Assalamualaikum w.b.t.. maaf ye pembaca2 sekalian. Dah lama rasanya tak update blog sejak bergelar isteri. Buat masa ni, kita skip dulu cerita tentang majlis perkahwinan dan honeymoon atau mungkin biarlah kenangan manis itu kami simpan erat dalam diari hidup kami:)
Semalam, sewaktu saya dan hubby keluar berjalan-jalan, tetiba hand phone saya berbunyi. Hanya nombor yang terpapar di skrin. Dalam hati mungkin nenek yang tinggal di tingkat bawah rumah tu yang call. Alangkah terkejutnya bila saya dapati pemanggil tersebut adalah wakil dari Dawama yang mengatakan saya telah berjaya meneka hampir tepat dalam peraduan Teka Berat Buku. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru agaknya:p
Sebelum ni hubby pernah mengajak saya pergi ke Pesta Jualan Buku DBP 2008. Apalagi, hubby ambil peluang ni untuk memborong buk-buku kesukaannya. Seronoknya dia dapat borong 6 buah buku. Manakala saya cuma temankan je la:p buku-buku yang tersusun di rak masih belum saya sentuh lagi,ni kan pula nak beli baru.
Selesai membuat pembayaran, kami diberi borang untuk menyertai peraduan Teka Berat Buku. Hubby suruh saya join... hehehe. Orang lain yang shopping sakan, orang lain yang masuk peraduan. First time tengok susuan buku tu, saya tak dapat agak berapa beratnya. And suddenly idea yang bernas datang...
Hehehe... saya menggunakan berat hubby sebagai benchmark. “Mungkin berat buku-buku tu 3 kali berat abang kot”. Hubby tergelak... so, saya tulis la anggaran berat itu adalah ...kg (berat dirahsiakan:p) main teka suka hati je, tak expect pun akan menang. Hadiah yang saya menangi agak lumayan. Mungkin bukan lumayan dari segi harganya tetapi manfaatnya untuk bekalan akhirat.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 4.30 petang tetapi pada pukul 4 petang kami ada temu janji . so, terpaksa la inform uncle yang kami sampai lewat sikit. Actually, semalam Uncle Hanafiah and his wife jemput datang rumah mereka untuk meraikan kami. Bukan majlis untuk meraikan kemenangan kami,tapi majlis untuk meraikan pengatin baru. Pendek kata, orang yang diraikan dalam majlis tersebut adalah kami. Terharu dan segannya. susah-susah aje..hehehe.. tapi yang bestnya saya dapat kenal ramai kawan2 hubby yang terdiri dari kalangan alumni FCR. Sambil makan2, mereka share cerita tentang isu semasa dan ade juga yang berkongsi masalah dengan alumni FCR.
Nota kaki: I love u:)
8 comments:
Ya...rahsiakan berapa kg tu takut ada pulak yang pergi bahagi dengan tiga untuk korek rahsia haha.
p/s: love u too
huhu apa laa hadiah lumayan itu ya kam? hehehe...
nak ikut gak laa p/s : i love u too kam hahahah
hai ct, igt kat akak lagi?
owh dpt rezeki pegantin ker..alhamdulilah..moga ct berbahagia selalu ngan hubby k.:)
ape hadiahnye kam??xnk share ke??
kamz...tahniah la ye...sory akak x pat dtg time wedding kamz sbb akak ade xm mba...
ct, happy belated besday ekk..sori tak de present la..
alfaisal a.k.a hubby: hehehe...tu la:p
miss nurul whatever n kak zu: hadiahnya adalah set membaca al-quran berserta tajwid:D
kak niza n kak mun: thanks sis:)
Cik KaMz uPdet La pIc..nk TgK..hehe...mesTi chuMel je adIk kite ni.
Post a Comment