Assalamualaikum wbt. Sekali lagi blog ni tak terbela buat sekian kalinya. Dah sebulan lebih tak mengupdate.. nape ye? Malas barangkali..kalau ikukan hati,nak je tulis “HARAP MAAF, BLOG INI AKAN DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA”. Huhuhu, tapi tak sampai hati lagi... rasanya takde apa-apa cerita yang nak di tulis. Si dia pun pernah bertanya bile nak update blog ni? Saya katakan yang saya malas nak mengupdate cerita-cerita merepek saya..hahaha. Merepek from my point of view la:p kadang2 kita fikir merepek tapi orang lain tak pula:D lain orang lain pendapatnya..
Last week, our Audit director,Mr. Ong datang batu pahat. Sebelum ni pernah bercakap dlm phone je. First time jumpa dia and saya amatlah terkejut sebab tak sangka director kami tu muda lagi (takde la muda sangat pun:p) Dalam awal 30-an. Sebenarnya takde la pelik sgt pun muda2 dah jd director untuk company international ni. Saje je nak buat2 terkejut..:D
Then, saya dan Poh Hong dipanggil untuk berjumpa Mr. Ong. Ye la, tak pernah jumpa secara live lagi la katakan. Quite friendly.. Kami berborak macam biasa dan tiba-tiba dia bertanya sama ada kami berminat nak kerja dgn diorang after graduate nanti? Dalam hati memang tak nak kot sebab saya rasa audit ni bukan jiwa sy. Sewaktu belajar dulu saya ada gak berangan2 nak jadi auditor sebab selalu je score untuk subjek audit.Tapi tu angan2 je, bila dah buat betul2 rasa mcm tak masuk je dengan jiwa saya. Tapi tak kan la nak cakap straight to the point tak nak.. kena lapik2 la juga:D So, saya cakap la saya dah ade contract dengan telekom,so nampaknya tak dapat la.. Tu pun kalau telekom sudi panggil saya:D
So far kalau ditanya tentang perancangan masa depan,saya mungkin akan pilih untuk menjadi tutor sebelum upgrade jd lecturer.. tapi tak tau la kot tetiba nak ubah angin jd lecturer ekonomi rumah tangga ke:D hehehe.. Tak kisah la cik siti oii..Yang penting mendapat pekerjaan yang halal lagi berkat:D
Can you pronounce these names correctly? Cbyn, Brrard, Fhoaib.. hehehe. Agak tergeliat lidah nak sebut. Saya dapat nama-nama ni sewaktu organize Bajet 2009 Seminar.. unik tapi susah nak sebut pada awalnya. Nama-nama yang jarang kita dengar biasanya senang nak ingat. Sebab unik sangat:p Cbyn tu sebutannya mcm ‘chin’.. yang lagi dua tu saya tak tau.. :D mungkin Brrard bunyinya ‘bad’, dan Fhoaib tu ‘foib’..alaa.. macam nama asmah jadi athmah kot:p
Dalam seminar biasanya mesti ada makan2 la kan. Walaupun dalam bulan puasa, agenda tu tak boleh dikecualikan dalam tentatif. Hehehe..ye la, peserta seminar tu yang muslim cuma sorang je. Kalau termasuk saya dua orang je la dalam ramai2 tu. Peserta2 terdiri daripada director2 syarikat dan akauntan-akauntan. Huhuhu... dimanakah usahawan dan akauntan seagama saya?
Ramadhan tahun ni agak berlainan dari tahun2 sebelum ni kerana saya dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang dan dengan status ‘tunang orang’. Semoga tahun depan upgrade menjadi isteri orang:p Ameen.. dah hampir setahun saya guna title tu ye. Saya dirisik pada hari raya kedua dan bertunang pada 15 syawal.. hehehe.Ramai yang tak tau kan...Ramadhan tinggal hanya beberapa hari lagi. Harapannya semoga saya masih lagi istiqamah dan merpertingkatkan lagi ibadat di bulan yang penuh rahmat ni. Ntah tahun depan dapat sambut Ramadhan lagi ke tak. Mari kita berlumba2 untuk sampai ke garisan penamat.. sesiapa yang dah pancit kat tengah jalan tu, recover cepat2. Jangan ketinggalan ok;)
p/s: Saya plan nak apply cuti pada 3/10/2008. Adakah cuti saya akan diapprove? Hantarkan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ ke 999:p
3 comments:
InsyaAllah menjelang Syawal tahun depan dah upgrade la tu saya doakan :D
Tahniah sebab tak menutup blog ini. Yerla nanti takda lagi coretan kisah insan namanya Siti kamariah yang jiwanya tak selesa dengan auditing dan belajar di MMU. Setiap kehidupan itu unik ;)
eh eh.. saya tak cakap pun tak selesa belajar dia MMU terchenta:p di MMU la segalanya berubah hingga terbentuknya kamariah sekarang:p
Ameen.. hehehe..thanks utk doa itu ye;)
oh silap tu...maybe kalau rephrase akan paham.
"nanti takda lagi coretan kisah insan namanya Siti kamariah yang belajar di MMU dan jiwanya tak selesa dengan auditing"
Silap letak boleh menimbulkan salah paham:P
Post a Comment