Saturday, May 24, 2008

Selamat tinggal

Selamat tinggal MMU.. Hari ni merupakan hari terakhir saya kat MMU sebelum menjejakkan kaki ke alam praktikal(mcm dah nak grad pulak). Nampaknya 8 bulan saya tak akan jumpa midterm, assignment dan final exam... Syoknya...hehehe. Tapi tekanan ditempat kerja pasti ada, cuma yang berbeza adalah situasinya. Bergantung pada kita macam mana nak menghadapi stress tu.

Yang pastinya, sy akan merindui bumi MMU.InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi. Antara perkara2 yang saya akan rindui:
  1. Usrah
  2. My housemates (of course la:D)
  3. Orang yang selalu kena usik dan buli dengan saya:p (ramai.. antaranya adik2 tanzim tersayang)
  4. Adik-adik usrah tersayang:)
  5. Kak niza
  6. Kak ina STAD
  7. Tomyam kat kedai tom yam kasturi
  8. Asam pedas kat exam hall
  9. Bakso kat depan hospital melaka tu
  10. Tamrin
  11. Panjat bukit beruang...(walaupun jarang naik:p)
oklah.. parents dah sampai... nanti2 ye saya sambung lagi.Wassalam

Saturday, May 17, 2008

Ehem... ehem

Ehem..ehem.. Dah lama tak mengupdate blog. Almaklum la.. exam la katakan.. Kesihatan sejak akhir2 ini tak berapa ok.. Before exam, sy pergi ke klinik minta ubat sakit kepala.. orang kata sediakan payung sebelum hujan. Huhuhu.. tak nak amik MC.. nanti kena dtg MMU balik sbb kena amik supplementary exam.. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya.. Nak dipendekkan cerita, tinggal satu paper je lagi tetiba saya diserang selsema dan demam. Hopefully cepat la sembuh before last paper hari khamis ni.

First time dalam sejarah, saya tertinggal exam slip sewaktu exam Corporate Strategy. Pagi tu saje nak make sure vanue kat mana, dan tak perasan pulak sy letak exam slip tu bersama2 notes atas meja. Serius tak ingat langsung.. sebelum masuk gate MMU, saya tergerak pulak nak check brg2 yg perlu di bawa untuk exam. Alamak, baru perasan exam slip... Cuaknya masa tu Allah je la yang tahu. Ye la, tak pernah2 tertinggal.. tak pasal2 tak dpt ambil exam. Tinggal 10 minit lagi before exam, dengan memakai baju kurung, sy berlari pulang semula ke rumah. huhuhu.. nasib baik jumpa. Alahai, cuainya kamu kam!! Syukur alhamdulillah, sewaktu saya sampai venue, exam baru nak start.. Ermm.. exam pagi tu.. no comment. Kita dah buat yang terbaik. Segala keputusan yang bakal diterima kita kena redha.. Tawakal semoga semuanya baik-baik aja..

Selesai exam, mmg tak plan nak study utk paper hari khamis ni. Nak kemas barang2 yang akan di punggah ke BP. Semangat je.. huhuhu. Tengok kak nadia dgn kak ecah dah start berkemas, saya pun join sekali la.. Hehehe.. Proses membungkus barang hampir siap, tingal barang2 bawh tangga je.. Aduh, byknya nak kena angkut.. Sekarang ni je dah 5 kotak. Belum masuk lagi khazanah2 dari zaman alpha kat bawah tangga tu... Sayang nak buang, mana la tau boleh buat rujukan ke apa.

Hari tu saya 'ter'beli magazine ni.. hehehe@sengihnampakgigi

Kak nadia yang influence saya.. mula2 malas nak beli, akhirnya 'ter'beli juga.. Kalau ade sapa2 nak pinjam, bagi tau je la ek@jelir And kalau ade sesiapa yang nak tolong buatkan hantaran untuk sy, bagi tau la ye.. hehehe.

Apakah yang bakal saya rindui bila meninggalkan MMU?? @kenyit@senyumkenyit Berikut adalah sebahagian pesanan teman-teman kepada saya:
  • "praktikal nanti jangan lupe update blog ye."- hehehe.. InsyaAllah. kalau berkesempatan.
  • "lepas ni aku dah takde teman nak gaduh lagi"-(hehehe, pesan ke ni?? saje je nak letak..) Cari la teman lain@jelir. Tak pun, tunggu sem 3 nanti..
  • "jangan lupe jemput pak cik"-jemput ape ye??@jelir

Saturday, May 10, 2008

2 days before final exam

  1. Selepas subuh, keluar breakfast bersama adik-adik usrah. Alhamdulillah~@kenyit
  2. Tiba di rumah, kemas bilik dan meja yang bersepah..Al maklumla.. semangat study la katakan@jelir
  3. Lunch with kak ruby and kak syadiyah at Windmill. Hari ni kak ruby bermurah hati untuk belanja kami makan... hehehe. Lain kali belanja la lagi@sengihnampakgigi.
  4. Study dan study....(sampai tertidur)
  5. Update blog@sengihnampakgigi(ntah nape..sejak akhir2 ni rajin pula nak update@jelir)
  6. pergi kampus... mengajar orang topic CVP (entah ingat lagi ke tidak@jelir)

Saya tertarik dgn buku ni...

belek-belek..tenung-tenung....tapi tak beli pun..huhuhu.

Oklah.. All the best kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan next week. Usaha.. baru tawakal. Jangan lupa dapatkan restu kedua ibu bapa.


I Love My Mama...

Friday, May 9, 2008

Senyum




Senyum@senyum Kan manis bila senyum@kenyit

@adil

Thursday, May 8, 2008

Aminah Assilmi: Diancam Bunuh Setelah Bersyahadah

Semalam, sebelum menjawab kertas midterm securities investment, saya sempat lagi menyelak helaian dalam majalah i keluaran bulan Mei. Saya tertarik dengan rentetan kisah Aminah Assilmi sebelum dan selepas mengucap kalimah syahadah. Maha Suci Allah.Dia memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya ". Dengan izin Allah ditakdirkan hidayahNya untuk menembusi hati pembenci Islam. Walaupun pada asalnya saya tak berminat untuk copy paste cerita ke dalam blog saya ni,tapi setelah dah faham bagaimana nak categorized each entry saya pun copy paste la cerita di bawah ni . Lagi pun, entry kali ni tak 100% di copy paste kan?@jelir hehe..Ikuti kisah beliau di bawah ni.


....................................................................................................................................................................


Aminah Assilmi dulunya seorang aktivis gereja, penganut feminisme yang radikal dan juga seorang wartawan radio. Tapi kini, selepas memeluk Islam, dia bagaikan seorang duta besar bagi agama Islam. Sebagai Pengarah International Union of Muslim Women atau Persatuan Wanita Muslim Anatarabangsa dia benar-benar menyuarakan kebenaran Islam. Aminah kerap mengadakan perjalanan, berceramah di kampus-kampus, menyeru pentingnya kepedulian terhadap masyarakat awam serta berkongsi kefahaman atas keyakinan yang dianutinya kini.

Siapa sangka Aminah yang dulunya orang yang sangat membenci Islam, kini menjadi sukarelawan memperjuangkan nilai-nilai Islam.Dalam buku choosing Islam, Aminah menceritakan kisah bagaimana dia memeluk Islam

Bermula dari kesalahan komputer


Aminah dikenal sebagai gadis yang cerdik hingga memperolehi biasiswa sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi. Disamping itu ia juga mengembangkan bisnes sendiri, berkecimpung secara professional hingga akhirnya memperoleh penghargaan (awards). Semua itu berlangsung semasa masih menuntut di perguruan tinggi. Ada kejadian menarik tatkala ia memasukkan data pendaftaran subjek ke komputer di kampusnya. Berawal dari sinilah ia mengenal Islam hingga di kemudian hari kehidupannya berubah secara total.

“Kejadian itu pada tahun 1975 ketika pertama kali pendaftaran mata kuliah menggunakan sistem komputer. Waktu itu saya melakukan pendaftaran pengajian pilihan. Setelah mendaftar saya pun berangkat ke Oklahoma untuk urusan bisnes,” kisahnya. Urusan bisnesnya sedikit lama, membuatnya lambat kembali ke kampus. Dan baru muncul di kampus dua minggu setelah kuliah bermula. Baginya ketinggalan sesi pengajian bukan satu masalah.Namun yang membuatnya rasa terkejut adalah ketika diketahui komputer salah dalam melakukan pendaftaran. Di komputer namanya tertera sebagai peserta kelas Theatre, sebuah kelas dimana para mahasiswa mesti menunjukkan kebolehan di depan peserta lainnya.

“Saya ini gadis pendiam. Bagi saya berdiri di depan kelas adalah hal yang sangat menakutkan. Tentu saja membatalkan mata kuliah tidak mungkin lagi. Sudah sangat terlambat. Tidak hadir sama sekali selama kuliah, juga bukan pilihan yang tepat. Sebabnya saya penerima biasiswa. Bila nilai keputusan saya jatuh, biasiswa akan ditarik kembali,” tambahnya.

Suami Aminah menyarankan agar ia menemui pensyarah mencari alternatif lain. Oleh pensyarah tersebut dicadangkan untuk masuk ke kelas lain. Namun alangkah terkejutnya Aminah tatkala masuk ke kelas alternatif itu.

“Saya tak menduga di kelas itu banyak sekali wanita Arab berjilbab. Waktu itu saya menyebut mereka dengan “para penunggang unta”. Spontan minat saya untuk belajar hilang,” kenangnya.

Aminah tidak jadi mengikuti kelas tersebut dan pulang ke rumah.“Saya tidak mau berada di tengah-tengah orang-orang Arab. Saya tidak mau duduk bersama dengan orang-orang kafir kotor itu!,” tulis Aminah dalam bukunya. Suaminya, seperti biasa, tetap tenang menghadapinya.

Dengan tenang suami menyebut bahwa Tuhan punya maksud tertentu atas segala apa yang terjadi. Ia lalu meminta Aminah untuk berpikir masak-masak sebelum memutuskan berhenti kuliah. Kononnya lagi pemberi biasiswa telah mengeluarkan dana untuk studinya itu. Selama dua hari Aminah berkurung di kamarnya untuk membuat keputusan. Akhirnya dia memutuskan kembali ke kampus. Kala itu, menurut Aminah, dia seperti merasakan seolah-olah Tuhan memberinya tugas untuk mengkristiankan mahasiswi Arab itu. Ia rasakan seperti ada sebuah misi yang mesti dilaksanakan segera.

Misi Kristianisasi

Kala kembali ke kampus, Aminah pun mulai menjalankan misi Kristianisasi kepada mahasiswi Arab itu.

“Saya terangkan tentang neraka. Bagaimana mereka akan dibakar dan disiksa jika tak ikut ajaran Kristen. Lalu saya terangkan Yesus cinta mereka dan Yesus mati disalib untuk menebus dosa-dosa pengikutnya. Jadi kita mesti ikuti dia.” terang Aminah yang mengaku hairan dengan kesopanan mahasiswi Arab tersebut. Mereka tidak membantah sedikitpun dengan apa yang diterangkannya.

“Anak-anak Arab itu belum tertarik juga dengan Kristian. Saya putuskan untuk mencuba cara lain. Yakni saya coba pelajari kitab mereka untuk membuktikan bahwa Islam agama salah dan Muhammad bukan Nabi,” tukasnya lagi.

Atas permintaan Aminah, seorang mahasiswi Arab memberinya sebuah mushaf Al-Quran dan beberapa buku tentang Islam. Aminah mulai mempelajari Al-Quran berikut dengan bantuan 15 buah buku tentang Islam secara intensif. Al-Quran dibaca berulang-ulang, dikajinya berdasarkan rujukan-rujukan yang ada, lalu dibacanya lagi. Begitu seterusnya. Selama pencariannya dia selalu mencatat hal-hal yang tak disetujuinya untuk membuktikan pendapatnya Islam agama salah. Kajian berjalan selama hampir satu setengah tahun.

Cari kelemahan Islam

Begitulah, setelah berjalan hampir dua tahun, alih-alih berupaya mengganti paham mahasiswi Islam tersebut dengan ajaran Kristen, malah Aminah yang akhirnya belajar Al-Quran. Awalnya dia mempelajari Quran untuk mencari kesalahan-kesalahan Islam, untuk membuktikan Nabi Muhammad bukan Nabi. Akan tetapi semakin dibaca, semakin tertarik ia dengan Islam.

Tanpa disedari, perilakunya mulai sedikit berubah. Rupanya perubahan itu menarik perhatian suaminya. “Sungguh, tanpa saya sedari ada perubahan kecil dalam hidup seharian saya. Tapi itu sudah cukup mengganggu fikiran suami. Biasanya setiap Jumaat dan Sabtu kami sering pergi ke bar atau menghadiri pesta. Tapi saya tidak begitu suka lagi. Bahkan berhenti makan babi dan minum-minuman keras,” kisahnya.

Lama- kelamaan suaminya mulai menaruh curiga dengan perubahan itu. Suaminya menduga Aminah ada hubungan dengan lelaki lain.Akhirnya, mereka tidur berasingan, dan bahkan kemudian tinggal berlainan apartmen. Namun Aminah masih terus mengkaji Al-Quran.

Secara khusus dia mengaku sangat tertarik dengan apa yang dikatakan Al-Quran tentang laki-laki dan perempuan. Wanita Islam, sebelum dia mempelajari Al-Quran, dia fikir berada dalam penindasan suaminya. “Waktu itu dalam sangkaan saya suamilah yang memaksa isteri, misal untuk memakai jilbab,” ujar Aminah.

Melalui kajian intensif, dia dapati bahwa wanita Islam punya kesamaan hak dalam pekerjaan, pendidikan tanpa memperhatikan gender mereka. Yang menarik baginya, pada saat seorang wanita Islam menikah, maka dia tidak harus mengganti nama belakang (nama keluarga-surname) menjadi nama keluarga suami, tapi tetap menjaga nama ayahnya. Dan banyak lagi perkara-perkara lainnya. Dari situ Aminah mengambil kesimpulan bahwa Islam atau dengan kata lain Nabi Muhammad telah mengangkat martabat kaum wanita.

Didatangi lelaki berjubah

Akhirnya, satu malam seseorang mengetuk pintu rumahnya. Ternyata seorang lelaki berjubah dan mengaku bernama Abdul Aziz Al-Shekh. Ia ditemani tiga orang temannya dengan pakaian yang sama. Aminah sangat terkejut dengan kedatangan lelaki tak diundang itu. Apalagi tatkala lelaki berjubah tersebut mengatakan bahwa hanya masalah waktu saja bagi Aminah untuk menjadi seorang muslim.

“Dia bertanya adakah saya sudah sedia menjadi seorang Muslim. Saya menyangkal pernyataannya itu dengan menyebut saya orang Kristian. Selama ini saya hanya cuba mengkaji, bukan mahu memeluk Islam. Begitu kata saya malam itu,” Aminah mengenang. Begitupun Aminah mempersilakan mereka masuk keranana ia ingin mengajukan beberapa pertanyaan tentang Islam yang masih menyelubungi fikirannya.

Aminah menumpahkan semua pertanyaannya, hasil observasi selama hampir dua tahun. Abdul Azis mendengarkan dengan saksama. Tiap pertanyaan dijawabnya dengan sangat tenang dan teratur. Aminah mengaku sangat puas dengan jawapan-jawapan yang diberikan. “Akhirnya, keesokan harinya, dengan disaksikan Abdul-Aziz dan tiga temannya saya pun bersyahadah. Saat itu 21 Mei 1977,” kenangnya.

Dipulaukan Keluarga

Segera setelah Islamnya Aminah, perlahan ujian demi ujian pun datang. Dia ditinggalkan oleh keluarga dan teman-temannya. Ibunya tak mengakui lagi ia sebagai anak. Yang lebih parah, sang ayah bahkan hendak menembaknya pula. Kakak Aminah menganggap ia sudah gila dan perlu dirawat di rumah sakit jiwa. Belum berhenti disitu, suami pun menceraikannya. Yang membuat hati Aminah sangat pedih adalah kala pengadilan memutuskan dia tak punya hak mengasuh kedua anakNYA, kecuali meninggalkan Islam. “Saya meninggalkan pengadilan dengan hati yang hancur. Anda bisa bayangkan bagaimana hati seorang ibu dipisahkan dari anak-anaknya,” ujar Aminah sedih.

Belum selesai sampai disitu, setelah mengenakan jilbab ia malah dikeluarkan dari tempat kerjanya. Namun kerana kecintaannya pada Islam, penderitaan-penderitaan itu tidak membuat imannya runtuh. Aminah menyebutr sebuah ayat suci Al-Quran (Ayat Kursi) yang membuat hatinya tenang:

Tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar. (Q.S. 2;255).

Keluarga Memeluk Islam

Meskipun keluarga memulaukannya, Aminah tetap menjaga hubungan dengan mereka. Misalnya, ia sering berkirim surat dan selalu menulis beberapa terjemahan ayat Quran dan hadis yang berhubungan dengan masalah sosial kemanusiaan. Namun Aminah tak menyebut petuah-petuah itu dari Al-Quran. Rupanya strategi itu lumayan manjur. Lama-kelamaan ada respon positif dari anggota keluarga. Aminah pun terus berkirim surat plus kutipan-kutipan berisi ayat Quran dan hadis Nabi.

Begitulah, dengan sabar dan doa, satu demi satu anggota keluarganya masuk Islam. Pertama, s nenek yang sudah uzur. “Nenek berusia 100 tahun ketika menerima Islam. Tidak lama selepas itu dia meninggal dunia. Masya Allah nenek meninggal dengan membawa buku amalan yang penuh kebajikan ke akhirat,” kisah Aminah.

Tak lama, ayah yang dulu hendak membunuhnya juga memeluk Islam. Dua tahun kemudian, ibunya diikuti oleh kakak Aminah juga bersyahadah. Dan yang membuat Aminah sangat gembira, anaknya yang telah beranjak dewasa (umur 21 tahun) juga mengikuti jejaknya. Yang paling mengharukan, enam belas tahun selepas Islamnya Aminah, mantan suaminya juga mengucap dua kalimah syahadah. Mantan pasangan hidupnya itu bahkan meminta maaf atas segala kekhilafannya.

Aminah sendiri kala itu telah berkahwin dengan lelaki lain. Dia sempat mendapat rawatan dari doktor kerana disyaki mengidap penyakit kanser dan tidak mampu mempunyai anak lagi. Namun Allah punya kuasa. Ia tetap bisa mengandung dan diamanahi seorang anak laki-laki yang diberi nama “Barakah”.

“Saya sangat gembira menjadi seorang Muslim. Islam adalah hidupku. Islam adalah irama hatiku. Islam adalah darah yang mengalir di sekujur tubuhku. Islam adalah kekuatanku. Islam telah membuat hidupku sangat menyenangkan. Tanpa Islam aku tak berarti apa-apanya. Andai Allah memalingkan wajah-Nya dariku, sungguh aku tak bisa bertahan hidup,” senandung Aminah Assilmi yang telah dua kali berhaji ke Mekkah.

Tak malu tunjukkan identiti Islam

Aminah dalam melakukan aktiviti tak malu-malu menunjukkan keislamannya. Misalnya, dia mengenakan busana muslimah secara sempurna. Jilbab menutupi sekujur kepala dan rambutnya, serta busana panjang menutupi seluruh anggota tubuhnya. Sesuatu yang tidak lazim sebenarnya bagi warga di Amerika, dimana wanita umumnya gemar mempertontonkan aurat mereka.

Satu ketika Aminah memberikan kuliah di hadapan mahasiswa yang memenuhi ruang kuliah di Universitas Tennesse tentang status wanita dalam Islam berjudul “Wanita Muslim berbicara dari balik hijabnya.”

“Wanita muslim tidak dibatasi dalam berkerjaya oleh agamanya. Begitupun, bagi saya, pekerjaan terbaik adalah menjadi seorang ibu. Karena para ibulah yang membentuk generasi masa depan,” ujar Aminah diplomasi. Wanita Islam, saat ini banyak mendapat diskriminasi di lapangan hanya kerana mereka berjilbab. Ia menekankan, terutama di negerinya Amerika, muslimah sangat sulit mempertahankan kemerdekaan dirinya. Pernah satu saat ketika Aminah hendak menunaikankan cek di sebuah bank. Seorang pengawal bank serta merta mengherdiknya seraya mengarahkan moncong senapan ke wajahnya. “Itu hanya kerana saya berjilbab,” katanya.

Aminah mengingatkan para pengkritik Islam yang kerap menyebut bahawa wanita-wanita di negeri-negeri Islam tertindas di bawah kekuasaan lelaki. Ia menjelaskan bahwa yang menindas mereka bukanlah Islam, tapi budaya setempat. Dalam Islam wanita begitu dihormati dan tinggi darjatnya. “Jangan anggap (ajaran Islam) seperti itu. Sangat bodoh,” ujarnya. Ia sangat tidak setuju Islam dijadikan kambing hitam.

Itulah Aminah Assilmi. Dulunya membenci Islam dan bahkan bermaksud mengKristiankan kawan sekelasnya. Berbagai ujian dan penderitaan yang datang selepas ia memeluk Islam tak membuatnya bergeming. Allah berikan ganjaran atas kesabarannya itu dengan mengirimkan hidayah kepada seluruh anggota keluarganya. Kini ia bersama organisasinya memperjuangkan agar umat Islam di Amerika mendapatkan cuti di kala merayakan lebaran. Salah satu kejayaan yang telah mereka capai adalah beredarnya setem Idul Fitri, hasil kerjasama dengan pejabat pos Amerika. Wallahu ‘alam bisshawab. [Zulkarnain Jalil/www.hidayatullah.com]

Jangan malu menunjukkan imej Islam.Kita umpama kitab terbuka. Pakaian, akhlak, pergaulan dan penampilan kita membawa imej Islam itu sendiri. Oleh itu, jagalah akhlak sebagai seorang Muslim.(Peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain)

Maaf ye..


sekadar gambar hiasan:p

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, usrah wida' kali ini berjalan dgn lancar dengan izinNya.Seronok bila mana dapat berkumpul beramai-ramai dalam sebuah majlis ilmu, beramah mesra dengan teman2 (sambil bergambar beramai-ramai:p) serta rewang-rewangan membasuh pingan mangkuk di masjid. Bila lagi la agaknya dapat merasai suasana macam ni lagi. After praktikal la agaknya. huhuhu.. sedih la pulak. I'll never forget the moments with you all. Semoga ukhwah ini terus mekar dan berkekalan.

Maaf ye kawan2 yang rajin singgah di sini. Hehehe.. tak sangka pula ade pelawat yang rajin datang di sini. Sampai ade yang bagi sms bertanyakan status blog saya ni "nape jadikan blog private?".

Sebenarnya blog saya terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk process reconstruction . Blog saya jadi haru biru disebabkan tangan sy yang mengada2 meng'edit' script mcm org dah expert je...huhuhu. Kononnya nak tukar template baru la katakan. Sekali tgk byk link yang dah hilang. Tu la, perasan mcm pandai je, bukan nak test dulu ke apa.. Satu kerja kena cari dan taip balik link blog orang lain..Kepada blog2 yang masih tidak tersenarai,nanti2 la ye. Kalau ade masa sy edit lagi..Exam is around the corner.. Study. .huhuhu. Pengajarannya, kalau tak tahu kena tanya orang yang lebih tahu. Jangan pandai2 buat mcm dah tahu.. hehehe.

Sudah pukul 2 pagi. Mata pun dah berat. Lain kali saya update lagi ye. Gambar2 Usrah Wida' nanti sy upload ye. Tengah mengumpul gambar2. Cik zinnie, cik suraya.. nanti pass gambar2 tu pada akak ye. Nak buat kenang-kenangan. Nanti rindu pulak:p For more pictures, you can view it from my fotopages. But you have to request the password from me first:) Oklah.. Nite. Wassalam

Saturday, May 3, 2008

Ujian dari Allah

Assalamualaikum.. I'm back. rasa-rasanya dah seminggu lebih sy tak meng'onlinekan' diri. Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan mama saya. Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin bertambah baik cuma perlu berulang alik ke hospital setiap hari untuk 'dressing'.

Sepanjang mama saya terlantar di hospital, rasa sunyi je rumah. Biasanya, pagi2 lagi dah dengar mama mengomel dgn momot. Momot, seekor anak kucing yang sy jumpa kat tepi longkang sehari sebelum hari raya tahun lepas. Dah besar dah kucing tu:p Setiap kali sy datang melawat mama, mesti ade je bekalan ikan atau ayam yang mama simpankan untuk momot. Jika ada pesakit2 yang tak habis makan ikan atau ayam, mama akan simpan dalam plastik dan pesan pada sy suruh bg momot dan memel makan.Mama kata, tak baik membazir. Sakit2 pun mama masih ingat kucing2 kat rumah. momot pun macam turut rasa sedih bila tuannya masuk hospital. Dia tak selincah dan semanja hari2 biasa, dan banyak termenung. Kebiasaannnya, dia rajin temankan mama masak kat dapur, walaupun dia hanya pandai tidur dan bermain sahaja.

Kebetulan,kelas sy hampir semuanya dah habis. So,takde la risau sangat tertinggal silibus ke apa. Cuma tinggal satu je presentation lagi. Alhamdulillah,Allah mempermudahkan urusan saya. Saya mendapat pelepasan dari Mr. Abdullah untuk presentation hari isnin tu. Selepas diberi pengecualian, sy terus bergegas pulang ke batu pahat.Setibanya di batu pahat, abah menjemput saya di perhentian bas. Saya singgah rumah sebentar sebelum ke hospital sebab abah nak siapkan membasuh baju dan kemas barang2 yang mama pesan. Dah lama tak tgk abah membasuh baju dan memasak.. hehehe.

After asar, kami bertolak ke hospital besar batu pahat. Setibanya di Wad 4, saya dapati ramai jiran2 saya dtg menziarahi mama. Muka mama nampak pucat. Setelah bersalaman, peluk dan cium pipi bonda tercinta, sy duduk di sisi mama.Huhuhu, dah lama rasanya tak berborak dgn mama.Biasanya saya yang banyak berceloteh, tapi kali ni sy byk membisu. Tiba2 terasa pipi saya panas dan basah. Mungkin tak dapat menahan sebak melihat mama terlantar sakit. Tapi mama masih mampu mengukir senyuman. Huhuhu, mama perasan sy menangis, dia pun pujuk saya.hehehe.. terasa macam kanak-kanak lagi. sepatutnya saya yang tenangkan mama,tapi mama pula yang pujuk sy.

Rutin saya setiap hari kini amat padat. Macam ni la agaknya kalau dah jadi isteri orang. Sewaktu azan subuh berkumandang (memandangkan rumah sy dekat je dgn surau), saya akan mengejutkan abah dan adik untuk solat subuh. Setelah selesai solat, saya kan menyiapkan sarapan.. Masak je la ape yang reti.Then basuh baju,kemas rumah, bagi kucing makan, siram pokok bunga, masak untuk lunch, dan melawat mama di hospital.


Petang selasa, mama call suruh jemput dia kat hospital. Suara mama macam tak sabar2 nak keluar wad. Mungkin dah tak sanggup kena injection yang menyakitkan. Memandangkan saya dah reti bawa kereta, saya pun menjemput mama. lama juga nak tunggu jururawat tu siapkan bill dan report. Sepanjang tunggu doktor buat last check up, saya borak2 dgn mama dan pesakit2 kat situ. Terdapat kisah sorang budak lelaki ni,yang amat menyentuh hati mama. Dia menemani ibunya yang terlantar sakit akibat kencing manis juga. Keadaan mak cik tu agak teruk juga sebab kaki kanannya telah dipotong sampai ke lutut, dan kini mungkin kaki kiri dan jari tangan kiri juga akan dipotong. Tiada ahli keluarga yang dtg menziarah, kecuali budak lelaki itu yang menemaninya 24 jam. Dah 4 hari tak mandi dan tukar baju. Jika haus, terpaksa menadah air paip disebabkan tiada duit untuk membeli makanan. Makanan terpaksa berkongsi dgn ibunya.Sebagai budak yang masih mentah lagi, begitu kuat ujian yang Allah uji padanya. Entah kenapa, dalam banyak2 pesakit di situ, dia meluahkan masalahnya pada mama. Mama hanya mampu tolong apa yang termampu. setelah keluar dari wad, mama selalu teringat kat budak tu. Ntah dah makan ke belum, apa dah terjadi pada mak cik tu. Buat masa ni,mama tak dapat nak dtg melawat mak cik tu kerana kesihatan tak mengizinkan dia banyak bergerak.Banyak lagi cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Setiap cerita ada hikmah disebaliknya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi bila saya ke hospital. Pelbagai ragam manusia yang saya dapat lihat dan boleh diambil iktibar. Terasa diri ini jarang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kita rasa, kita ni banyak sangat masalah dan susah.Rupe-rupanya ramai lagi manusia yang hidup susah dari kita. Sebenarnya itu semua ujian dari Allah. Kita harus bersabar dan redha dgn ujian tersebut. Itulah golongan orang yang beruntung.Tiap kali saya bersedih, mama sentiasa berpesan.. Segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Semuanya dah takdir.Kita kena redha. Kalau kita merungut dan susah hati je.. tak dapat apa pun. Ditakuti betambah dosa je. Kan bagus, ketika saat2 susah ni, banyakkan ingat pada Allah. Hati akan jadi lebih tenang. Kalau ditakdirkan meninggal sekalipun, mama dah bersedia. semua dah tertulis, takde yang cepat atau lambat walau sesaat. huhuhu..part tu yang buat saya rasa sebak sangat.

Terima kasih kepada tunang saya, keluarga, nyai dan yai, saudara mara serta sahabat2 yang memberi sokongan kepada saya serta mendoakan kesihatan mama saya. Semoga Allah memeberkati hidup kalian.wassalam..