Saturday, May 3, 2008

Ujian dari Allah

Assalamualaikum.. I'm back. rasa-rasanya dah seminggu lebih sy tak meng'onlinekan' diri. Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan mama saya. Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin bertambah baik cuma perlu berulang alik ke hospital setiap hari untuk 'dressing'.

Sepanjang mama saya terlantar di hospital, rasa sunyi je rumah. Biasanya, pagi2 lagi dah dengar mama mengomel dgn momot. Momot, seekor anak kucing yang sy jumpa kat tepi longkang sehari sebelum hari raya tahun lepas. Dah besar dah kucing tu:p Setiap kali sy datang melawat mama, mesti ade je bekalan ikan atau ayam yang mama simpankan untuk momot. Jika ada pesakit2 yang tak habis makan ikan atau ayam, mama akan simpan dalam plastik dan pesan pada sy suruh bg momot dan memel makan.Mama kata, tak baik membazir. Sakit2 pun mama masih ingat kucing2 kat rumah. momot pun macam turut rasa sedih bila tuannya masuk hospital. Dia tak selincah dan semanja hari2 biasa, dan banyak termenung. Kebiasaannnya, dia rajin temankan mama masak kat dapur, walaupun dia hanya pandai tidur dan bermain sahaja.

Kebetulan,kelas sy hampir semuanya dah habis. So,takde la risau sangat tertinggal silibus ke apa. Cuma tinggal satu je presentation lagi. Alhamdulillah,Allah mempermudahkan urusan saya. Saya mendapat pelepasan dari Mr. Abdullah untuk presentation hari isnin tu. Selepas diberi pengecualian, sy terus bergegas pulang ke batu pahat.Setibanya di batu pahat, abah menjemput saya di perhentian bas. Saya singgah rumah sebentar sebelum ke hospital sebab abah nak siapkan membasuh baju dan kemas barang2 yang mama pesan. Dah lama tak tgk abah membasuh baju dan memasak.. hehehe.

After asar, kami bertolak ke hospital besar batu pahat. Setibanya di Wad 4, saya dapati ramai jiran2 saya dtg menziarahi mama. Muka mama nampak pucat. Setelah bersalaman, peluk dan cium pipi bonda tercinta, sy duduk di sisi mama.Huhuhu, dah lama rasanya tak berborak dgn mama.Biasanya saya yang banyak berceloteh, tapi kali ni sy byk membisu. Tiba2 terasa pipi saya panas dan basah. Mungkin tak dapat menahan sebak melihat mama terlantar sakit. Tapi mama masih mampu mengukir senyuman. Huhuhu, mama perasan sy menangis, dia pun pujuk saya.hehehe.. terasa macam kanak-kanak lagi. sepatutnya saya yang tenangkan mama,tapi mama pula yang pujuk sy.

Rutin saya setiap hari kini amat padat. Macam ni la agaknya kalau dah jadi isteri orang. Sewaktu azan subuh berkumandang (memandangkan rumah sy dekat je dgn surau), saya akan mengejutkan abah dan adik untuk solat subuh. Setelah selesai solat, saya kan menyiapkan sarapan.. Masak je la ape yang reti.Then basuh baju,kemas rumah, bagi kucing makan, siram pokok bunga, masak untuk lunch, dan melawat mama di hospital.


Petang selasa, mama call suruh jemput dia kat hospital. Suara mama macam tak sabar2 nak keluar wad. Mungkin dah tak sanggup kena injection yang menyakitkan. Memandangkan saya dah reti bawa kereta, saya pun menjemput mama. lama juga nak tunggu jururawat tu siapkan bill dan report. Sepanjang tunggu doktor buat last check up, saya borak2 dgn mama dan pesakit2 kat situ. Terdapat kisah sorang budak lelaki ni,yang amat menyentuh hati mama. Dia menemani ibunya yang terlantar sakit akibat kencing manis juga. Keadaan mak cik tu agak teruk juga sebab kaki kanannya telah dipotong sampai ke lutut, dan kini mungkin kaki kiri dan jari tangan kiri juga akan dipotong. Tiada ahli keluarga yang dtg menziarah, kecuali budak lelaki itu yang menemaninya 24 jam. Dah 4 hari tak mandi dan tukar baju. Jika haus, terpaksa menadah air paip disebabkan tiada duit untuk membeli makanan. Makanan terpaksa berkongsi dgn ibunya.Sebagai budak yang masih mentah lagi, begitu kuat ujian yang Allah uji padanya. Entah kenapa, dalam banyak2 pesakit di situ, dia meluahkan masalahnya pada mama. Mama hanya mampu tolong apa yang termampu. setelah keluar dari wad, mama selalu teringat kat budak tu. Ntah dah makan ke belum, apa dah terjadi pada mak cik tu. Buat masa ni,mama tak dapat nak dtg melawat mak cik tu kerana kesihatan tak mengizinkan dia banyak bergerak.Banyak lagi cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Setiap cerita ada hikmah disebaliknya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi bila saya ke hospital. Pelbagai ragam manusia yang saya dapat lihat dan boleh diambil iktibar. Terasa diri ini jarang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kita rasa, kita ni banyak sangat masalah dan susah.Rupe-rupanya ramai lagi manusia yang hidup susah dari kita. Sebenarnya itu semua ujian dari Allah. Kita harus bersabar dan redha dgn ujian tersebut. Itulah golongan orang yang beruntung.Tiap kali saya bersedih, mama sentiasa berpesan.. Segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Semuanya dah takdir.Kita kena redha. Kalau kita merungut dan susah hati je.. tak dapat apa pun. Ditakuti betambah dosa je. Kan bagus, ketika saat2 susah ni, banyakkan ingat pada Allah. Hati akan jadi lebih tenang. Kalau ditakdirkan meninggal sekalipun, mama dah bersedia. semua dah tertulis, takde yang cepat atau lambat walau sesaat. huhuhu..part tu yang buat saya rasa sebak sangat.

Terima kasih kepada tunang saya, keluarga, nyai dan yai, saudara mara serta sahabat2 yang memberi sokongan kepada saya serta mendoakan kesihatan mama saya. Semoga Allah memeberkati hidup kalian.wassalam..

1 comment:

alFaisal said...

Sabda Rasulullah s.a.w:

ما يصيب المؤمن من شوكة فما فوقها إلا رفعه الله بها درجة أو حط عنه بها خطيئ

Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.