tak join aktiviti macam ni. Lepas grad nanti belum tentu berpeluang nak join. Masing-masing dah busy dengan kerjaya,keluarga dan macam-macam lagi. Doakan kami berjaya... Nanti bolehla share hadiah:p
25 dan 26 April juga mungkin saya tak balik KL. Hubby ade binding camp dan saya berada di Melaka untuk siapkan assignment dan bersiap sedia untuk presentation. Walaupun tak dapat jumpa hubby, tapi saya tahu cinta dan doanya sentiasa bersama saya.
Nota kaki: Esok ada midterm Corporate Accounting 2. Ya Allah,bantulah hambamu ini. Ok..study2
3 comments:
Sayang, Prof call tadi bagitau yang binding camp dah post phone ke 9 Mei :D
All the best my dear. Abang percaya kalau seseorang tu memang cemerlang, dah jadi isteri orang pun tetap akan exel dalam pelajaran :)
Hehe, baru tau explorace kena ada yang kuat2 makan eh?
sayang: insyaAllah..thanks my dear
crimsonskye: hehehe..berdasarkan testimonial race sebelum ni,mmg ade checkpoint makan2... hopefully tahun ni takde la:D
Post a Comment